≡ Menu

Larangan Menutup Aurat oleh Pihak Koordinator Hotel

Saya sesungguhnya merasa tercabar di negara kita sendiri yang AGAMA ISLAMNYA, agama RASMI negara kita, Berani sungguh mereka membuat peraturan begitu, untuk menjahanamkan generasi Islam negara kita.

Kejadian ini berlaku semasa saya menghantar anak saya & 3 orang rakannya yang menuntut di PTPL, Shah Alam menjalani Latihan Industri (LI) di Hotel Danna, Langkawi pada 18.11.2012 baru-baru ini.

Pihak Koordinator Hotel Danna, Langkawi tidak membenarkan pelajar Islam menutup aurat semasa menjalani LI di sana. Jika enggan, maka mereka akan gagal. Berani sungguh mereka melawan perintah Allah SWT. Yang hairan & peliknya, orang Melayu yang beragama Islam bekerja pula di situ? Apa depa buat? Tak nak berjihad ke?

Seperkara lagi, PTPL, Shah Alam tidak peka ke, apakah syarat yang dikenakan oleh pihak Hotel Danna, Langkawi kepada mereka jika pelajar PTPL ingin menjalani LI di sana? Sedangkan Pensyarah PTPL majoritinya bangsa Melayu, agama Islam ke? Ini menunjukkan isu ini telah lama berlaku….!

Saya tidak mahu ini terjadi kepada anak saya & tiga orang rakannya. Biarlah mereka menjadi pelapis utama memperjuangkan aurat mereka, demi AGAMA ISLAM kita. Fisabilillah. Ini negara kita…! Bukannya luar negara… Macam mana nak merealisasikan Halal Hub yang diuar-uarkan PM kita? Sekian….

1slam dinafikan hak oleh Koordinator

By: Badariah

{ 14 comments… add one }

  • shah December 7, 2012, 20:52

    Baru belaku…mesti laporkan kepada pihak berkuasa…laporkan kpd kementeriam dan jabatan agama islam kedah…akta buruh pon boleh ambil tindakkan…
    Org islam awam..mari boikot hotel ini..tkt makanan juga x halal…

  • Nasbi Lasai December 7, 2012, 21:58

    Amat sokong kalau hotel tu diambil tindakan oleh kerajaan kerana kurang sensitif terhadap umat Islam di negara Islam.

  • azerbaijan December 8, 2012, 16:39

    ayuh umat Islam semua, mereka mencabar hukum Allah, mari kita tentang habis-habisan…

    • 1malaysia December 11, 2012, 00:53

      Pergi insafkan dulu, yang menunjuk-nunjukan AURAT kat TV… kalau artis maksudnya boleh tunjukkan dia punya aset ke..????
      Dan pasal umat islam ni… Minta isteri ahli ahli umno to pakai tudung.. bukan hanya bila ada apa function.. nak lakon macam bagus…!!!!

      • Abd Razak Mohd December 20, 2012, 10:24

        yes U R Right

      • Honey Boney January 9, 2013, 12:39

        dorang nak masuk neraka lantak dorangla.. yg nak diperjuang hak skrg, ialah adik beradik @ anak beranak yg da terkena! faham sikit la kemarahan pengadu!

  • alexander December 13, 2012, 11:34

    pegawai atasan hotel itu patut direjam sampai mati..mana mungkin oprg Islam disuruh membuka aurat.. di harap pejabat agama dapat ambil tindakan.. wassalam

  • Rose Of The Heart December 13, 2012, 13:09

    pertahankan hak sebagai orang muslim…. ini negara islam sepatutnya dorang tahu… jangan biokrasikan isu ini…. ramai orang muslim boleh bertutur bahasa inggeris dengan baik….kan di hotel itu di utamakan selain hospitality nya……. pakai tudung lagi kemas dan cantik…. at least orang luar ni tahu batas..tak boleh buat suka suka ..lagi lagi yang pakai skirt pendek…

  • hapsah December 14, 2012, 14:52

    adik saya dulu pun cam tu gak le..citenya….hotel glamour lagi….kalau boleh pemimpin2 yg berkaitan tolong2lh buat tindakan sikit…lagi2 le kat Sarawak….kebanyakan wanita yang bertudung ni ditindas..

  • Hapsah Ismawi December 14, 2012, 15:06

    adik saya dulu pun cam tu gak le..citenya….hotel glamour lagi….kalau boleh pemimpin2 yg berkaitan tolong2lh buat tindakan sikit…lagi2 le kat Sarawak….kebanyakan wanita yang bertudung ni ditindas..

  • Hasiah Ahmad December 20, 2012, 13:46

    hot jot hot !!

    Ramalan Nostradamus : Gangnam Style Picu Kiamat?

    http://panjisemarang.blogspot.com/2012/12/ramalan-nostradamus-gangnam-style-picu.html

  • hikayat 1001 mlm December 26, 2012, 16:01

    Bagi tau kat taukeh hotel sruh pekerja dedah semua lagi ye puashati, hu hu hu

  • Les Chaussures Et Sacs January 2, 2013, 00:01

    Xbg tutup aurat sbb nk suh jd pekerja ke nk suh jd pelacur?

Leave a Comment