Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kerana sudi membaca aduan saya ini. Bukan hendak membongkar keaiban jauh sekali memburukkan nama pihak-pihak yang terlibat, tetapi, kami sebagai pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) sudah tidak mampu menahan derita yang bermula dari bulan April lagi dan keadaan semakin bertambah buruk sehingga hari ini.

Aktiviti-aktiviti di sekolah juga menjadi terganggu oleh sebab masalah ketiadaan air ini. Bukan itu sahaja, tedapat segelintir pelajar yang mengadu mengalami masalah gatal-gatal di badan sehingga membuatkan mreka tidak selesa dan tidak dapat menumpukan pelajaran sepenuhnya.

Pihak sekolah telah membuat aduan kepada pihak Sekolah Berasraa Penuh(SBP), tetapi, pihak berkenaan terpaksa menangguhkan dahulu proses pembaikian kerana kos yang tinggi iaitu kira-kira RM 150,000.00. Tambahan pula, bulan Ramadhan kian hampir menjelma. Sedangkan ketika bulan-bulan biasa ini kami sudah mengalami kesukaran, apatah lagi pada bulan Ramadhan nanti.

Persoalannya kini, sampai bila kami harus menunggu semua ini berakhir. ?? Adakah sehingga tahun ini berakhir atau sehingga tahun hadapan pula yang berakhir ?

By: Annur Najiah Hussaini binti Hussain

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.