≡ Menu

Kualiti Rumah Cempaka Seri 1 Town Villas Amat Mendukacitakan

Kualiti Rumah Cempaka Seri 1 Town Villas Amat Mendukacitakan

Salam dan selamat sejahtera,

Saya penduduk Cempaka Seri 1 Town Villa, Kota Seriemas, Nilai amat berharap bantuan daripada pihak PPIM atau sesiapa sahaja yang berkenaan untuk menyelesaikan isu kualiti rumah yang kami penduduk hadapi sehingga ke hari ini.

Keadaan rumah yang retak, bocor, syiling roboh dan pelbagai lagi tidak pernah selesai dan pemaju sentiasa delay dalam mengambil tindakan walaupun aduan telah di buat dan telah membuat banyak kali follow-up. Kontraktor pemaju sentiasa memberikan alasan ada projek lain perlu di selesaikan.

BACA:  Taman Universiti Bangi: Pemaju Enggan Membayar Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD)

PNBD dibawah naungan PNB adalah nama yang tersohor tetapi kualiti rumah yang dihasilkan terlalu dibawah standard.

Kami penduduk amat menyesali membeli rumah tersebut tapi apakan daya semua sudah terlambat.

Mohon bantuan pihak berwajib untuk turun padang membantu kami menyelesaikan perkara ini.

Terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungj... Pada 25 Mac 2018 kenderaan yang dipandu oleh saya telah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya LEKAS Senawang menghala ke utara. Saya telah melan...
Citylink Nilai Buat Kerja Sambil Lewa Saya ingin membuat aduan tentang Citylink Nilai yang tidak menghantar barang customer pada waktu yang sepatutnya. Saya sepatutnya menerima barang ...
Projek Perumahan PR1MA Rantau Terbengkalai Assalamualaikum & Salam Sejahtera Saya merupakan salah seorang pembeli rumah di PR1MA Rantau, Lot 148xx. Saya mendapati bahawa projek ini s...
Jalan Kerap Rosak di Kampung Serting Tengah Aduan ini berkenaan kerosakan jalan raya di Kampung Batu 38, Kampung Serting Tengah yang bukan sahaja telah mengakibatkan kemalangan  dan kerosaka...