≡ Menu

Kes Penipuan Harga Produk Jenama AOWA

Begini ceritanya, saya keluarga nak bungkus KFC kat ECM Kuantan dan tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan beg bimbit hijau dan membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk mengisi satu borang contest untuk rekacipta slogan bagi menyokong bumi hijau.

Blm sempat untuk jawab kat ruang reka slogan, promoter itu terus menghulurkan beg tadi kononnya dalam tu ada cupon voucher. Dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenangi tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM1999

Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. xpenah tgok lagi copun mcm nie. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di HQ , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar dan keluaran terkini secara percuma.

Promoter itu terus beri h/p itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 20keping dalam Malaysia.

Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Siap bergambar dan bersorak, riuh kedai tue ms tue.

Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut.Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di HQ. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 6800 yang layak lagi memenagi hadiah.

Mereka beritahu kalo saya dapat 10,000 point akan dapat barangan lain home teater dan set memasak. Tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka. Mereka kata saya dan keluarga duta. Kami diberi kad VIP dan terangkan faedah dan lanjutkan temph varanty tanpa hitam putih.

Saya keluar duit lagi. Pastu bergambar dan mereka bersorak dan berteriak sakan.Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.

Dalam kereta saya dan keluarga berfikir. Suami kata mcm berlakon jer dorang, jadi suami saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.

Apa yang saya rasakan di sini ialah:

  1. Promoter itu menipu pembeli dengan memberikan hadiah yang lumayan sedangkan hadiah yang diberikan itu termasuk jumlah harga yang telah saya bayar.Hadiah tersebut sebenarnya bukan diberi percuma tetapi dibeli oleh saya, sehingga pembeli terpaksa membeli barangan yang sebenarnya tidak terniat pun sebelum itu akan membelinya.
  2. Promoter memaksa pelanggan membeli barang.
  3. Promoter memperbodohkan mangsa selepas ditipu dengan meminta belanja seperti beli makanan dan minuman untuk meraihkan konon kemenangan pembeli.

Oleh itu kepada kawan-kawan yang dihampiri oleh promoter Aowa jangan sekali-kali layan kerana akhirnya akan terpedaya dengan pujuk rayu kata-kata mereka.

Searh yahoo > Aowa > Kisah Penipuan Jenama Aowa :: lihat & baca.

By: Siti

{ 101 comments… add one }

  • Ampuntuan March 6, 2012, 13:33

    Nasihat saya pada anda JANGAN SESEKALI terpikat dgn gelagat dan janji promoter. Semua tu adalah perangkap dan anda yang terpengaruh bakal berdepan dengan segala penipuan dajal promoter. 
    Sudah banyak kali insiden penipuan ‘ala promoter’ ini disiarkan dimedia masa tempatan tapi org ramai masih lagi tak serik-serik. Yang herannya bila sudah terkena perangkap penipuan barulah tersedar nak buat aduan dan sebagainya. Masa tu dah terlewat dan nasi dah jadi bubur..!!

    INGAT..bila didatangi promoter sebegini, caranya ialah  ‘terus belah (beredar) dan jangan layan’. Jika anda layan bererti anda BODOH dan sengaja cari masalah!!

    • Emilyasyraf June 30, 2012, 18:15

      selalu saya akan dengar sampai promoter habis ckp, pastu saya akan cakap, “terima kasih, saya x de budget! ” dan kamu semua akan melihat betapa promoter tu akan ber5ubah mukanya!!! hahaha

  • Misahmadi March 6, 2012, 13:35

    macam kes gores dan menang yg saya hampir terkena je caranya, cuma bezanya saya kena gores dulu…..

  • Habibudin March 6, 2012, 13:43

    Sila ke ttpm.isteri saya baru terkena dgn kes penipuan ini..skrg pihak syarikat tu dah pulangkan duit kami..so dinasihatkan sekali lagi sila ke tribunal tuntutan pengguna

    • FreedaQ March 12, 2012, 20:42

       trbaek! tindakkan yg tepat.

    • leez May 14, 2012, 08:54

      sy dh kena tipu rm6k. mcm mna cara klu nk dptkan duit blk? plz help me

      • makrof June 25, 2013, 00:41

        usaha lah lapor kepada tribunal.. KPDNKK ATAU…POLIS..

        N bersabar…. lah

        mungkin Allah.. nk uji kita…

        Hati2.. penipuan perniagaan barangan jenama RENZO di Bilion Kota Bharu… ramai sudah terkena….
        Semoga Allah menghancurkan perniagaan dan orang2 yang mendokong perniagaan seperti ini…

    • Aziantie7504 July 7, 2012, 23:39

      Encik habibudin, boleh tak kalo encik bagi no.fon encik pd sy? Sbb sy nk tanya beberapa soalan tentang nie sebab sy pun baru saje kene tipu semalam…kalau boleh encik tolong sms sy di no.0179776010…terima kasih..:(

      • lara tertipu September 17, 2012, 13:58

        sy juga baru terkena smalam! apa yg perlu sy lakukan? bgaimana mahu mendapatkan semula wang sy?

    • Mala July 31, 2012, 16:43

      Encik Habibudin, macam mana nak complain pasal ni? i pun baru terkena minggu lepas tapi name brand dia Becka. boleh ke saya complain pasal company ni kat website TTPM? tolong advice.

      • faizal May 28, 2014, 00:00

        sye faizal sye pon bru terkena dgn brand becka pd tarikh 27.5.2014 jam 08.00pm di NSK pasaraya selayang..

        • sarah May 31, 2014, 22:04

          Sy pn br kne kt nsk td, tp br byr 500, balance dia isnin ni time dorg antar brg..awak kne mcm mne?? Oo dorg penipu eik..klu tipu sy nk cancel kn..

          • Nurul Liyana Osman June 20, 2014, 00:17

            Sy bru je terkena 18/6/14…dkt nsk selayang jgk. Ktanya sy bertuah sbb kupon tu free microwave hrga 3000+…tu hadiah fathers day dan hanya 5kupon d sluruh msia. Mereka berjaya tipu saya. Apa sy perlu buat? Takot pula saua sbb gna kredit card utk byr ansuran n mereka ada bg phone pd sy kta pegawai bank nk tnya utk pengesahan saya..Ya Allah, hbis data akaun saya…apa saya perlu buat???

          • sri July 6, 2014, 23:35

            saya pon kne juga..microwave..kredit card jgk..barang da amek da..monthly kne byr..

    • makrof June 25, 2013, 00:37

      Hati2.. penipuan perniagaan barangan jenama RENZO di Bilion Kota Bharu… ramai sudah terkena….
      Semoga Allah menghancurkan perniagaan dan orang2 yang mendokong perniagaan seperti ini…

  • Mzmag1015 March 6, 2012, 13:48

    kes yang sama berlaku pada saya dan keluarga di Giant Alor Star…semua jalan cerita sama cuma saya tidak membeli barang tersebut sebab ragu2 cara penjualan tersebut.

  • Dilla221 March 6, 2012, 14:05

    suami saya hmpir t’kna. nsb baik sy keraskan jgn beli. kt kb mall, klntan

  • Myscima March 6, 2012, 14:10

    saya pernah ditarik oleh mereka cuma tidak terpengaruh untuk membeli..saya just cuma teka harga brg sahaja..mereka asyik mendesak saya sehingga saya terpaksa berkeras yang saya tidak mahu membeli apa2 brg pun..dan saya cuma menulis beberapa pendapat sahaja tentang bumi hijau…p/s mak saya dah terkena tu yang malas nak layan diorang lagi..

  • IszCoway March 6, 2012, 15:41

    Bukan setakat aowa je yg buat trick sale mcm ni…banyak lg company yg lain biasanya yg jual induction cooker.
    Taktik dorg adalah tarik customer pastu mtk buat survey atau just isi nama sahaja. Sambil duk tulis tu dorg akanshare ttg produk dorg. Mana x excited bila buka je gift coupun dpt barang free kan. Pastu syarat utk dpt barang free tu kene beli salah satu barang dorg. Dorg akan buat muke terkejut beruk pastu call manager atau hq dorg padahal sama2 sale person kt situ jugak. Pastu bila diyakinkan kebanyakan pasti akan beli terus atau buat installment. Dalam masa yg sama dorg akan tawarkan produk yg lain juga utk dibeli dgn diskaun yg agak melampau. Confirm mesti akan termakan punya. Berikut adalah produk yg biasa company yg gunakan taktik iniuntuk jualan:

    Induction cooker
    Water filter energy system
    Water filter vacuum
    Rice cooker
    Microwave
    Home teater
    Set periuk
    Dan ada beberapa lagi item yg lain

    Nasihat sy cuma satu sahaja..sebelum beli barangan buat kajian terlebih dahulu.
    Promotion anytime boleh dapat. Tgk mana asal usul produk tu. Dibuat dikilang mana. After sale servis mcm mana. Tgk sijil halal ada atau x jgn tgk cop saje. Nk tau pasal pembuatan bukak je website jakim semua keluar kt situ. Kata dari german la italy la tp hakikatnya dari china. Packaging je tulis mcm tu.
    Maaf kalau kata2 sy agak kasar tp cukup la tgk ramai yg kene tipu depan mata sendiri.
    Pada teman2 disini sampaikan pesan kepada kwn2, sedara mara. Mangsa yg selalu kene adalah golongan veteran dan pasangan yg dh kahwin.

  • Amychomel March 6, 2012, 16:34

    ya saya mmg dah kena . masa tu Aowa sedang buat promosi di Carefour Sri Petaling. Tp masa tu mmg saya rasa ditipu. saya langsung tdk mahu membeli ‘hadiah’ yg kononnya saya menang itu.

  • Han_lee_diana March 6, 2012, 23:33

    Bukan product AOWA sahaja, tetapi product yang lain pun sama juga seperti SK-II (ini barangan electrical bukan untuk wajah). Sesudah mendapat mangsa, mereka pindah tanpa notis..

