Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.

Beberapa hari saja lagi hariraya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan: