Saya merupakan pelanggan MBSB yang memegang akaun pinjaman peribadi. Pada 16 November 2012 saya telah ke pejabat MBSB cawangan B.B.Bangi untuk memohon “Redemption Statement” bagi saya mengurangkan jumlah bayaran bulanan saya melalui “refinance”.

Saya di caj RM100 dan diminta menunggu selewat-lewatnya sebulan untuk mendapatkan penyata itu dimana staf MBSB akan menghubungi saya. Setelah sebulan dan saya tidak menerima apa-apa makluman, saya telah berkunjung ke pejabat MBSB cawangan B.B.Bangi sekali lagi hanya untuk diberitahu bahawa penyata “Redemption Statement” tersebut belum siap. Mereka akan hubungi saya apabila penyata itu sudah siap.

Sejak itu saya tidak pernah menerima apa-apa panggilan dari MBSB, sebaliknya saya yang boleh dikatakan setiap minggu menelefon mereka. Malangnya setiap kali saya menghubungi mereka, mereka seolah-olah tidak melakukan apa-apa dan baru mengetahui masalah tersebut.

Dalam satu komunikasi, saya diminta hubungi sendiri Ibu pejabat MBSB kerana menurut mereka pinjaman peribadi bukan tanggung jawab mereka. Yang sangat menjengkelkan ialah mereka saling tuduh-menuduh bahawa penyata itu bukan tanggungjawab mereka.

Sehinggalah minggu lepas, saya sekali lagi menghubungi cawangan MBSB dan bercakap dengan pegawai yang bertanggung jawab yang berjanji akan menghubungi saya balik untuk memaklumkan status permohonan penyata tersebut. Seperti biasa saya tidak pernah dihubungi kembali membuat saya hilang sabar lalu menghantar aduan kepada bahagian Khidmat pelanggan MBSB melalui talian laman web mereka. Malangnya sehingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Saya membuat aduan melalui media ini kerana saya sudah tidak tahu dimana lagi saya boleh berkomunikasi dengan staf MBSB.

Pelanggan kecewa

By: Syuzianti Shaari

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.