Isu bayi tersedak susu semakin bertambah. Saya semakin risau untuk hantar anak ke nurseri, setiap hari berdoa agar tidak terjadi perkara yang buruk terhadap bayi saya. Isu risau ni tidak akan terjadi sekiranya kerajaan kita tidak huru hara tentang isu pembantu rumah indonesia. Cubalah permudahkan urusan dan kurangkan monopoli oleh agen. Kononnya nak kuatkuasakan undang-undang, tetapi kesannya bayaran untuk mendapatkan seorang maid makin tinggi dan makin lama untuk tunggu.

Saya dah survey tiga kali nurseri di sekitar Bangi, majoritinya ada lima bayi di setiap nurseri dengan hanya dua atau tiga penjaga sahaja. Ditambah lagi dengan mereka perlu juga menjaga anak 1-3 tahun. Saya rasa bukan di Bangi sahaja menghadapi masalah ini, malah diseluruh Malaysia, kita menghadapi masalah untuk menghantar dan menjaga anak kita.

Harap kerajaan lebih perihatin untuk memudahkan urusan pengambilan pembantu rumah Indonesia. Kerana mereka (maid) juga dikalangan keluarga miskin yang memerlukan pendapat untuk menyara keluarga. Ini adalah situasi Menang-Menang; dimana keluarga bahagia dan tidak risau dan Maid juga dapat menyara keluarga mereka.

By: Riza

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.