≡ Menu

Luahan Hati Isteri Abang APM yang dulu dikenali sebagai JPAM

Saya ingin meluahkan rasa sedih mengenai kedudukan suami saya sebagai seorang Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) Angkatan Pertahanan Awam yang dulu dikenali sebagai JPAM. Saya amat berbangga dengan komitmen suami sebagai seorang anggota APM yang berwibawa. Setiap panggilan bertugas akan dijalankan dengan penuh dedikasi. Walaupun hanya dibayar sebanyak RM6 sejam, dia tetap bersemangat untuk menjalankan tugas setiap hari. Alhamdulillah baru-baru ini YAB PM telah mengumumkan kenaikan elaun anggota sukarela sebanyak RM8 sejam. Berita ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh semua anggota APM seluruh negara.

Namun apa yang mendukacitakan, sehingga tarikh 25/4/2018 anggota APM daerah Kubang Pasu masih belum menerima sesen pun elaun bulan Mac 2018 mereka. Nasib baik juga saya juga berpendapatan tetap. Tetapi dengan kenaikan kos hidup semasa ia amat memeritkan untuk seorang bapa yang mempunyai seramai enam orang anak. Seorang sedang menuntut di IPTA dan yang kedua akan mendaftar ke tingkatan enam. Hampir dua bulan suami tidak menerima elaun membuatkan kami mengalami masalah kewangan yang agak kronik. Ini disebabkan dengan elaun tersebutlah kami sekeluarga menampung perbelanjaan seharian apabila pendapatan saya digunakan untuk membayar kos-kos lain. Ditambah lagi dengan anak sulung yang masih belum mendapat bayaran PTPTN, jadi saya yang menanggung semuanya.

BACA:  Pensyarah Politeknik Nilai Tidak Bertanggungjawab

Apatah lagi anggota lain yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain. Minyak motor untuk ke tempat kerja. Apa yang saya lihat kebanyakan anggota masih tetap setia menjalankan tugas tanpa sebarang rungutan. Tambahan pula status mereka hanya anggota sukarela yang bertugas tanpa dibayar elaun-elaun lain. Tugasan yang berisiko seperti menangkap haiwan berbisa dihadapi tanpa insuran yang sepatutnya.Saya sangat-sangat berharap aduan ini mendapat perhatian yang sepatutnya. Ini adalah kerana anggota-anggota APM hanyalah manusia biasa yang perlu makan dan minum setiap hari. Ada anak dan isteri yang perlu disuap perut mereka. Anggota-anggota APM bukan malaikat.

BACA:  SPA Tidak Telus Menjawab Aduan Pelanggan

Sekian terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan