≡ Menu

Masalah Bekalan Air di Salor

Saya salah seorang anak penduduk di kawasan Salor, Kota Bharu Kelantan. Kami disini mengalami masalah bekalan air sejak 5 Jun 2018. Tangki statik disediakan di beberapa tempat tapi ia tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk di sini. Tambahan lagi, air di tangki statik tidak di’top up’ bila ia habis.

Saya ada menghubungi pihak AKSB untuk membuat aduan dan bertanyakan status masalah ini. Saya dimaklumkan bahawa sumber air dalam bumi kering disebabkan kemarau yang melanda Kelantan. Mereka juga dalam usaha membaiki masalah ini. Persoalannya, sampai bila kami mesti terus dilanda masalah yang sama? Kenapa perkara ini tidak diatasi dari awal? Bukan setakat permasalahan bekalan air, kualiti air yang disediakan kepada rakyat juga sangat sangat teruk.

BACA:  Cas Notis Pemotongan PBAPP Membebankan Rakyat

Buat masa sekarang, penduduk mengalami masalah untuk keperluan harian dan persiapan hari raya Aidilfitri. Dalam masa beberapa hari lagi untuk menyambut hari raya tentulah bekalan air sangat penting.

Air adalah keperluan asas untuk rakyat. Sepatutnya perkara ini patutlah dikenalpasti dan dicegah sebelum masalah menjadi makin parah.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan