≡ Menu

Masalah di Pangsapuri Kos Rendah LC700 di Pandan Perdana

Kami penghuni Pangsapuri Kos Rendah LC700, Jalan Pandan Perdana 9/10 dengan dukacita ingin memaklumkan rasa tidak puas hati kami kepada pihak tuan terhadap kecekapan dan kemahiran pihak Perbadanan Pengurusan LC700 di atas sebab-sebab berikut :

1. Penduduk di pangsapuri kami telah mengalami gejala keracunan makanan pada awal bulan Januari. Pada 22/01/2015, kami mendapat maklumat dari salah seorang pegawai dari Jabatan Kesihatan Hulu Langat bahawa penutup tangki air kegunaan harian di blok B dan blok C kami tidak di tutup dan masih dalam keadaan terbuka semasa beliau mengambil contoh air minuman dari tangki-tangki air tersebut. Kami meragui dan risau mengenai keselamatan dan kebersihan air minuman harian kami. Akan tetapi permintaan penghuni secara damai dengan pihak pengurusan tidak langsung di pertimbangkan oleh mereka untuk menutup penutup tangki air harian kami. Pada 02/02/2015, pihak MPAJ telah melakukan penyiasatan kebersihan tangki air kegunaan harian dan keadaan penutup tangki air di kesemua blok pangsapuri di sini tetapi tidak dapat memeriksa penutup tangki air yang di lapurkan masih terbuka disebabkan oleh ketiadaan tangga pada tangki air tersebut kerana telah di curi/hilang. Pihak pengurusan menyatakan bahawa tangga-tangga di tangki air telah di curi sejak beberapa tahun yang lalu sebelum mereka mengambil alih.

Kami ingin meminta jasa baik tuan untuk menolong pihak penghuni kami untuk mencari jalan penyelesaian memeriksa keadaan penutup tangki air dan mengarahkan pengurusan LC700 supaya menutup penutup tangki air tersebut secepat mungkin. Pihak pengurusan juga melarang kami memasuki kawasan tangki air dan juga tidak memberi kebenaran dan kerjasama kepada penghuni di pangsapuri ini untuk memeriksa keadaan dan kebersihan tangki air dan penutup penutup tangki air di sini.

Kami juga ingin memohon pihak tuan mengarahkan perbadanan pengurusan supaya tangga-tangga di tangki air harian di bina semula secepat mungkin supaya penghuni kami dapat memeriksa keadaan kebersihan tangki air dari masa ke semasa.

2. Pada 07/02/2015, jam 1 petang kami mendapati satu notis dipaparkan di setiap lif pangsapuri untuk menjemput forum menangani masalah bersihan tangki air dari pihak Perbadanan Pengurusan LC700 pada jam 8.00 malam hari yang sama di kawasan Blok A. Perjumpaan tersebut tidak diadakan di dewan serba guna penduduk kami tetapi disebaliknya di adakan di bilik yang sangat kecil dan terselindung dari pandangan orang ramai. Forum ini tidak  mengikut peraturan mesyurat dengan memberikan notis masa sewajarnya. Kami merasa perkara ini disengajakan supaya tidak ramai penduduk diharap hadir untuk perjumpaan forum dan mereka mempunyai motif yang terselindung.

BACA:  Pelarasan Gaji PPMS KEMAS

3. Kami penduduk yang hadir untuk forum pada 07/02/2015, berjumlah kurang dari 20 orang dimaklumkan bahawa AGM baru tidak dapat dilaksanakan pada masa yang tersingkat ini disebabkan oleh perbadanan pengurusan LC700 mempunyai kes saman di mahkamah oleh Tenaga Nasional Bhd untuk tunggakan bil TNB yang berjumlah RM200.000.00 dari tahun 2006. Kami ingin mendapatkan kepastian bahawa adakah isu mengenai AGM tidak boleh dilaksanakan disebabkan saman di mahkamah benar atau tidak.

4. Forum yang dihadiri oleh AJK Perbadanan  Pengurusan LC700 pada 07/02/2015 tidak memaparkan kepada penduduk kami senarai AJK dan AGM yang terakhir walaupun kami mengesa mereka memaparkan senarai tersebut kepada kami untuk tujuan mengenal pasti kesemua AJK yang hadir kerana kami meragui pengenalan beberapa AJK disitu. Mereka mengarahkan penduduk kami mendapatkan senarai AJK dan AGM tersebut di C.O.B MPAJ. Kami juga ingin memaklumkan bahawa senarai AJK juga tidak dipaparkan di pejabat Perbadanan Pengurusan setiap kali kami membuat pembayaran atau perjumpaan rasmi walaupun sudah di minta beberapa kali untuk dipaparkan di pejabat pengurusan tersebut.

5. Penghuni di pangsapuri kami sangat meragui dan risau adakah kesemua bil penyelengaran semasa seperti bil Syabas dan TNB dibayar dengan dari masa ke semasa. Disebabkan itu kami mengesa Perbadanan Pengurusan LC700 mengadakan AGM secepat mungkin dan menyelesaikan keraguan kami tetapi mereka tidak melayan permintaan kami. Penduduk di pangsapuri kami telah ditipu dan di aniya beberapa kami oleh Perbadanan Pengurusan sebelum ini dan kami tidak mahu perkara seperti ini berulang lagi.

6. Kami ingin mengetahui mengapa AGM baru untuk pengurusan masih belum dilaksanakan walaupun AGM lama telah melebihi 15 bulan dan melanggar syarat JMB/MC.

7. Penghuni pangsapuri kami juga tidak puas hati dan setuju dengan caj-caj yang di kenakan seperti berikut :-

a. Unit setiap petak pangsapuri kami di kenakan cukai tanah tahunan yang tinggi oleh Perbadanan Pengurusan LC700 iaitu RM12.75 tetapi kami sepatutnya hanya perlu bayar RM5 setiap tahun.

b. Kami tidak dapat menikmati rebat air @ RM12 sebulan dari Kerajaan Negeri Selangor sejak beberapa tahun yang lalu.

BACA:  Perkhidmatan Bas BET5 Teruk

8. Masalah retakan jalanraya dan tanah runtuh di tepi blok B & C masih belum di selesaikan sejak aduan kami lebih 10 tahun yang lalu. Cerun ini sangat bahaya pada penghuni kami jika berlaku malapetaka yang tidak di ingini yang boleh menyebabkan kedua-dua bangunan blok kami runtuh dan menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak.

9. Penduduk di pangsapuri kami juga dimarahi dan di uguti oleh pihak yang tidak kami kenali supaya tidak menyuarakan rasa tidak puas hati kami dan mengugut kami supaya mendiamkan diri untuk keselamatan diri dan harta benda kami. Ramai penduduk kami terpaksa mendiamkan diri untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka.

10. Unit pangsapuri kami tidak di insuran oleh pihak pengurusan. Pada tahun 2013,  sebuah unit di blok B kami telah mengalami kebakaran yang teruk. Kami berharap semua unit di pangsapuri kami di insuran dengan sewajarnya.

11. Pemasangan lif di pangsapuri kami telah dibantu dibawah Program Ceria pada tahun 2012, tetapi lif tersebut tidak berfungsi pada masa ini. Kerosakan lif ini masih belum di selesaikan oleh pihak pengurusan kami. Keadaan pintu lif rosak yang masih terbuka juga tidak selamat kepada penghuni terutamanya kanak-kanak.

12. Kami memohon pihak tuan melantik unit khas untuk meninjau keadaan penutup dan kebersihan tangki air kegunaan harian kami dari masa ke semasa untuk mengelakkan kes kehilangan dan kecurian penutup tangki air tidak berlaku di masa hadapan.

Oleh yang demikian penghuni di pangsapuri LC700 ingin meminta jasa baik tuan untuk menyelesaikan masalah penyelengaran pihak pengurusan secepat yang mungkin.

 

Sekian terima kasih.

s.k
1. Unit Pengurusan Bangunan Strata, LPHS
2. National Consumer Complaints Centre
3. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
4. Setiausaha Bahagian, Sektor Kesejahteraan Bandar, Putrajaya
5. Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri
6. Y.A.B Tuan Mohamad Azmin B Ali
7. Y.B Mohd Rafizi Bin Ramli @  Parlimen Pandan
8.  Y.B Tiew Way Keng @ Adun Teratai (penghuni di pangsapuri kami tidak puas hati terhadap
penjelasan dan kecekapan Pengarah Biro Aduan DAP Teratai yang turut hadir sebagai saksi di forum
pada 07/02/2015)

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan