Amat kecewa kami para graduan Pendidikan Kolej Swasta melihat keyataan media ber ulang daripada YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI Merangkap MENTERI PELAJARAN MENGENAI Mengenai ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM di dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia baru baru ini untuk kali ketiga sejak 2010.

Bahawa ” Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM. ”

Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran secara jelasnya telah mendiskriminasi para graduan kursus pendidikan dari kolej swasta dengan tidak menberi mereka langsung perluang untuk ditemuga untuk menjadi guru tetap sejak 2010. Walaupun sebelum ini ramai diantara mereka graduan swasta contoh nya dari Unitar / UniRazak berjaya ditemuduga telah diterima sebagai Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan.

Graduan berkenaan sama ada daripada kolej swasta atau institusi kerajaan yang diberikan LAN (Lembaga Akreditasi Negara ), harus diberi peluang sama jika memiliki potensi yang baik.

http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2600

By: TJ UniTAR / UniRazak

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.