Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.

Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.

Peluang untuk penceroboh terbabit untuk menjadikan kami sebagai tebusan juga sangat tinggi kerana kawasan kampus kami yang sunyi dan berhampiran dengan sg. manila. Kami sentiasa dihimpit ketakutan dan ada juga yang mengalami trauma akibat terdengar bunyi tembakan. Kinabatangan yang berada hampir dengan kami juga telah diceroboh, bantulah kami untuk kami balik ke kampung halaman untuk menjamin keselamatan kami.

Untuk pengetahuan pihak tuan jarak antara kampus kami dengan lahad datu lebih kurang 100km manakala jarak antara kinabatangan dengan kampus kami 80km. Kawalan keselamatan kampus kami juga hanya membekalkan seramai 8 orang pengawal sahaja untuk memerhatikan kami seramai 250 orang pelajar, kami berasa terancam dan sangat takut. Kami harap pihak tuan dapat memberi kami semua cuti dan menangguhkan pengajian kami buat sementara waktu sehingga situasi ini reda. Terima Kasih

By: Anisah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.