Ketiadaan tempat letak kereta untuk pendidik SK Bhagia
Saya dan rakan-rakan adalah tenaga pendidik yang bertugas mengajar di SK Bahagia. Letaknya sekolah ini adalah di seberang Sungai Kelantan. Untuk ke sekolah, selepas memandu kereta, kami terpaksa menaiki bot sungai (bot galah), selama 40 minit dan membonceng motosikal selama 5 minit dari jeti Kg. Bahagia barulah kami tiba di sekolah. Pukul 2.00 ptg. kami habis mengajar dan pulang jika tiada aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan. Jika ada kelas atau aktiviti kokurikulum kami terpaksa bermalam di sekolah.
Apa yang paling menyedihkan kami kaum guru, ketiadaan tempat meletak kereta. Kami terpaksa meletak kereta di tepi-tepi jalan, di hadapan IPK (pejabat polis), di belakang bangunan Perpustakaan Kuala Krai dan kadang-kadang dalam kawasan masjid yang jauh. Apabila sampai dekat kereta, selalu sahaja ada kertas saman dari pihak polis, saman parking. Kami datang dari jauh, turun dari rumah pukul 5.45 pagi lagi, bila pulang waktu petang kereta kami disaman.
Pihak Majlis Daerah Kuala Krai tidak pernah perihatin dengan masalah kami. Saya sendiri sudah berkali-kali disaman oleh pihak MDKK. Kami berharap pihak polis atau MDKK, sila sediakan ruang tempat letak kereta berbentuk sewa bulanan. Asal juga pihak MDKK menyediakan kawasan yang agak tercorot, tetapi kami bimbang keselamatan kenderaan kami kerana pihak MDKK tidak menyatakan bertanggungjawab keselamatan kenderaan kami.
Kami sanggup bayar bulanan asalkan pihak MDKK menyediakan pengawal keselamatan kawasan parking kereta terutama pada waktu malam. Kepada pihak polis kami amat berharap bertimbangrasalah dengan kami. Kami bertugas untuk mendidik anak bangsa.
pohon pihak aduan rakyat datang dan membantu kami………
sekian, terima kasih
By: aziz
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |





