≡ Menu

Masalah enjin Campro Proton Saga BLM

Saya selaku warganegara Malaysia, yang merupakan pemilik kereta Proton Saga BLM, ingin membuat aduan dengan perasaan yang sungguh kecewa dan hampa terhadap perkhidmatan yang diberi oleh pihak Proton. Bagi pengetahuan semua , saya telahpun membeli kereta ini pada tahun 2008, dan sejak membelinya saya tidak mendapat kepuasan membeli kereta baru.

Berikut adalah kronologi penghantaran kereta saya ke pusat servis Proton untuk dibaikpulih :

  1. Bulan Ogos tahun 2008 ke EON Service Petaling Jaya – selama seminggu Kereta saya mengalami masalah “dry Shaft” tercabut.
  2. Bulan Mac, tahun 2009 ke Pusat Perkhidmatan Glenmarie sebanyak 3 kali berturut – turut dan disimpan selama 3 minggu tanpa sebarang kerja baikpulih. Mengikut penerangan yang diberikan oleh pegawai, kereta saya mengalami masalah enjin dan tidak dapat diperbaiki.
  3. Bulan Mei, pada tahun 2009, aduan dibuat kepada I – Care dan Pusat Perkhidmatan COE telah mengambil tindakan berhubung perkara di atas selepas 2 bulan

Penderitaan saya tidak berakhir di situ sahaja, masalah kereta saya kembali menghantui saya iaitu pada bulan 9, tahun 2010.

  1. Saya telah membuat aduan di KTC Auto berikutan masalah enjin berulang lagi. Sehingga bulan 5, 2011 masalah kepada kereta saya masih tidak dapat diselesaikan dan alasan yang diberikan adalah ketiadaan barangan ganti.
  2. Seterusnya saya membuat aduan kepada I- Care dan akhirnya pihak Proton I care telah mengambil tindakan pada hari bulan 10 Mei 2011, dan mengikut penjelasan saya maklumkan kepada pihak Proton bahawa kereta saya mengalami masalah gear box serta masalah enjin.Justeru itu pihak Proton telah membaiki segala kerosakan.Walaubagaimanapun semasa saya menerima kereta saya pada 13 Mei 2011, saya mendapati beberapa skru pada enjin tidak dipasang dan “cover” bahagian enjin telah retak. Setelah saya memberitahu pada pegawai perkhidmatan, pihak Proton mengambil masa lebih 2 Jam untuk memasang kembali sepenuhnya. Malangnya, saya sungguh kecewa dan benci terhadap perkhidmatan yang diberi kerana kereta yang dikatakan telahpun dibaiki sepenuhnya, tiba-tiba enjin kereta saya termati di tengah-tengah jalan pada 31 mei 2011 dimana saya hampir- hampir terlibat dengan satu kemalangan dan kereta saya terpaksa ditarik.
  3. Kereta saya telah dihantar ke Pusat Perkhidmatan COE untuk dibaiki dan diserahkan kepada saya pada 07 Jun 2011.
  4. Kereta saya rosak semula pada hari 8 jun 2011, jam 2 petang dimana masalah gearbox dan masalah enjin berulang kembali dimana gear 5 tidak berfungsi sepenuhnya. Saya berasa cukup menyesal dan terpaksa menerima balasan yang diberi kepada saya kerana saya membeli kereta buatan Proton.
  5. Kereta saya telah dihantar kembali ke Pusat Perkhidmatan COE pada 11 Jun 2011 dan diserahkan kepada saya pada 18 Jun 2011. Walaubagaimanapun kereta saya masih mengalami masalah yang sama dan tidak dibaiki.Mengikut penjelasan yang diberikan oleh pegawai berkaitan adalah, ini adalah masalah lazim gear 5 bagi kereta Proton, setelah menyimpan kereta selama seminggu di garaj.
  6. Pada 12 Jun 2011 Gear 5 bagi kereta saya langsung tidak berfungsi.
  7. Pada 22 Jun 2011, pihak Pusat Perkhidmatan COE telah menjalankan pemeriksaan sepenuhnya pada kereta saya dan memaklumkan bahawa gear box kereta saya telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru. Pihak Proton telah berjanji akan menggantikan gear box yang baru dalam masa 2 minggu.Manakala pihak Proton masih belum membaikinya walaupun sudah 3 minggu.

Diharap pihak aduan rakyat dapat mengetengahkan perkara ini kepada pihak yang berwajib. Sekian. “Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” Suara rakyat harap didengar!

By: RAO

{ 11 comments… add one }

  • Izyan Naziha July 15, 2011, 12:45

    its not dry shaft , its a drive shaft

  • zairi zabidi November 30, 2011, 13:28

    xde duit nk wt downpayment? xde duit nk renew insurance? xde duit nk service maintanance? xde duit nk modify kereta? klik sini. hanya RM20, anda boleh dapat sehingga RM 5k

  • Rizzshah1055 December 30, 2011, 06:17

    kereta BLM saya juga mengalami masalah yang sama…dalam tempoh kurang dari satu tahun penggunaan saya telah kehabisan kira-kira 15 ribu untuk memperbaikinya…namun sehingga kini kereta saya…senang nak cakap kereta buruk kat ladang sawit pun lagi elok enjin dia daripada campro…bukan nak bantu rakyat…bunuh rakyat adalah….tutup jerlah proton..harapkan rupa luar jer cantik….

    • blm se October 7, 2012, 20:11

      byk 2,dh blh bli civic sdrt..blm se sy ok lg smp skg.

    • mrtoggle October 31, 2012, 09:34

      nampak sgt tipunya.keter under warranty kalo repair free je la.

      • crew164 November 28, 2013, 13:26

        saya sokong… ni semua nk menjatuhkan 1 1 pihak… standart r kete murah ade problem… tp sume tu ada warranty selagi kita servis ngan pcc… masalah kete da kritikal sgt tu sbb branch simpan kete kt luar lama sgt… atau dapat keta stok lama…tu mslh branch… mmmmm…

  • pengguna proton January 14, 2012, 20:48

    erm.kesian sedare kena smpai cmtu yer..saya sebagai pengguna blm so far alhamdulillah sangat berpuas hati even kereta saya mmg digunakan utk long distance..n x pernah lagi menghampakan saya…thanks proton!

  • xsukablm April 5, 2012, 10:17

    dlm 10 buah kereta saga blm aku rasa 1 je yg ok kot..
    lg 9 nasibla apa kerosakkan yg nk tanggung..
    biar keta mahal skit asal puas ati.. kepala pun x sakit. :)

  • dibelenggumasalah July 10, 2012, 10:44

    kenapa la proton saga ni banyak masalah…tak pernah nak menyenangkan…dari hari pertama aku beli kereta proton sampai ke sekarang ni tak pernah nak beri kesenangan..tiap tiap bulan mesti ada problem..problem engine la..problem air cond..problem alarm..problem gear box..macam macam lg la…nak senaraikan semua rasenye sehari semalam pun tak habis…kepada pihak yg berkenaan tolong la cari jalan penyelesaian ini…

  • Khairul Anuar Aznam February 10, 2014, 18:40

    aku hantar kereta service kat kedai biasa je..SC ni kadang-kadang mengarut.nak untung je.cuma bila nak tunning je aku p SC.jangan kata enjin ni x bagus.guna la minyak enjin yg mahal.baru best.kalau nk power modified la enjin / gearbox tu(kalau poket berisi la).

  • Khairul Anuar Aznam February 10, 2014, 18:49

    just share je..

Leave a Comment