Saya selaku warganegara Malaysia, yang merupakan pemilik kereta Proton Saga BLM, ingin membuat aduan dengan perasaan yang sungguh kecewa dan hampa terhadap perkhidmatan yang diberi oleh pihak Proton. Bagi pengetahuan semua , saya telahpun membeli kereta ini pada tahun 2008, dan sejak membelinya saya tidak mendapat kepuasan membeli kereta baru.

Berikut adalah kronologi penghantaran kereta saya ke pusat servis Proton untuk dibaikpulih :

  1. Bulan Ogos tahun 2008 ke EON Service Petaling Jaya – selama seminggu Kereta saya mengalami masalah “dry Shaft” tercabut.
  2. Bulan Mac, tahun 2009 ke Pusat Perkhidmatan Glenmarie sebanyak 3 kali berturut – turut dan disimpan selama 3 minggu tanpa sebarang kerja baikpulih. Mengikut penerangan yang diberikan oleh pegawai, kereta saya mengalami masalah enjin dan tidak dapat diperbaiki.
  3. Bulan Mei, pada tahun 2009, aduan dibuat kepada I – Care dan Pusat Perkhidmatan COE telah mengambil tindakan berhubung perkara di atas selepas 2 bulan

Penderitaan saya tidak berakhir di situ sahaja, masalah kereta saya kembali menghantui saya iaitu pada bulan 9, tahun 2010.

  1. Saya telah membuat aduan di KTC Auto berikutan masalah enjin berulang lagi. Sehingga bulan 5, 2011 masalah kepada kereta saya masih tidak dapat diselesaikan dan alasan yang diberikan adalah ketiadaan barangan ganti.
  2. Seterusnya saya membuat aduan kepada I- Care dan akhirnya pihak Proton I care telah mengambil tindakan pada hari bulan 10 Mei 2011, dan mengikut penjelasan saya maklumkan kepada pihak Proton bahawa kereta saya mengalami masalah gear box serta masalah enjin.Justeru itu pihak Proton telah membaiki segala kerosakan.Walaubagaimanapun semasa saya menerima kereta saya pada 13 Mei 2011, saya mendapati beberapa skru pada enjin tidak dipasang dan “cover” bahagian enjin telah retak. Setelah saya memberitahu pada pegawai perkhidmatan, pihak Proton mengambil masa lebih 2 Jam untuk memasang kembali sepenuhnya. Malangnya, saya sungguh kecewa dan benci terhadap perkhidmatan yang diberi kerana kereta yang dikatakan telahpun dibaiki sepenuhnya, tiba-tiba enjin kereta saya termati di tengah-tengah jalan pada 31 mei 2011 dimana saya hampir- hampir terlibat dengan satu kemalangan dan kereta saya terpaksa ditarik.
  3. Kereta saya telah dihantar ke Pusat Perkhidmatan COE untuk dibaiki dan diserahkan kepada saya pada 07 Jun 2011.
  4. Kereta saya rosak semula pada hari 8 jun 2011, jam 2 petang dimana masalah gearbox dan masalah enjin berulang kembali dimana gear 5 tidak berfungsi sepenuhnya. Saya berasa cukup menyesal dan terpaksa menerima balasan yang diberi kepada saya kerana saya membeli kereta buatan Proton.
  5. Kereta saya telah dihantar kembali ke Pusat Perkhidmatan COE pada 11 Jun 2011 dan diserahkan kepada saya pada 18 Jun 2011. Walaubagaimanapun kereta saya masih mengalami masalah yang sama dan tidak dibaiki.Mengikut penjelasan yang diberikan oleh pegawai berkaitan adalah, ini adalah masalah lazim gear 5 bagi kereta Proton, setelah menyimpan kereta selama seminggu di garaj.
  6. Pada 12 Jun 2011 Gear 5 bagi kereta saya langsung tidak berfungsi.
  7. Pada 22 Jun 2011, pihak Pusat Perkhidmatan COE telah menjalankan pemeriksaan sepenuhnya pada kereta saya dan memaklumkan bahawa gear box kereta saya telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru. Pihak Proton telah berjanji akan menggantikan gear box yang baru dalam masa 2 minggu.Manakala pihak Proton masih belum membaikinya walaupun sudah 3 minggu.

Diharap pihak aduan rakyat dapat mengetengahkan perkara ini kepada pihak yang berwajib. Sekian. “Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan” Suara rakyat harap didengar!

By: RAO

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.