  • Adyabdullah March 7, 2012, 00:40

    lain kali jumpa promoter aowa bagi ceramah sikit. kita bekerja untuk rezeki yang halal…jangan promoter tu dapat dosa percuma compony untung juta2.

  • Anti Ah Long March 7, 2012, 05:46

    Yang peliknya, tiada tindakan dari pihak berwajib.  Kenapa ya?  Nak tunggu ada orang mati ke? Ada big fish ke jadi penaja penyangak2 ni?

    • makrof June 25, 2013, 00:45

      mereka x de hati perut…

      Hati2.. penipuan perniagaan barangan jenama RENZO di Bilion Kota Bharu… ramai sudah terkena….
      Semoga Allah menghancurkan perniagaan dan orang2 yang mendokong perniagaan seperti ini…

  • Fffradda March 12, 2012, 08:33

    so lain kali kena berhati2……. jgn caya sgt promoter2 ni….. klu diaorg sapa wat x tau jer…. bg sedekah senyuman dah la….

    • Adrenalin_9601 March 14, 2012, 07:43

       good idea…terbaeekk

  • Fffradda March 12, 2012, 08:34

    klu diaorg tipu kita…. kita tipu diaorg semula….. heheheheee br padan muka diaorg….

    • Adrenalin_9601 March 14, 2012, 07:45

       idea yg bernas…biar padan muka yg tak tau malu tu

    • lalola August 29, 2012, 16:28

      yg ni pun sy penah buat…konon2 nk p klua duit la…suh promoter tggu kat kedai,eh dia x nak..tkt sy lupe kedainya kat mane…x hingin aku datang lg…

    • makrof June 25, 2013, 00:43

      bakar je primis mereka… haha..

  • FreedaQ March 12, 2012, 20:38

    saya juga hampir trkena, caranya lebih kurang same dgn yg brlaku pd puan, promoter buat2 trprnjt, call boss dia. Alhamdulillah  mgkin nasib saya baik masa tu, sbb trsedar mcm kna klentong  bila promoter pnipu tu sibuk suruh saya g bank amik duit, mula2 dia kata free,pas tu surh bayar plak.brtkak jugak dgn promoter2 tu.yg bngang asyik nak ikut g amik duit kat bank.saya hangin 1 badan, saya smpt sound dia org “KAKI TEMBERANG!” pas tu saya & suami trus bla.selamat duit!

  • Alzahraelfira March 13, 2012, 21:19

    Dah terkena kes ni 4 tahun yg lalu, rm 10k saya kuarkan abis penuh satu rumah barangan aowa dr dapur smp ke bilik, tp nasib baik semua barang barang tu masih berfungsi dgn baik walaupun dah 4 tahun, tp cara penjualan diaorg mmg keji sgt2

  • ana_lulu March 14, 2012, 05:27

    saya pernah mengalami keadaan yang sama persis dengan cik siti ni.  Sama 100%..diorang mmg buat muka terkejut gilerrr dan bagi hp utk sya bercakap dengan bos mereka di HQ.  Bezanya di sini, kejadian ini terjadi ketika saya di Jakarta, dengan brand yang sama AOWA.  Tapi, saya tak bayar sesen pun wang yang diminta mereka kerana saya sedar, wang yang mereka minta sebenarnya nilanya sama dengan barang yang akan kita dapat. Maknanya bukan hadiah lah tu…Nasib baik sgt2 sy tak tertipu. Then beberapa hari lepas tu, saya pergi berjalan ke shopping complex yang lain, dan sy terserempak dengan promoter yg sama..promoter tersebut cuba mengelak berjumpa saya.  Muka cuak giler, nampak sangat takut terkantoi menipu lagi…Bagi saya, mana ada org nak bagi kita duit senang…hadiah sesenang..kalau takde ‘harga’ yang perlu kita bayar…

  • Gioal March 14, 2012, 16:20

    tips bila jumpa benda2 mcm ni:- 

    SAYA MENGANGGUR!!! kompom depa terus blah

  • Noaaa March 20, 2012, 04:00

    betul tuh..i pun penah terkena hampir half day duk kat kedai tuh…dia punyer ayat power abis…semuanyer lakonan semata2… sib baik i x beli..PENIPU PENIPU…skrg kalo lalu kat kedai tuh rasa nak tampor jek budak2 tuh…sian org2 yg tertipu…nak2 mak cik2 yg kena tahan terus dia tarik masuk kedai..iskh..pls do something….

  • Sola March 20, 2012, 07:04

    pernah kena modus operandi serupa. cehh!!

