≡ Menu

Lembaga Peperiksaan Tidak Kemaskini Keputusan SPM

Anak saya SPM 2015. Dapat keputusan SPM 4A. Anak saya buat semakan semula untuk 2 mata pelajaran yg mendapat gred B+ dan setelah semakan semula dapatlah 5A. Sangat gembira…sebab layaklah konon pohon PISMP utk 2017.

Malangnya bila memohon PISMP 2017….sistem masih tidak dapat baca keputusan SPM anak saya. Hairan bin ajaib… sijil 5A dah dlm tangan. Kenapa pula masi tidak melepasi syarat kemasukan ke IPG? Fikir punya fikir lembaga peperiksaan tak update data agaknya. Tak apa la. Tahun depan boleh cuba lagi. Anak lahir hujung tahun juga.

Sekarang dah bulan Mac..SPM da kluar…iklan pismp pun dah terpampang indah. Pa lagi isilah. Senyum2 mengisi….dgn sejuta harapan data terkini dah boleh dikesan…..Aduh!! What happen ? Takkan 2 tahun masih blum update lagi kputusan SPM semakan tu? Mohon kpd yg berkenaan tolong keyin data terkini secepatya…. berharap sangat. Hari ni baru 16.3.2018. Kalau dibetulkan masi sempat pohon. Sijil terbaru dah di fax kan ke +603-8889 5120.

Insan kecewa.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan