≡ Menu

Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Raub

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada TV3 kerana menyediakan platform kepada kami golongan rakyat untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan hati kami.

Masalah yang ingin saya sampaikan ini sebenarnya telah berlarutan agak lama iaitu lebih dari 3 tahun sehingga ke hari ini masih belum diselesaikan iaitu masalah bekalan air paip di Daerah Raub yang sentiasa terputus-putus terutamanya di musim hujan.

Aduan saya ini sebenarnya lebih menjurus kepada keadaan yang berlaku kepada para pelajar yang tinggal di Asrama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub  Pahang. 

Saya selaku salah seorang penjaga kepada pelajar-pelajar berkenaan berasa amat tertekan dan sedih melihatkan keadaan anak-anak ini yang menghadapi masalah setiap kali bekalan air ke asrama mereka terputus yang mana masalah terputus bekalan ini sangat kerap berlaku. Bayangkan keadaan anak-anak yang penat-penat pulang belajar terpaksa berpanas dan berpeluh tidak dapat peluang untuk mandi kerana air tidak ada dan air yang ada terpaksa dicatu bagi kegunaan berwuduk dan bersuci. Bayangkan keadaan anak-anak ini yang ada masanya terpaksa berulang-ulang memakai pakaian yang tidak berbasuh berhari-hari kerana tiada bekalan air untuk mencuci. Bagi para pelajar yang ibu bapanya tinggal berhampiran boleh lah datang melawat dihujung minggu mengambil dan mengganti pakaian bersih yang baru. Tapi bagaimana dengan anak-anak yang ibu bapanya tinggal jauh, bayangkan keadaan mereka.

BACA:  Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands

Anak-anak ini datang untuk menuntut ilmu. mereka ini lah bakal pemimpin kita di masa hadapan. jangan kerana permasalahan ini, motivasil serta keinginan anak-anak ini untuk belajar dan menuntut  ilmu jatuh.

Saya telah berbincang dan bertanyakan masalah ini kepada pihak yang berkenaan di Sekolah dan saya telah dimaklumkan bahawa perkara ini telahpun diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Wakil Rakyat & PAIP Raub, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

BACA:  Masalah Air di Bandar Raub, Pahang

Menurut beliau, jawapan yang diberikan adalah masalah “Loji”. Apabila hujan turun dengan lebat, loji terpaksa ditutup kerana air menjadi keruh dan bekalan air terpakda diputuskan. Tapi yang menjadi kemusykilan saya di sini,  tiadakah tindakan pembetulan / pemulihan oleh pihak PAIP Raub kerana masalah ini adalah masalah yang berulang-ulang. Sepatutnya pihak berkenaan telah bersedia dengan “Back up Plan” sekiranya keadaan sama berlaku. Contohnya membina tangki bekalan air bersih bagi kegunaan dikala darurat seperti masa air sungai keruh. Dalam kehidupan  kita seharian pun ada pelan dikala darurat.. mustahil satu jabatan yang besar tidak ada.

Oleh yang demikian, saya amat berharap agar pihak TV3 dapat menyiasat hal ini dan jangan biarkan permasalahan ini berlarutan hingga menjejaskan anak-anak yang tak berdosa.

sekian terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands Orang awam dan pelancong terpaksa menggunakan air terawat yang tercemar yang dibekalkan oleh PAIP di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Kerajaan N...
Perkhidmatan Citylink, Barang Tidak Sampai Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Saya Mariatun binti Mohammad Kusairi, Hp no (01123508488), ingin membuat aduan berkaitan perkhidmatan cit...
Masalah Air di Bandar Raub, Pahang Masalah air di bandar Raub, Pahang telah berlarutan bertahun lamanya. Acap kali ianya berlaku ketika musim perayaan dan musim hujan berpanjangan. ...
Kenaikan Elaun PPMS Kemas Mohon kerajaan semak semula elaun saguhati buat ppms kemas. Hanya RM500 diberikan setiap bulan tetapi kami berkerja sama seperti yg lain. Kerja da...