≡ Menu

Masalah Air di Bandar Raub, Pahang

Masalah air di bandar Raub, Pahang telah berlarutan bertahun lamanya. Acap kali ianya berlaku ketika musim perayaan dan musim hujan berpanjangan.

Apabila diadu ke Pulapel PAIP alasannya mudah kadar NTU tinggi yang menyebabkan pam terhenti secara automatik. Sepatutnya dunia semakin canggih dan maju masalah ini tidak wajar berlaku. Lebih baik sistem dahulu yang tak secara automatik tetapi tetap beroperasi walaupun NTU nya tinggi. NTU >1000 tak bermakna air tidak boleh dirawat, cuma kos rawatan lebih tinggi tetapi dari sudut lain penduduk tidak resah dan gelisah disebabkan bekalan air tidak terputus.

BACA:  Syabas Masih Tidak Memberi Respon Terhadap Pangsapuri Berembang Indah

Berbagai janji dan perancangan dibuat tetapi masih tidak menunjukkan kesan yang nyata.

NTU tinggi juga disebabkan oleh pembalakan, penerokaan tanah tidak terkawal dan aktiviti haram di hulu sungai yang menyebabkan NTU cepat meningkat apabila hujan turun.

Jika pihak PAIP tidak dapat menjalankan tanggungjawab merawat dan membekal air, adalah lebih baik swastakan sahaja atau ambil pekerja yang benar-benar mahir dalam selok belok rawatan dan bekalan air.

BACA:  Bekalan Air Di Raub, Pahang Makin Kritikal

Disertakan salinan surat khabar Sinar Harian mengenai masalah ini untuk rujukan semua.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Bekalan Air Di Raub, Pahang Makin Kritikal Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa atas masalah bekalan air sekitar bandar Raub yang semakin krit...
Air Kumbahan Mengalir ke Tanah Persendirian Semenjak perumahan bantuan mangsa banjir di kuala tahan Jerantut Pahang dibangunkan, air kotor yang mengalir dari longkang perumahan terbabit telah me...
Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau Lokasi bertempat di Kampung Temau, Dong Raub Pahang, Premis perniagaan ini telah berusia lebih 25 tahun, keadaannya telah banyak rosak antaranya s...
Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands Orang awam dan pelancong terpaksa menggunakan air terawat yang tercemar yang dibekalkan oleh PAIP di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Kerajaan N...