Dukacita dimaklumkan bahawa saya abag kepada salah seorang pelajar di institusi ini begitu kecewa dan tidak berpuas hati dan terkilan dengan penginapan dan ketidakselesaan adik saya belajar di institusi ini. Antara perkara-perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati saya adalah:

  • Di blok pelajar perempuan di bahagian bawah terdapat begitu banyak perabot-perabot yang hendak dilupuskan dilonggokkan berhampiran pintu masuk bilik pelajar-pelajar ini. Tiadakah tempat lain untuk dilonggokkan? Sampai bilakah longgokan perabot-perabot ini harus ‘bermastautin’ di situ? Apakah pihak pentadbiran Kolej ini ‘buta’?

  • Saya juga begitu BENGANG dengan sikap pentadbiran Kolej ini!! Bagaimana dengan kebajikan murid?? Tandas rosak?? Bila tindakan diambil?? Bila nak siap?? Sebulan ? Dua bulan? Sinki tersumbat? Bila nak diperbetulkan? Berapa pula bayaran yang harus dikenakan?? Sampah-sampah bersepah di sana sini,di tangga sana di tangga sini.
  • Bagi pelajar-pelajar yang kena histeria, apa tindakan Hal Ehwal Pelajar? Jika di IPTA,  penjaga mereka dipanggil untuk membawa anak mereka pulang sehingga sembuh,  tetapi di IPTS ini….bila keadaan sebegini di mana warden wanita, PEKAK KE? Tak kan nak suruh budak-budak yang berhingus ini ‘settelkan’ sendiri. Indah khabar dari rupa..di brosur-brosur terpampang indah tetapi kenyataannya MASYAALLAH…saya MENYESAL..saya MENYESAL…kalau saya tahu begini lebih baik saya rela adik saya pergi bekerja berniaga di warung jual kuih..
  • Tiada pemantauan bilik ke bilik oleh warden berkenaan untuk memantau keadaan bilik-bilik pelajar tersebut..dari pemantauan saya bilik mereka-mereka ini umpama bilik sarang Tikus. Bersepah-sepah. Satu apartmen di sumbat sampai 10 orang. Fikir dan bayangkanlah bagaimana dengan keadaan bilik mereka begitu. Dan bagaimanakah mereka untuk meneruskan pembelajaran dengan selesa.
  • Memang betul segala kos pengajian, penginapan, dan lain-lain kos yang berkenaan ditanggung oleh PTPTN dan MARA. Tetapi janganlah kerana hendak mencapai tahap Universiti sehingga sanggup menyumbatkan satu apartment sampai 10 orang. Layakkah intitusi sebegini mendapat MQA, MQF dan MQR? Layakkah institusi ini diktiraf oleh JPA? Anda nilaikannya sendiri. Anda pantaunya sendiri.
  • Satu lagi masalah, budak-budak ini ditempatkan belajar di dalam sebuah kabin “pelarian”.Bayangkanlah keselesaan mereka untuk belajar. Dah la pernah di saman RM Sejuta.tidak tahulah apa puncanya.
  • Apa yang saya lakukan bukanlah untuk adik saya seorang tetapi untuk semua anak-anak yang belajar di sini. Untuk kemajuan mereka. Untuk keselesaan mereka dan untuk masa depan mereka.

Saya berharap pihak berwajib seperti JPA, Kementerian Pengajian Tinggi, MARA dan pihak-pihak yang berkaitan TOLONGLAH turun padang untuk melihat keadaan sebenar kolej ini. Sekian…

By: saiful

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.