Keselamatan pelajar UMS Sandakan

Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.

Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.

Peluang untuk penceroboh terbabit untuk menjadikan kami sebagai tebusan juga sangat tinggi kerana kawasan kampus kami yang sunyi dan berhampiran dengan sg. manila. Kami sentiasa dihimpit ketakutan dan ada juga yang mengalami trauma akibat terdengar bunyi tembakan. Kinabatangan yang berada hampir dengan kami juga telah diceroboh, bantulah kami untuk kami balik ke kampung halaman untuk menjamin keselamatan kami.

Untuk pengetahuan pihak tuan jarak antara kampus kami dengan lahad datu lebih kurang 100km manakala jarak antara kinabatangan dengan kampus kami 80km. Kawalan keselamatan kampus kami juga hanya membekalkan seramai 8 orang pengawal sahaja untuk memerhatikan kami seramai 250 orang pelajar, kami berasa terancam dan sangat takut. Kami harap pihak tuan dapat memberi kami semua cuti dan menangguhkan pengajian kami buat sementara waktu sehingga situasi ini reda. Terima Kasih

By: Anisah

3 thoughts on “Keselamatan pelajar UMS Sandakan”

  1. Assalamualaikum! tolong minta SPA utamakan pemohon yang dah berumur 30th keatas dalam permohonan jawatan . Belas kasihanlah dengan mereka ! Selalunya tempoh umur untuk permohonan jawatan setakat 35 tahun, jadi tolonglah SPA timbangkan, mereka ada keluarga hendak ditanggung, sedangkan mereka ada kelayakkan dan pengalaman berkerja, jangan SPA pentingkan kenalan atau saudara mara , ini namanya zalim.

  2. Anisah,

    Haha!!!itu bukan tentera suluk la..itu kawasan PGA..dari batu 12 pun selalu kedengaran tembakan..Itu bererti mereka sedang berlatih..huhai!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>