Berhubung perkara di atas, saya mewakili para ibu bapa pelajar tingkatan 4 SMS Muar atau dikenali sebagai SAMURA berasa dukacita ekoran kejadian buli yang kerap berlaku di asrama kami.

2. Masalah buli tersebut telah menyebabkan pelajar tingkatan 4 sekolah ini berasa takut hendak berada di asrama atau dorm
mereka. Mereka bimbang kalau-kalau pelajar tingkatan 5 SM Sains Muar akan mengganggu dan membuli mereka. Perkara ini menyumbang kepada faktor mengapa pelajar Sekolah Berasrama Penuh(SBP) banyak yang ingin keluar daripada SBP

3. Antara contoh bulian yang kami terima daripada pelajar tingkatan 5 ialah kami diarahkan untuk membasuh baju mereka, melakukan kecerian yang melampau sehingga larut malam menyebabkan kami tidak berpeluang untuk, mereka turut mencaci, menghina dan mengugut kami, mereka juga selalu mengambil makanan dan barang-barangan kami dan mengagap barang kami adalah barang mereka. Tambahan lagi, menyuruh kami mengambil tandatangan semua pelajar tingkatan 5 yang berjumlah seratus ke atas dan setiap daripada mereka akan memberi kami tugas yang kadangkala tidak waras diakal. Mujurlah perkara masih perkara ini masih belum melibatkan nyawa. Walau bagaimanapun, kami bimbang seandainya pola membuli itu berubah
kepada bentuk yang ganas sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

4. Kami pelajar sering membuat aduan kepada pihak sekolah namun tiada sebarang tindakan yang diambil untuk menangani masalah ini dan kami juga diugut supaya tidak memberitahu guru-guru. Kami hanyalah pelajar sekolah biasa tidak mampu mengatasi masalah ini bersendirian.

5. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan mengarahkan pihak supaya supaya mengambil tindakan terhadap pelajar tingkatan 5. Ini sekurang-kurang dapat menghentikan kejadian membuli yang di mana menggangu pelajaran kami sebagai tingkatan 4 dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku yang mungkin melibatkan nyawa.

6. Semoga aduan kami mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan demi kebaikan semua pelajar tingkatan 4 SM Sains Muar.

Sekian, terima kasih

By: Abdullah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.