  • gurlz.. June 15, 2012, 10:11

    sya pun bru terkena petang smlm di starmall mentakab,lakonan mereka adalah sma seperti yang diceritakan… nsb baik saya n membe2 yang lain tak terpedaya dgn tipu helah mereka semua.. tp masyaAllah msa yg trbuang dgn mereka begitu lma.. so yg diluar sana jgn terpdya dgn lakonan drpd promoter…

    • lalola August 29, 2012, 16:16

      saya penah juga didatangi oleh promoter di kawasan muar, johor dan kisahnya sama 100% spt diatas…yg gelihatinya, ending of the story…saya ckp kat promoter2 n manager sykt tu, saya x nak hadiah2 yg depa bg…depa terkejut sbb sy menolak tuah katanya…”kalu u bg free,baru hadiah n bertuah…kalu kene bayar, boleh jalan dahhh”….trus blah…..heheheh… betul2 buang masa layan mangkuk hayun nih…..

  • Aqua_kartun June 16, 2012, 11:45

    saya pun kena jugak!tektik sama je!huhu

  • Anali June 25, 2012, 11:36

    nilai sebenar barangan electrical ini beli dari china atau syarikat electric product. lepas itu mereka sticker Aowa Electric Product. harga cost murah dan jual kepada anda harga tinggi. jadi Aowa guna purata harga cost pusing pusing untuk lucky draw. Aowa tak rugi satu sen pun walau-bagaimanan pun anda dapat first price lucky draw. anda bayar harga tinggi dan percuma set-set lain telah masuk harga anda telah bayar. anda bawa balik rumah very happy dapat barangan percuma hahaha, 
    anda fikirlah mana ada syarikat buka business tak mau untung lebih…
    hadiah lucky draw bukan mereka wang. itu wang datang dari anda.
    jadi jangan selalu fikir wang boleh jatuh dari langit, kecuali durian jatuh..
    hahaha
    sekian terimakasih

  • Projectjedy June 25, 2012, 21:06

    aku br leps kne td.,sial btul la..trkne mse dkat star mall mentakab..dieorg bukak cwangn br kt sne..cik habibudin..tlg bg pndapt skit mcm mne nk bwk prkara ni ke ttpm..

    • Ita Baharin May 17, 2013, 15:51

      Samela….kt starmall…..sakit gile hati…..kononye kita betuah sb hadiah 2 5 org yg btuah je dpt n dpt msok vip…..puiiiiii bongok..

  • aishah June 28, 2012, 11:00

    saya pn baru terkena semalam…mereka bgtw sy ni bertuah..pas 2 dpt la  dapur mmasak elektrik,multipurpose cooker,set memasak dgn pnapis air..mereka srh bayar 1 drpd barang d atas..contohnya hrga pnapis air 2,rm2600..dpat 3 brg yg lain sponser,,,jd,adakah sy ni ditipu?tp smua barang 2 ada dengan sy sekarang..tolong beri pendapat…tq..kak siti dapat barang ka dari aowa?

  • Apeenn July 2, 2012, 02:25

    Bini saya pun nyaris terkena pd 1.7.2012..nasib sy dh bleh agak sbb diorg blakon xjd…
    Xleh jd pelakon AOWA yg bjaya lg…
    Tp last2 lesap gk rm 100 sbb diorg ckp nk duit temphan la pe la…
    Bengang ooooo

  • pelakon terbaik July 6, 2012, 15:05

    pelakon pelakon utama; saya baru jer beli barang aowa dgn nilai 12k mngunakan kad kredit.tak sangka pula ini adalah satu penipuan mereka..hal seperti ini kita mestilah mengambil tindakan serta merta..kita harus bagi pengajaran dengan mereka,,dan saya akan minta balek duit saya yg lesap macam tu,,kalau tak saya pun akan mengambil tindakan kepada company itu…..

  • pelakon tambahan July 6, 2012, 15:14

    pelakon tambahan; saya xsalahkan pkerja diorg jg..sb kdang2 pkrja diorg pun bnyak bdak2 y kurang k.syang.haha.lpasan spm y blum dpt piki dgn jlas dan ingin bljar..n kpda y ttipu 2 jgn nak ckp ad big fish..xda tndakan n apa2 aja la..krana sndiri pn dduk komen cni sja..n mcm hepi2..sape nk ambil tndakan?pape pun bhati2 la dgn sale man..n jgn plak komen kt cni ckp hbs 12k la apa la..p repot la..jgn nk tnjuk blgak bnyk duit kt cni..n mmg ptt pun kna tipu sb blgak bnyk duit sgt..hahagagagaaaaaaaaaa…………………

  • emenda July 6, 2012, 15:24

    pelakon tambahan;saya tdak mnyalahkan budak2 pkja dapur jg..krna diorg biasanya bdak2 y dkutip tpi jalan n y kurang k’syg ..haha..n ad jg bdak2 y br lpasan spm y tak thu apa2 n cuma ingin bljr..ttp mreka tdak sdar y mreka d tmpat salah..n kpda y ttpu 2..jgn nk ckp xda org nk ambil tndakan..bigfish..n mcm2 la..krna korang sndiri y dkat cni komen shja..n hepi2 sndiri gelak2..plak ad y blagak ckp hbs 12k la..pe la..nk mnnjuk bnyak duit..sb 2 la kna tipu..n padam muka sndiri..hahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaa………

