Assalamualaikum,

Selaku pemilik dan penunggang motorsikal (500cc ke atas) saya mohon pihak JPJ memberi kenyataan yang menyeluruh terhadap peraturan tidak melepaskan motosikal kuasa tinggi dilaluan ber tol selagi ada lorong motosikal disebelahnya.

SAYA SEMAKIN KELIRU sebab pihak POLIS melepaskan penunggang motosikal 500 cc ke atas dilebuh raya bertol walaupun terdapat laluan motosikal disebelahnya.

Saya telah beberapa kali mengikut lorong motosikal, namun terdapat `kesengsaraan’ apabila mahu melepasi terowong yang lazimnya berselekoh tajam dan ia memungkin kemalangan. Pengendalian motosikal berkuasa tinggi di lorong motosikal(agak sempit) amat `mencabar’ disebabkan terlalu kerap tukaran gear dilakukan dan kelajuan pada tahap standard sangat terganggu.

Cadangan : Mohon pihak berkuasa membenarkan lebuhraya dikongsi sama oleh penunggang motosikal kuasa tinggi. Secara adilnya, motosikal tersebut membayar cukai jalan lebih RM250.00 setahun dan kalau perlu membayar tol wajarlah pada kadar yang berpatutan.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, saya dapati perjalanan penunggang motosikal kuasa tinggi lebih lancar dan penuh disiplin.

Mohon pihak berkuasa menimbang cadangan ini demi keselesaan dan kelancaran perjalanan pemilik motosikal kuasa tinggi.

By: Alykallam

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.