Saya ingin melaporkan kepada pihak Kosmo berkenaan tindakan penjualan tidak beretika Linguaphone. Baru-baru ini, adik ipar saya (pelajar kemasukan baru UiTM Puncak Alam yang baru sahaja mencecah umur 18 tahun minggu lepas) telah dipengaruhi oleh penjual Linguaphone yang menyebabkan beliau kehabisan ratusan ringgit sebagai deposit.

Apabila keesokan harinya, setelah beliau berfikir secara tenang, beliau ingin memulangkan produk Linguaphone tersebut kerana mendapati beliau tidak memerlukannya. Akan tetapi, beliau telah dimarahi sehingga menyebabkan beliau tertekan dan menangis.

Pihak penjual telah menggunakan kata2 yang mengguris hati dan menggunakan alasan bahawa beliau telah menandatangani penjanjian yg menyebabkan beliau tidak boleh memulangkan produk tersebut. Ramai pelajar yang sebenarnya telah terperangkap dgn kata2 manis penjual Linguaphone.

Saya tidak terkejut dengan hal ini kerana semasa saya masih belajar di kolej pada tahun 2002 dahulu, seorang rakan saya juga telah tertipu dah membeli produk Linguaphone yang pada saya agak “overprice” – seunit RM 2389 (wow!) – “baik beli iPad je”.

Saya sedar bahawa ia adalah tanggungjawab individu utk memastikan mereka faham isi kandungan kontrak. Akan tetapi, strategi penjual Linguaphone mensasarkan pelajar2 baru yang memang mudah dipengaruhi dan ditipu sangat tidak beretika.

Tambahan, mereka peka tentang latar belakang ‘customer’ yang mudah terpengaruh kerana kurang pendedahan (disadvantage to those from rural area). Apabila saya mempersoalkan kepada pihak Linguaphone berkenaan akta jualan langsung yang memberi 10 hari tempoh bertenang kepada pembeli, mereka menyatakan bahawa, mereka menggunakan pameran / exhibition yang membolehkan akta “tempoh bertenang” diketepikan.

Saya juga telah merujuk perkara ini dengan rakan peguam saya, dan beliau bersetuju bahawa Linguaphone seperti menyalahgunakan penggunaan kontrak. Dalam erti kata lain, menyalahgunakan undang2. Malah, mereka ‘provoke’ saya utk melaporkan kepada pihak akhbar.

Saya yakin, ramai yang telah terkena dgn Liguaphone. Saya berharap tindakan saya utk mengetengahkan perkara ini dapat membantu lebih ramai pengguna memahami hak & tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Tambahan, saya berharap pihak Linguaphone tidak lagi mengamalkan strategi tidak beretika.

Akhir kata, tidakkah kemajuan teknologi seperti penggunaan smartphone dan tablet PC seperti iPad telah menjadikan teknik pembelajaran melalui produk Linguaphone itu antik dan ketinggalan zaman? “For everybody to think, and for us to find out..”

Nota: Nama penjual En Mohd Daud b Zakaria. Pengurusnya yang kasar Pn Rosmawati (tidak mahu memberi nama penuh). Yang menguruskan pameran Linguaphone di UiTM Puncak Alam pada Isnin 13 June 2011 – 15 June 2011 diketuai oleh en Zack (tidak mahu member nama penuh). Puan Sham di HQ tidak setuju untuk memulangkan semula deposit.

Sekian Terima kasih.

By: yaya

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.