Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012. Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu. Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran. Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran.

Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos. Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain.

Hari ini, para pelajar tahun akhir dimaklumkan yang mereka perlu mengeluarkan kos untuk 2 semester jika ingin menamatkan pengajian di kolej baru. Ini disebabkan wang pinjaman PTPTN yang telah disalurkan ke kolej ICHS pada awal tahun telah habis dibelanjakan sewenang-wenangnya. Kini, saya mewakili pihak ibu bapa pelajar, rasa terbeban memikirkan kami perlu menyediakan hampir RM9000 untuk tujuan pemindahan kolej ini.

Para pelajar terpaksa melunaskan PTPTN walaupun bukan mereka yang membelanjakan duit tersebut. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga yang sederhana. Saya amat berharap pihak UMNO dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini. Perlu ada tindakan ke atas pengurusan kolej ini yang telah makan duit pelajar-pelajar ini.

Hingga kini, masih tiada penyelasaian dan kata putus. Pihak Kementeria Pengajian Tinggi juga tidak dapat memberi jawapan untuk masalah ini. Perhatian dan tindakan segera pihak tuan amat saya hargai. Saya cuma berharap masa depan dan harapan para pelajar untuk berbakti sebagi jururawat di negara kita tidak terbantut di tengah jalan. Bantulah saya mempetahankan hak mereka.

Terima Kasih.

By: Nurliza

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.