Masalah Air di DUN Lumadan

Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan isu air di selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan.

Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang amat membimbangkan. Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan ditutup sebelum jam 6.00 pagi. Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston.

Sebelum ini jurutera daerah telah menyatakan maslah air akan diselesaikan jika loji air baharu di Beaufort telah siap. Hal ini umpama menanam tebu dibibir sahaja. Acapkali kali melaporkan masalah kami ini tetapi tidak diendahkan.

Diharap pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera. Apa guna ungkapan janji ditepati jika ianya tidak dikota.

By: rasa terkilan

2 thoughts on “Masalah Air di DUN Lumadan”

  1. JANGAN LUPA : Lihat beberapa kampung DUN SUGUT,BELURAN-Dah berpuluh tahun BN memerintah tapi kemudahan asas tidak sampai. Letrik,j/raya dan air langsung tidak sampai. Kalau BERANI cuba suruh TV3 datang sendiri ke kawasan tersebut. Sedih betul bila balik kampung, masih guna lampu pelita, air perigi/tadah hujan.

  2. Jangan terlepas pandang,ada sebuah kg didearah beufort,dikenali kg kehidupan lingkungan,jalan raya macam tahun 60an,air paip langsung tidak ada,bergantung air hujan,sebahagian rumah ,letrik dan air pun tidak ada,kekadang kita tidur bagaikan mimpi,sebab ni sudah di era yang maju,tapi macam tiada pemimpin yang simpati walau pun demekianlama nya kami tetap setia menyukung kerjaan Bn.????……….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>