  • pelakon terbaik July 6, 2012, 15:28

    pelakon terbaik;emenda’yang kau nk bela sangat bdak2 sales ni knapa?ke kamu pun dri pihak yg sama(sales promoter)…kalau nak jual barang pun,buatlah dengan cara yang betul,jangan dengan cara yg menipju cust,,tak kan hari2 nak makan duit haram(duit cust).kang cust yg betul2 tak puas hati sumpah2 …

  • pelakon tambahan July 6, 2012, 15:38

    pelakon tambahan;haha..bkan aku nk backup..tp btl..awk sndiri y nk mnnjuk kaya n bnyk duit 2 knpa..sndiri y tamak bila dapat tawaran n trma tnpa unsur priksa..krna tkut sndiri rugi n tkut tawaran 2 dah xada..merelakan diri ditipu krana ketamakan sndiri..skrg siapa y salah?btl x apa y sy cakap n siapa sokong?rezeki bla2 ad..tp krna ktamakan..mkan la peralatan dapur 2 bulan ni..hahaha……xpyah bli ayam n beras..n bt kuah dgn bil elektik kt uma 2..haha..

  • pelakon terbaik July 6, 2012, 15:44

    pelakon terbaik;memang pun aku ni banyak duit,sebab itulah saya beli barang aowa,,tp dengan cara menipu macam nie,siapa yang tak puas hati? kamu tak ada duit and tak terkena lagi memang lah akan cakap macam ni..sebab kamu tak rasa apa yg kami(mangsa penipuan) rasa.saya pun tak kisah and puas hati beli barang tu cuma saya terkilan dengan cara mereka yg mengatakan saya lucky.tapi apa2 pun saya akan buat tindakan juga dan sekali dengan kamu juga saya heret!!sebab saya pasti kamu ni dari budak sales promoter juga….dan saya rasa saya cukup kenal dengan kamu…

    • pelakon tambahan July 13, 2012, 11:28

      kamu knal sama aku ke..x ke..apa aku kisah..org blagak bnyak duit mcm ko..ptut kna tipu pun..kna tipu pun msh blagak kat sni..kalau aku ni bdak promoter..lgi bgus..n aku hepi dapat tipu org mcm kau..haha..sakit hatikan?

      • Watak Jahat August 29, 2012, 03:13

        Gelakkan Orang ye bang??..ingat..Allah tu maha berkuasa….nanti terpijak tahi sendiri…hehehe

    • pelakon tambahan July 13, 2012, 11:32

      kamu kenal aku o x..aku ada kisah..hkikatnya ko mmg ptt kna tipu pun..da kna tipu msih nak blagak kat sini..nak heret la..tarik org ke muka pngadilan la,,padahal tuan dok nganga kt cni..orang mcm ko ptut kna tipu la..klau aku ni staf owa..aku lg hepi..sb dpt tipu org y blagak mcam kau ni..haha..skit hatikan?

      • pelakon terbaik July 13, 2012, 11:39

        memang ko dasar staf yang kurang ajar.ha makan la ko duit haram tu,,ko memang kerja yang tidak halal,sebab ko makan duit cust bulat2,dengan alasan cust lucky..padahal voucher dalam bilik stor korang tu aq rasa penuh ngan voucher(penipuan)..hey adik kerja dengan baguslah,,biar yg halal,,jangan sampai sume cust yg ko tipu tu sumpah2 mati ngn ko,,sekarang ko boleh tergelak,tp satu hari nnti ko sndiri akan kene balek..beringatlah..ko bole cakap dengan aq apa saja,tapi tuhan tu tak akan diam ngan perbuatan keji ko ni….nk jadi sales profesional bukan ni caranya,,,belajar lah.dan aku pun tak kan hairan kalau ada family ko yang kena tipu nnti kelak….terima lah padanya…

        • fenomena November 28, 2012, 01:46

          dorng nie memang hidup dlm dunia nie kj nye menipu org je..aku pon dah kena jgk..memang aku sumpah dorng nie bebuih2 mulut dia bayak sangat menipu org..

        • Pendekar Laut January 19, 2013, 05:56

          cik abg dia kata KALAU dia keje owa…duit banyak tp kalo bodo wat pe…baca elok2 dlu bai….

  • hampir terkena August 9, 2012, 14:06

    saya pun hampir tertipu. Dorg gagal nak tipu sy cos sy takde duit byk cm tu MSA TU. tapi yg haremnya tu, dia soh pulak sy col mak sy mintak duit beli barang2 tu sumo sbb mak mesti suka. tapi sy tak col juga, sy kata mak saya dh ade barang2 cm tu. jenama panasonic lg. promoter tu pulak kata barangan panasonic x bagus..last2 cara nak chow tu..sy tunjukkan duit dlm dompet sy yg tgk RM20.. then saya kata lain kali jerlah..tgu barang2 kat rumah tu rosak.

    • fenomena November 28, 2012, 09:35

      aku pon bru trkene smlm,mmg sbiji ngan org yg diatas trkne, nasib baik mse tu aku pikir pnjang, yg bini aku dah trpedaya dah, siap sruh aku kluarkan duit dlm a.s.b, bini sruh aku bli cash besok kat promoter tu, then promoter ckap klu bli cash akak mmg cam mak datin, aku dah bengang aku sergah bini aku bru dia diam, yg lg sdih duit dlm tgn tggl 10rm jek skadar jln2 nak cri blander tok dibli hjung blan, last2 aku kluarkan 10rm trus aku ckap kat promoter tu, tggl ni jek, klu nak jgk aku leh sedekah kat korang bli air tok pnat ko brckap td.. promoter tu wat muka sdih trus aku blah.. pastu blik ngan xlengah lg, aku search kat mudah.my ngan webside ni, aku cri maklumat tentang dapur elektrik, ciss…. bru 500rm jek bru… mcam2 de brand korea… pastu aku tnjuk kat bini aku bru lah dia pham skrang bnyak penipuan blaku kat skeliling kita, jadi brhati2 lah…

  • Angelhuifong August 13, 2012, 19:07

    saya pun dah terkena ari sabtu yang lalu,tp nasib baik sy hanya bayar deposit rm100 sahaja..barangan aowa mmg tak boleh pakai ka ataupun apa??Sya dah komfius pasal ini,kalo barang itu boleh pakai maknanya promoter hanya tipu harga asal dah barangan asal ini saja kan~!!!sesiapa yang boleh bagi komen sila email kepada sya di angelhuifong@yahoo.com. TQ

    • lisa March 4, 2013, 15:38

      member sy ckp aowa ok..dia dh pakai 7thn..tp dia bukan beli secara paksa r..mmg dia nk beli brand aowa slps buat reseach ngn ramai org n mmg betul brg 2 ok…tp xtahn cara diorg jual brg 2 xkena la kt sini yg jenis paksa rela….mmg kena dakwa cara salah diorg meniaga 2…klu nk niaga xpayah paksa klu dh cnfrm brg elok pasti org akan dtg cr kita….

  • mie 774 September 4, 2012, 15:32

    saya pon baru trkena mase raye ke 4 baru ni,saje2 je nak pusing2 kat starmall mentakab 2,tiba2 dtglah 2org promoter aowa..terus pergi kat barangan oawa suruh isi borang kaji slidik bumi hijau pe ntah..bagi la smpul sruh sya bukak….dpat la voucher 3barang rm 3,299.ingt dpat free,rupanya kne beli satu brang bru dpat yg 3brang ni..sya beli lah penapis air rm 2600 kalu xsilap..sya byar la deposit 200.00 dulu.yg jadi tandatnya skrang btol ke murah dngan 4brang rm 2600…

  • zahary September 10, 2012, 11:04

    Semalam saya bersama isteri di Mentakab starmall, promoter aowa ni da bertapak di situ pula. ketika itu salah sorang dari promoter menghampiri kami dan ingin memberikan hadiah berbentuk pen dan key chain jika kami memberikan komen terhadap produk mereka. Tekniknya sama j, explain dan demo produk mereka iaitu induction cooker kot, pastu mintak komen. Sambil kami beri komen tu dorang explain la yang dorang da xbuat media advertisement da kerana merugikan syarikat, so ni cara mereka perkenalkan produk mereka. pada masa yang sama mereka beri sekeping sampul dan meminta kami membukanya. Dan dalamnya adalah voucher 3 barangan yang berharga 5 ribu dengan harga 2k sahaja. Promoter buat2 terkejut dan kol boss dorang. Tapi bagi saya dan wife da terlalu byk penipuan dalam perniagaan ni, so kami memberi alasan yang kami xmampu nak byr harga barangan 2 ribu tu dan cakap mungkin kami xd luck buat masa ni dan beredar dari situ. tapi sebelum beredar sempat juga kami mengambil hadiah pen dan key chain tu hehehehehehe. lagi satu dalam kertas komen tu ade ruangan alamat rumah dan contact number. Adakah mereka akan meneruskan penipuan mereka menggunakan maklumat tersebut?

  • zurain September 17, 2012, 19:15

    sy pun br je terkene dgn brangan AOWA nie…sdh sgt…cerita sama je mcm kwn2 semua..klu nak jual,xbole ke jual dgn cara yg btl..perlu ke nk menipu org??!mmg xpatut…hmm..hrp lpz nie..semua berhati2..jgn mudah t’pedaya dgn kata2 manis promtr2 tu…

  • zalwanizakariya November 7, 2012, 04:47

    memang penipu giler babi.saya pernah terkena .quality barang2 dia macam taik

  • geram November 8, 2012, 02:25

    Nama company dia anzatec.sdn. Bhd

  • rohana binti abdullah November 9, 2012, 10:48

    ya allah sama jer kes hubby i kena mmg sama simpton belanja makan lerrrr mangkuk ayunnn tp perkara dh terjadiii…..

  • Salmah November 16, 2012, 04:34

    sekarang ni promoter yg sama berada di stall jualan NSK Selayang…..saya nyaris x terkena mlm td…..

  • mizz over November 25, 2012, 09:06

    sya p0wn terkena,,,

  • ziana December 1, 2012, 21:27

    sy nyaris2 kena…nasib baik cuma deposit RM 100….

  • ziana December 1, 2012, 21:28

    sy terkena ptg td..dpt kupon hadiah 3 brg….bernilai RM5000….nsb baik deposit RM100…nk cancel gk….tlg!!!!

  • Mohd Rizal Miftah December 4, 2012, 21:52

    hampir terkena di Giant bandar kinrara,tapi dia punya produk brand KENZO

    • wanita teraniaya December 26, 2012, 22:04

      adoi saya dah pun terkena voucher RM3000 lebih…saya ambik gak brg tu…byr dah lum siap belikan KFC utk 2 org promoter tu…berlakon buat terkejut beruk. Dah bayar habis sum …Astagfirullah tak pernah kena…jd pengajaran…

  • mamat December 11, 2012, 22:41

    Sama ke dengan jemana Kenzo? Description barangan sama aje…..

  • Hussain Alias December 27, 2012, 23:18

    cair kalu orang bgtau kita ni ada “LUCKY a.k.a bertuah” kan?dah diorang nk bg brg free apsal kena bayar plak?j.Mcm mana nk bgtau sluruh warga malaysia agar elakkan benda mngarut mcm ni??

  • Yaya Abdl January 5, 2013, 11:47

    fuhhhh saya baru terkena mlm td kt carrefour bkt rimau. sama mcm situasi di atas, sebijik citernye. saya dh terpedaya, tp suami saya ckp xpyh, ni semua drama dorg je. setelah saya fikir blk, rupanye itu hanye lakonan dorg sbb nk suruh kita terpedaya. fuhhh nasib baik la, kalo tak saya byr utk brg2 tu semua, bkn dpt free pun. alhamdulillah.

  • Pendekar Laut January 19, 2013, 05:52

    ramai nye terkono hehehhehehe…aowa ni dia tgk org…kalo napak macam loaded dia akan kuar kan beg kupon tu…sasaran yg loaded je…baucer yg rm1999 tu berlambak hehehehe harga brg 3 kali ganda lagi mahal…sebab tu sy benti kerja..menipu org x berkat…2 minggu kerja..tau menipu sy berenti je

    • titi February 21, 2013, 15:21

      Pendekar Laut:
      bleh ke kuta dapatkan semula duit 2?
      tau x mcmne caranye?

  • Aiman January 29, 2013, 02:24

    Aku kena mggu lepas…ne cek kt internet ade ke ptt harga barang mcm 3k…lst2 tgok site ne…pergh…baru sedar kena tipu…rugi 300 plk aku…babi btl prometer kt situ buat keja2 menipu rakyat…..nsb aku xde duit lebih tyme tue…xpe la derma kt dorg…tp nk maki dorg gk…cibai lanchau btl la…bikin malu aja..

    • wanita ini February 5, 2013, 12:04

      sama lah,, nasib bek aku xbawak duit lebih masa tu,,, tapi yang aku bengang, mereka c pnipu nie brani plak tnya brapa duit yang dalam dompet aku sebab nak suruh aku bayar produk diorang yang aku xterniat pun nk beli,,,, kureng asam btol laa,,,,eh, ko aiman dia tolak deposit dari Kad bank ko ke cash ko bagi?

      • Aiman February 9, 2013, 00:30

        mula2 dorg nk tolak dari kad kredit aku….aku ckp aku xde kad kredit…sama gk mcm kau punye…dorg tanye brape duit dlm wallet ak..cash 300 aku ckp…tue pun boleh untuk tahan barang ne dorg ckp..aku termakan gk la dgn pujuk rayu dorg…cilaka btol..nasib la time tue aku baru kluar kn smua duit aku dari kad bnk simpan kt ASB..kalau x cnfrm rugi besar…aku sempat gk ambk satu barang…insuran aku ckp..tau2 aku yg di insuran kn…mmg kurang asam..

  • Nara February 2, 2013, 01:51

    Ingat ke saya seorang saja terkena, saya baru saja kemukakan pertanyaan untuk failkan aduan ke tribunal pengguna di sini:

    http://ttpm.kpdnkk.gov.my/etribunal/user/user_login.php?red=/etribunal/public/index.php?menu=home

  • wanita ini.. February 5, 2013, 11:25

    alamak, saya pun terkena gak dengan diOrang “KAKI temberang ” ni semalam, sama je act diorang …pura2 terkejut, siap salam2 ag..kuang asam btol.. nasib baik bagi deposit RM 100.00 je… dahlah dok swipe kad bank tanpa izin,, nasib baik kad bank xbyk balance kat dalam,,, kuang ajar btol diorang ni,,, nak cancel gak nie,,,,tp kalau xcancel pembelian dgn diorang cmne? sebab diorang dah pindah tempat plak… no fon pun xaktif dah,,, tapi kad bank saya dah register masa diorang swipe, diorang dapat ambik ke duit dalam bank nanti ek?risau2 nie,,,, harap dapat bantu,,,,,

