≡ Menu

Layanan Jururawat Wad 18 Hospital Kuala Lumpur

Salam..

Saya ingin membuat aduan mengenail layanan seorang nurse di wad 18 tingkat 4 yang bernama Rashidah Bt Mohd Rashid.

Ayah saya dimasukkan ke hkl pada 31.5.2011 kerana muntah darah dan diletakkan di wad 18 tingkat 4. Keluarga saya akan datang melawat setiap hari. Saya ingin mengucapkan syabas kerana setiap kali melawat, saya perhati,semua nurse dan pelajar praktikal dari kolej MAHSA melayan ayah saya dan pesakit lain dengan baik. Antaranya seperti nurse faznita, nur adilah dll.

Namun pada hari ini 2.6.2011 jam 6.30 petang, seorang jururawat bernama Rashidah Bt Mohd Rashid secara tiba menengking ibu saya kerana membawa kanak-kanak berusia bawah 12 tahun memasuki wad. Walhal, kami sekeluarga sudah berada di situ sejak jam 5.00 ptg dan dia berada di meja jururawat/doktor menyiapkan fail laporan. Kebetulan katil ayah saya betul2 di hadapan meja tersebut.

Pertama, dia memarahi dan menengking kami sekeluarga kerana membawa kanak2 bawah 12 tahun sedangkan ramai keluarga lain yang membawa kanak-kanak tidak pula dihalaunya. Kami diberitahu oleh polis bantuan, kanak-kanak tidak boleh dibawa melawat pd tengah hari namun boleh dibawa melawat pada sebelah petang. Setiap hari kami datang melawat ayah saya dan membawa adik saya itu, namun tidak pernah pula ditengking atau dihalau sedemikian rupa seperti hari ini.

Kedua, jururawat tersebut menengking ibu saya dengan ayat “eh, nak marah2 pulak” kerana ibu saya bangun secara kasar. Saya membalasnya dengan mengatakan “cik, hormat sikit orang tua boleh tak?”. Dia membalas semula dengan mengatakan ” yang dia (ibu saya) nak marah saya kenapa?”. Saya melawan dengan mengatakan “amboi cantiknya bahasa. mak saya marah sebab awak biadap,”. Dia menjawab dengan ayat “eleh, dia (ibu saya) & awak pun sama biadap. Kemudian dia cakap dengan sekuat hati berkata ” Sebelah tu, ada org sakit tibi. Kalau nak berjangkit duduklah lama-lama. Saya tak kisah.” Saya begitu marah dan cuba bertanya namanya pada jururawat praktikal namun dia tiba-tiba sebut namanya dengan begitu bangga dan kuat, “nama saya rashidah bt mohd rashid. ada apa-apa masalah?”

Kami semua terus beredar daripada wad itu kerana ibu saya menangis kerana diherdik sebegitu rupa. Sudah lah ibu saya risau suaminya sakit, tiba-tiba ditengking dan diherdik sebegitu rupa hanya kerana membawa kanak-kanak? Layak kah dipanggil jururawat gadis itu?

Apa yang kami kesal kan, tidak bolehkah ditegur secara sopan atau baik? kalau betul kami bersalah kami terima sekiranya ditegur secara baik. kami pernah ditegur secara baik oleh polis bantuan kerana tidak boleh membawa kanak-kanak pada waktu tengah hari. kami akur dan tidak membwanya selepas itu. namun ini, sudahlah diherdik, ditengking, dihalau malah didoakan supaya kami dijangkiti penyakit kerana tidak mahu mendengar arahannya.

bukan itu sahaja, malah dia juga mengherdik dengan kuat sambil menjeling tajam pesakit (lelaki tua) di depan katil ayah saya yang bertanyakan sesuatu (tidak pasti apa yg dikatakannya) dengan mengatakan. “pak cik! pak cik sedar tak yang pak cik ada masalah hati! mana boleh makan panadol!”. dia kemudian mengomel “ingat mkn panadol boleh baik ke..!”. saya dengar dengan jelas kerana katil ayah saya di hadapan mejanya. orang tua manalah tau apa-apa. tidak bolehkah jelaskan padanya secara lembut/sopan seperti jururawat-jururawat lain?

