≡ Menu

Masalah Bekalan Air di Flat DBKL PPR Gombak Setia

Selamat sejahtera. Sy salah seorang penduduk PPR GOMBAK SETIA BLOK 41. Sy nk buat aduan sudah hampir 2 bulan bekalan air seringkali terputus tanpa sebarang notis. Tambahan lg di bulan puasa ini, hampir setiap hari bekalan air terputus di waktu kami sedang sibuk buat persiapan berbuka atau sahur sekali pun.

Sy amat kecewa kerana pihak DBKL seolah2 tidak ambil peduli masalah kami walaupun kami telahpun laporkan hal ini melalui telefon, email, facebook, whatsapp dan juga laporkan di pejabat kecil walaupun selalunya tiada staf di pejabat tersebut. Ini amatlah mendukacitakan kami kerana pihak pengurusan DBKL sering memberi alasan tiada technician utk standby, atau sekiranya laporan telahpun dibuat hampir setiap hari dan malam, masih tiada sebarang penyelesaian.

BACA:  Pensyarah Politeknik Nilai Tidak Bertanggungjawab

Kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dpt membantu masalah kami kerana kami tidak tahu saluran mana yg harus kami gunakan. Sy seboleh2nya tidak mahu melibatkan pihak media dalam hal ini. Dan sebab itulah sy menghubungi pihak tuan agar masalah ini dpt sampai ke pihak atasan.

Di bulan yg ramadhan dan hampir menjelang syawal ini, kami amatlah berharap agar pihak tuan dpt membantu menyelesaikan masalah kami penduduk flat ini. Terima kasih.

BACA:  Citylink Express, 1 Minggu Masih Tiada Berita
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Perilaku Sumbang di Taman Maluri Cheras Merujuk perkara di atas, saya sebagai warga yang begitu perihatin terutamanya mengenai isu perlakuan muda-mudi terutamanya di sekitar Taman Maluri...
SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan ADUAN INTEGRITI - ADUAN PIHAK SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) TIDAK TELUS MENJAWAB ADUAN PELANGGAN __________________________________________...
Aduan Berkenaan Aeon Kredit Services   Aeon sehingga hari ini saya masih belum terima apa-apa update berkenaan aduan unprofesional Aoen Credit Services.. Di sini saya ingin mem...
Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Pe... Saya En. Liong ingin mengadukan masalah bau busuk kesan daripada air perahan daripada lori sampah yang dilepaskan ke atas jalan perumahan di Jalan...