Saya bagi pihak warga Johor yang ingin mempersoalkan wujudkah Saham Haji Jasman yang selama ini penduduk Johor terutamanya penduduk kampung yang turut melabur dalam pelaburan itu.

Walaupun saya tidak melabur pada saham itu, tetapi terasa tempiasnya apabila saudara mara turut menyertai pelaburan yang tidak tahu sejauh mana kesahihan saham itu. Setelah sekian lama melabur dan menanti malangnya sampai sekarang tiada habuan yang dijanjikan.

Bukan mahu memalukan pihak berkenaan, tetapi mahu Saham Haji Jasman tunaikanlah apa yang di janjikan kepada para pelabur.

Harap aduan rakyat dapat merungkai segala persoalan yang selama ini bermain di benak fikiran penduduk kampung.

terima kasih

By: amy

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.