≡ Menu

Layanan Staf MBSB tidak profesional

Saya merupakan pelanggan MBSB yang memegang akaun pinjaman peribadi. Pada 16 November 2012 saya telah ke pejabat MBSB cawangan B.B.Bangi untuk memohon “Redemption Statement” bagi saya mengurangkan jumlah bayaran bulanan saya melalui “refinance”.

Saya di caj RM100 dan diminta menunggu selewat-lewatnya sebulan untuk mendapatkan penyata itu dimana staf MBSB akan menghubungi saya. Setelah sebulan dan saya tidak menerima apa-apa makluman, saya telah berkunjung ke pejabat MBSB cawangan B.B.Bangi sekali lagi hanya untuk diberitahu bahawa penyata “Redemption Statement” tersebut belum siap. Mereka akan hubungi saya apabila penyata itu sudah siap.

Sejak itu saya tidak pernah menerima apa-apa panggilan dari MBSB, sebaliknya saya yang boleh dikatakan setiap minggu menelefon mereka. Malangnya setiap kali saya menghubungi mereka, mereka seolah-olah tidak melakukan apa-apa dan baru mengetahui masalah tersebut.

Dalam satu komunikasi, saya diminta hubungi sendiri Ibu pejabat MBSB kerana menurut mereka pinjaman peribadi bukan tanggung jawab mereka. Yang sangat menjengkelkan ialah mereka saling tuduh-menuduh bahawa penyata itu bukan tanggungjawab mereka.

Sehinggalah minggu lepas, saya sekali lagi menghubungi cawangan MBSB dan bercakap dengan pegawai yang bertanggung jawab yang berjanji akan menghubungi saya balik untuk memaklumkan status permohonan penyata tersebut. Seperti biasa saya tidak pernah dihubungi kembali membuat saya hilang sabar lalu menghantar aduan kepada bahagian Khidmat pelanggan MBSB melalui talian laman web mereka. Malangnya sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Saya membuat aduan melalui media ini kerana saya sudah tidak tahu dimana lagi saya boleh berkomunikasi dengan staf MBSB.

Pelanggan kecewa

By: Syuzianti Shaari

{ 9 comments… add one }

  • aku bengang January 19, 2013, 21:15

    dengar nama MBSB pn rasa mcm nk muntah dah, dh la interest mcm pinjam kat along betul punya lintah darat tp servis hampeh

  • gerammm... January 25, 2013, 09:41

    x payah la pinjam dengan mbsb.. service berbulan2 pun tak setle.. nak buat loan dah nak masuk 3 bulan pun x de jawapan. sampaikan penyata setlement dah habis tempoh.. kata 3 hari dah dapat jawapan.. lebih baik tutup jelah mbsb..

  • 5HARI APPROVE LOAN MBSB February 19, 2013, 18:31

    KALAU ADE BLACKLIST OR CTOS MCM KORG MMG LA LMBT..2 PN BAIK LA JGK MBSB TRY NK BG LULUS JGK..KORG JGK MRAYU NK PNJAM..MBSB XMNTAK PN KORG APPLY LOAN..BKN UNTG PN..BILA ADE KES CAM NI JE BRU LA NMPK ADDVANTAGE MBSB…

    • mbsb lembab March 8, 2013, 07:34

      hmmmmmm…taik 5 hari approve loan…saya submit borang hujung bulan 1, dapat tau loan approve 20/2/2013…n sampai sekarang (8/3/2013) duit x masuk dalam akaun lagi…last ni aku pinjam kt mbsb..huhu

      • rasa terianiaya March 11, 2013, 14:41

        ye lah..sy pun sama juga..kata tunggu akad je..dah berhari2 tunggu x dpt2 juga sms tu sampai hari ini..duit nak guna urgent ni..1st n last pinjam MBSB..rasa teraniaya betul la..

      • akusajesaje March 15, 2013, 08:21

        dah try kol mbsb ke..aku pon selalu kol mbsb..kalo x berbulan2 la jwbnya kna tunggu.aku submit 1/3/2013.akad 12/3/2013.skrg tunggu duit masuk je.rajin2 la kol mbsb

        • yuyun March 27, 2013, 18:42

          dah dapat ke duitnye?

  • sakit hati March 1, 2013, 11:53

    memang melampau mbsb ni..nak mintak penyata settlement kene bayar rm 100 tapi entah bila dapat pon tak tahu..dah la kene bayar dulu…sepatutnya bayar after dapat penyata tu baru la betul..sakit hati sungguh la..masalahnyer benda ni dah banyak orang komplen..kenapa seolah-olah tiada tindakan dibuat..adakah kerana mbsb ni anak syarikat kwsp..tolonglah adil..kecian kat orang yg nak manage kewangan ni..kita nak penyata penyelesaian awal tu bukan suka-suka..mestilah ada sebab yang rasional dan urgent..

  • zul April 8, 2013, 23:00

    Memang tidak dinafikan perkhidmatan mbsb amat mengecewakan dan mencerminkan ketidak profesional staffnya dalam menjalankan tugas ini terbukti apabila saya buat pinjaman dgn mbsb borang telah di hantar pada 14/02/2013 dan telah diterima pada 18/02/2013 dan sehingga pada 04/04/2013 saya menghubungi mbsb itupun kol dari pagi sampai petang baru berjawab panggilan kol saya dan jawapan diterima mengatakan loan dah approve.Pada hari ini 08/04/2013 saya menghubungi lagi pihak mbsb dari pagi dan tengahari barulah panggilan saya berjawab untuk bertanyakan tentang approve loan saya bila akan buat akad jawapan diterima amat,amat,amat mengecewakan kerana dimaklumkan oleh pihak mbsb loan dah approve tp kena tunggu approve sekali lagi untuk approve terakhir dan saya bertanya bagaimana untuk mempercepatkan approve terakhir sebab sekarang saya amat memerlukan wang untuk keperluan yang mendesak dan sekali lagi staff mbsb memberi jawapan yang tidak mencerminkan keprofesionalnya dengan menyatakan ‘kami tidak bolah berbuat apa-apa untuk proses itu’.Saya benar-benar kecewa dengan mutu perkhidmatan yang ditunjukkan dan diberikan oleh mbsb kepada pelanggannya.

Leave a Comment