≡ Menu

Kesesakan Semakin Serius di Bandar Saujana Putra

Kesesakan di roundabout Bandar Saujana Putra yang menghubungkan antara Lebuhraya SKVE – Elite semakin serius dan membimbangkan. Waktu puncak kesesakan sering berlaku antara jam 6.30 am hingga 9 am pada waktu pagi dan 5.30 pm hingga 8.30 pm pada waktu petang.

Penduduk di Bandar Saujana Putra amat runsing mengenai isu kesesakan dan telah menyuarakan kepada pihak yang berkaitan, namun tiada tindakan yang diambil sehingga kini.

Terdapat sangat banyak lori dan trailer besar di roundabout terbabit pada waktu puncak yang hampir mengakibatkan kemalangan atau perselisihan antara kereta biasa penduduk di sekitar Bandar Saujana Putra. Lori dan trailer sering kali membawa laju dan bersikap tidak bertolak ansur semasa kesesakan dan semasa melalui roundabout tersebut.

BACA:  Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Dijangkaan bahawa akan terdapat lebih banyak pengguna di roundabout tersebut sekiranya taman perumahan baru berdekatan dibuka. Terdapat beberapa developer besar yang sedang giat membangunkan kawasan berhampiran, seperti Rimbayu, Ecoworld, Tropicana Aman, TCS dan LBS.

Kita telah dimaklumkan bahawa flyover akan dibina untuk menangani masalah ini, namun tiada sebarang perkembangan atau tindakan yang telah diambil untuk setakat ini.

BACA:  Tiada Sekolah di Bandar Bukit Raja Klang

Diharapkan pihak TV3 boleh menolong penduduk-penduduk di Bandar Saujana Putra. Tidak kah masalah seharusnya diselesaikan sebelum perkara menjadi semakin serius ?? Cuba bayangkan apabila semakin ramai pengguna dan tambah lagi trailer besar yang tidak bertolak ansur, adakah masa itu barulah flyover nak dibina ??? Sampai bila penduduk Bandar Saujana Putra kena sengsara ???????

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Kilang Kayu di Kawasan Perumahan Selayang Baru Salam hormat dan salam sejahtera, Sudah bertahun penduduk disini menderita dengan Kilang kayu di kawasan perumahan yang terletak di Jalan 62, S...
Cadangan Mencegah Kegiatan Pedofil As'salam & Salam Sejahtera kepada warga pasukan Aduan Rakyat. Syabas dan terima kasih kepada team AR dalam mengenengahkan isu seks bebas di...
Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi Saya telah pada 03/07/2018 pergi ke Tesco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor dan beratur untuk buat bayaran pada pukul 12.24pm. Apabila sampai giliran...
Adakah Majikan Bukan Islam Menghormati Perlembagaa... Assalamuallaikum, saya selaku wakil rakyat Malaysia yang beragama islam dan bumiputera ingin memohon pihak TV3 dan kakitangan aduan rakyat untuk m...