saya berharap pihak hospital dapat mengambil tindakan yang sepatutnya kerana jururawat seperti itu bakal mencemarkan nama baik kualiti kerja hospital kuala lumpur. sudah tiga kali ayah saya dimasukkan ke hkl dan layanan mereka begitu cepat dan baik sebelum ini, namun tiba-tiba hari ini kami terjumpa pula jururawat yang begitu biadap sekali.

Kami ada saksi yang melihat situasi itu. Saya tidak mereka-reka cerita. Kalau tidak percaya, tanyalah para pelajar praktikal dari kolej MAHSA yang menjaga wad 18 tingkat 4 pada 2.6.2011 pada jam 6.30 ptg dan juga jururawat bernama nur adilah yang menjaga lorong di katil di mana ayah saya ditempatkan.

sekian, terima kasih.

By: dila

{ 6 comments… add one }

  • ieda November 29, 2012, 16:40

    org mcm 2 elok ambil tndakan kurang sopan..kurang ajar

  • kkdin February 27, 2013, 00:25

    Melampau dah jururawat mcm ni..
    Aku yg keje hospital ni pun malu ada jururawat mcm ni

  • Siapesaya? February 27, 2013, 12:39

    Sy penah gak kena ngan seorang nurse di Wad Kecemasan Hospital Changkat Melintang satu ketika dlu. Sy ingat lagi dalam keadaan sy yang menahan kesakitan yang teramat sngt, selamba je dia tengking ngan nada yang kuat “X boleh baring ke?”. Smpai mcm tu skali dia ckp kt org yg menahan kesakitan.

    Knp x ckp elok2 kn, tapi nk wat mcmane, dh sakit, sabar jela.

    Tp kalu waktu tu xsabar, dh naik kaki.

  • Tan March 6, 2013, 11:36

    jururawat di sana harus berubah sikap kerana sikapnya kurang sopan. kenapa boleh menyuruh penjaga tidur di lantai??? ini sikap seorang jururawat ???

  • jijiniran September 22, 2013, 20:36

    Berubah sikap? Saya baru balik dari ward 19 tingkat 4. Dah hampir 3 tahun aduan ni dibuat. Ni yang aku nyampah dengan kerajaan. Walaupun aku memang sokomg kerajaan. Tapi tak tahu la nak cakap. Ward 19 tu penuh dengan orang sakit penyakit kronik paru paru, darah dan lain2. Mungkin nurse kat situ anggap jijik. Lampin sehari suntuk tak ditukar. Bila suruh tukar.. “kejap ye.. kejap” dan berkali kali kejap sampai ke malam. Pesakit minta air walaupun bukan hari puasa satu nurse pun gak layan. Diaorang duduk bersembang, ketawa, main phone.. 1 kes.. nurse ckp “bising la bunyi mesin ni..” lepas tu dia pergi tutup 3 mesin yang bunyi beep beep. Nurse sekarang banyak tangkap muat. Kerja sebab nak sara diri. Mana ada pendidikan tinggi. Ntah ntah SPM pun gagal. Benda ni alam ku bawa ke dunia. Lihat apa akan terjadi.

  • Seira December 20, 2013, 00:51

    Ketua jururawat wad 12, tingkat 3 memekik suruh penjaga pesakit keluar.. Dia boleh kata “menyemak biji mata”. Dia ingat, mak kita tu suka2 ke nak duduk situ! Sekurang2nya mak kita juga yg angkat bekas air kecing ke hulu hilir.. Nak harapkan dia! Sorry lah.. Eloknya org mcm tu elok retire awal!.. X menyemakkan mata org lain.. Bagi pada jururawat yg lebih berhemah menjaga pesakit.. Baru blh cepat baik!

Leave a Comment