≡ Menu

Laluan motor berkuasa tinggi

Assalamualaikum,

Selaku pemilik dan penunggang motorsikal (500cc ke atas) saya mohon pihak JPJ memberi kenyataan yang menyeluruh terhadap peraturan tidak melepaskan motosikal kuasa tinggi dilaluan ber tol selagi ada lorong motosikal disebelahnya.

SAYA SEMAKIN KELIRU sebab pihak POLIS melepaskan penunggang motosikal 500 cc ke atas dilebuh raya bertol walaupun terdapat laluan motosikal disebelahnya.

Saya telah beberapa kali mengikut lorong motosikal, namun terdapat `kesengsaraan’ apabila mahu melepasi terowong yang lazimnya berselekoh tajam dan ia memungkin kemalangan. Pengendalian motosikal berkuasa tinggi di lorong motosikal(agak sempit) amat `mencabar’ disebabkan terlalu kerap tukaran gear dilakukan dan kelajuan pada tahap standard sangat terganggu.

Cadangan : Mohon pihak berkuasa membenarkan lebuhraya dikongsi sama oleh penunggang motosikal kuasa tinggi. Secara adilnya, motosikal tersebut membayar cukai jalan lebih RM250.00 setahun dan kalau perlu membayar tol wajarlah pada kadar yang berpatutan.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, saya dapati perjalanan penunggang motosikal kuasa tinggi lebih lancar dan penuh disiplin.

Mohon pihak berkuasa menimbang cadangan ini demi keselesaan dan kelancaran perjalanan pemilik motosikal kuasa tinggi.

By: Alykallam

{ 1 comment… add one }

  • Jiwa_Rider April 26, 2012, 16:18

    saya setuju dengan komen tuan…bukan sahaja bahaya untuk motor berkuasa tinggi malah motosikal biasa mengalami masalah yang sama…sudut selekoh masuk dan keluar agak tajam dan sempit…keadaan jalan di dalam terowong berair dan licin…apabila hujan boleh menyebabkan banjir…pada di setengah laluan jalan diturap mengunakan simen tetapi tidak rata terutama di dalam terowong …akar pokok menjalar di bawah tanah menyebabkan laluan berbonggol…belum lagi disebabkan unsur khianat seperti menabur paku dan sebagainya…mereka kena faham sistem suspensi, brek dan juga diameter tayar motosikal bukan sama seperti kereta…apabila melalui jalan tidak rata atau berbonggol bergegar ‘cover set’ motor sampai penunggang pula boleh terangkat dari motosikal….apabila hendak memotong tidak ada ‘buffer’ atau ruang lebih bahaya untuk motosikal berkuasa tinggi…harap pihak berwajib mencari jalan penyelesaian untuk aduan ini…jika laluan motosikal dibesarkan atau infrastruktur, di jaga dengan baik mungkin tiada masalah untuk semua jenis kelas motosikal.

Leave a Comment