Pada tahun 2003 kami telah membeli sebuah kondo yg dibangunkan oleh Syarikat Tenaga Gagah, yang terletak di Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway. Lokasinya menarik dan strategik, dan ianya berhadapan dengan bangunan apartment Lagoon Perdana yg ketika itu masih rancak dalam pembikinan. Setelah membayar duit muka lebih kurang 15k, Kami dijanjikan bahawa kondo itu pasti siap dalam masa 3 tahun kemudian.

Menjelang tahun 2007, projek telah terbengkalai. Tiada apa yg terdapat di tapak kondo itu kecuali semak samun dan beberapa batang besi yg dicacak ke tanah. Site office telah tiada, manakala setiap kali menelefon ke ibu pejabat mereka di Menara Maxisegar Jalan Pandan menggunakan nombor telefon tertera pada dokumen perjanjian, langsung tidak diangkat.

Akhirnya satu mesyuarat yg dipanggil ‘Explanatory Statements’ telah dibuat antara pembeli dan developer pada 8 May 2007, mencadangkan proposal baru dari pihak developer untuk menyambung projek yang telah terbengkalai. Antara yang penting dalam minit mesyuarat ialah :

  1. IJMC Sdn Bhd mengambil alih dari Tenaga Gagah dan meminta pembeli tidak meminta Tenaga Gagah membayar LAD.
  2. Developer baru meminta tempoh sepanjang 27 bulan untuk menyiapkan projek terbengkalai.
  3. Mereka mengatakan dengan menyambung semula projek ini, pembeli dapat memiliki ‘Vacant Possesion’ ke atas harta, menjaga nama dan reputasi kondo tersebut di masa hadapan selain mengelakkan pinjaman dari pihak bank menjadi Non-Performing Loan.
  4. Pembeli bagaimana pun berhak menuntut LAD sekiranya perjanjian baru yg dipersetujui gagal dilunaskan dalam masa yg ditetapkan.

Berdasarkan penerangan yang dibuat, comitte sebagai wakil pembeli telah merasa yakin dan bersetuju supaya projek pembinaan ini diteruskan serta berharap ianya mampu disiapkan dalam masa yg dipersetujui bersama.

Pada November 2011, setelah beberapa penangguhan lagi sejak 2010, saya telah menghubungi pejabat mereka dan bercakap dengan seorang wanita bernama ‘MAI’ yang di dakwa orang yang bertanggungjawap untuk projek Belvedere yg telah ditukar nama menjadi Residensi Laguna kini. Beliau memberitahu melalui data dikomputernya ketika itu, bangunan telah siap, malah pihak TNB, SYABAS dan beberapa agensi lain telah pon memasang perkhidmatan masing-masing ke dalam bangunan. Prosesnya telah beberapa lama berjalan dan mendakwa akan siap bila-bila masa saja. Seterusnya mereka akan menghantar kertas kerja dan authority check up untuk mendapat CF, dan semua proses ini dijangka mengambil masa paling lama 3-4 bulan. Saya ada membuat rondaan sekitar kawasan kondo sekali sekala, ianya nampak cantik siap bercat, dan ada masa dapat bercakap dengan kontraktor atau pekerja-pekera di situ, dan mereka rata-rata memberitahu sudah tidak banyak yang hendak diselesaikan. Kadang kala pada waktu malam, saya dapat lihat lampu di bahagian tangga kecemasan di pasang hingga tingkat 19. Merasa gembira akhirnya, saya harus menunggu saja dengan sabar.

Menjelang 16 Februari 2012, setelah 8 tahun menunggu secara keseluruhannya, Saya telah menelefon sekali lagi hari ini dan diberitahu yang bangunan kondo tersebut masih ‘under construction’ atau bangunan masih belum siap, elektik masih belum dipasang, begitu juga air dan lain-lain. Mereka memberitahu saya kebarangkalian untuk menyiapkan kerja-kerja ini akan mengambil masa yg lama lagi, mungkin sehingga September 2012, atau mungkin juga tahun depan, apetah lagi untuk mendapatkan CF.

Saya sangat kecewa. Penerangan yg diberikan kepada saya oleh wanita yang menjawap panggilan telefon saya adalah sangat berlainan dari yang saya nampak sendiri. Saya juga merasa seperti ada unsur yang tidak betul di sini dan mengesyakki kami telah ditipu atas sebab sebab yang tidak diketahui. Saya telah membayar pinjaman dengan jumlah penuh sejak beberapa tahun lalu, dengan harapan rumah di Residensi Laguna ini dapat segera disiapkan bagi mengurangkan beban kewangan yg kami tanggung. Harap pihak tuan dapat menyiasat atau berbuat sesuatu supaya perkara ini dapat diselesaikan. Saya dahului dengan jutaan terima kasih.

By: Zurina binti Hassan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan: