Saya selaku Pengerusi Kelab Pelajar Siswazah, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, mewakili semua pelajar siswazah (tempatan dan antarabangsa) seramai 450 orang serta pelajar pra-siswazah seramai 1500 orang ingin memohon bantuan dari pihak Aduan Rakyat untuk menyelamatkan kami dari belenggu kesengsaraan yang menghadapi masalah kekurangan tempat letak kenderaan yang berlaku sejak tahun 2006 sehingga sekarang.

Kawasan ini merupakan tempat letaknya Kolej Kediaman 17 dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di mana kedua-dua kawasan tersebut mempunyai tempat letak kenderaan masing-masing untuk memenuhi keperluan pelajar, pegawai dan pensyarah. Terdapat satu-satunya tempat letak kenderaan pelawat di mana luas kawasan tersebut terhad dan berbatu-bata, berlubang dan bertakung air selepas hujan lebat.

Ini menimbulkan masalah kepada semua pengguna kenderaan kerana tayar dibotakkan oleh batu yang tajam. Masalah yang lebih serius berlaku sejak pemasangan pintu berpalang oleh kedua-dua fakulti dan kolej 17 sejak dua tahun yang lalu di mana hanya pelajar dan staf yang mempunyai kad akses sahaja boleh memasuki kawasan fakulti dan kolej manakala pelajar dan pelawat luar lain tidak boleh berbuat demikkian.

Akibat dari masalah tersebut, semua pelajar siswazah khususnya menghadapi masalah kemudahan tempat letak kenderaan ketika terdapat seminar yang dianjurkan di fakulti. Semua pelajar siswazah, pra-siswazah dan pelawat luar  terpaksa meletak kenderaan dengan sempit dalam kawasan yang terhad. Masalah berlaku apabila pengguna ingin keluar dari kawasan tersebut apabila jarak di antara kenderaan sangat sempit sehingga berlaku banyak kes kereta tercalar atau dilanggar kenderaan lain. Ini mengakibatkan kerugian yang besar kepada para pengguna dari segi kewangan dan masa.

Untuk makluman, pihak pelajar terutamanya ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Pelajar Siswazah telah membawa masalah ini ke pihak pengurusan fakulti, kolej serta ke peringkat universiti agar projek penaiktarafan tempat letak kenderaan tersebut dapat dilakukan tetapi janji tersebut tidak dikotakan dengan alasan kekurangan peruntukkan kewangan dari UPM. Masalah ini berlarutan selama dua tahun dan semua pelajar berasa letih dan marah terhadap sikap pihak pengurusan yang acuh tidak acuh.

Malahan, wakil pelajar tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat yang diadakan untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini pada bulan Januari tahun ini. Dengan adanya bilangan pelajar siswazah yang semakin bertambah dari masa ke masa, masalah tersebut tetap akan bertambah teruk lagi kerana pihak kolej 17 akan membina satu lagi pintu berpalang di belakang kawasan kolej untuk menghalang pelajar memasuki kawasan tersebut. Kami semua telah ketandusan idea ke mana kami ingin meletak kenderaan kami. Sesunggunya pelajar siswazah menumbang kepada pembangunan penyelidikan negara dalam bidang Sains dan Teknologi terutamanya.

Tindakan pengurusan UPM, fakulti dan kolej seolah-olahnya menghalang pelajar daripada menghadiri ke alam akademik. Kami berasa keliru sekarang. Saya akan menghantar gambar-gambar yang diambil untuk membuktikan kesesakan kenderaan dalam kawasan letak kenderaan tersebut. Kami semua berharap pihak Aduan Rakyat dapat membantu menyuarakan suara kami ke pihak pengurusan UPM kerana suara kami tidak dipeduli walaupun pelbagai surat aduan telah dihantar. Kami semua sedia memberi maklumat lanjut untuk membantu sekiranya pihak Aduan Rakyat sudi membantu kami semua. Pertimbangan dan bantuan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului oleh ucapan ribuan terima kasih.

By: Chang Sui Kiat

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.