  • zulhilmi February 12, 2013, 11:09

    Salam semua..sy bru terkena mlm td..dl prjlanan blik bru trfkir mcm xlogik dpt baucer tu..lpas 2 pgi td trus search intenet dan trjumoa aduan ni..kedai tu ckap
    dlm msa 2 minggu saya akan dapat blik duit yang telah dipindah dan boleh start byar ansurans bulanana..sy nk thu betul ke sy akan dpt blik duit 2? sape2 yg thu boleh x tolong sy? :-(

  • aku yg tgh gerammmmmmmm February 23, 2013, 15:22

    saya baru je terkene hari ni 23-02-2013, 12.00pm… melayang duit aku 1.3K… tngu ko kat tribunal…tp mcm mne nk wt tuntutn…tlg ajar plzz

  • Azza February 23, 2013, 21:49

    Jenama KENZO pn sama juga.. Skrg tgh promosi di TESCO MERGONG..Berhati2 dgn kupon bernilai RM 1000 & lakonan semua promoter yg terkejut dgn kemenangan kita.. Sama seperti aduan di atas.. Nasib baik teringat nk servey jenama ni kat intenet.. Mungkin ada penipuan.. Rupanya2 mmg betul .. Taktik yg sama juga digunakan

  • amin March 4, 2013, 14:33

    sy dah terkena semalam..tp rasa2 depa yang terkena,,,induktor brand kenzo..bayar seribu barang sy dapat…bila cek kat tenet harga barang tu paling murah pun 1500..jadi pakai je la..yang hadiah lucky draw tu pi mampus la nak amik…hehehe

  • Nurfarahain Abdullah March 6, 2013, 13:38

    saya dari sabah menjadi mangsa seperti yg d ceritakan di atas..byr guna kad kredit lgi dan di potong sebanyak rm 6000 lebih..mereka memang di latih menggunakan taktik yg sama….memang menyakit hati tpi apa boleh buat kita suda di tipu…

  • Nurfarahain Abdullah March 6, 2013, 13:41

    sekarang kita jgn lagi percaya dengan promoter yg jual2 barangan Oawa, Hifi Ogawa n sebagainya..mereka semua mmg menipu.

  • siqin March 18, 2013, 16:05

    salam, 2hari lepas my mom pun kne kat the store teluk intan. jalan cerita sume nye same, tapi kan my mom dapat 2barang, filter air n induction cooker dengan harga rm2199. so kt sni sy nak tanye berbaloi ke harga tuh untk barang2 tuh. then my mom tak kne pun bayar deposit apa2, dan barang tuh mmg terus dapat, cume everymonth my mom kne bank in kan duit dlm accnt org rm62 selama 32 bulan. dorg tak swap kad crdt or amik duit dlm bank pun. cume check baki sama ada mymom ada duit atau tak, supaya barang2 tuh my mom akan bayar. so kt sni, saya tak paham jenis penipuan macam mane? adakah my mom pun kne tipu? sbb sebelum ni beli filter air tub pun nak dekat seribu lebih gak. anyone?

  • zyah March 24, 2013, 23:16

    macam mana ni??? sye baru alami keadaan yg sama. macam mana nak tuntut balik?? dh la sye student blaja jauh dr parents. rakan2 minta nasihat macam mna nak selesaikan masalah ini :(

  • cinta March 25, 2013, 19:23

    saya student,dari sabah..promoter tu promosikn induction cooker drg tnyalah dgn kami soalan dmi sooalan dn kmi jwb kalo xb’unsurkan riba bolelha…dan sama juga kejadian nya tertipu dgn produk ini dkt 1borneo ..tapi baru saja terbaca ni..knonnya lucky draw pastu telepon bos drg..tpi kmi xambil brg tu trus bab xde budget..drg ckp reserve jak..byar 10 rgt..nti ble ambl bila2 masa induction cooker tu..2thn ka 3 thn…tpi drg ada ambl kad bank skejap..adakh mreka akn tarik duit dlm tu…

  • lilo April 20, 2013, 20:39

    sy pun kene hari tu dkt giant cheras, tp sy berkeras ckp nak balik fikir dulu. statement yg buatkan depa terkantoi ialah “kalau akak keluar je dri giant ni, akak x boleh pakai dah kupon ni” kahkahkah. nmpak benor tak logiknya. sbb dekat kupon gores tu ckp bnde tu applicable until the date mentioned to be expired. bangang depa ni. mase tu mmg sakit ati sgt2. ade ke paksa, smpi muke merah2 suh sy amik oven ngan penapis udara, nak psg kat mane? sy ni duk hostel je. gila punya org.

  • UCIHA April 29, 2013, 12:24

    aku pun smlm terkena dkt RTC ipoh..sebelum sampai simpang pulai..dep dh byr RM100.. aduyai…nak je pergi semula..wat kecoh.dkt ctu.. pecah kpala diorg.. bila aku search harga barang2 tu..baru aku tau.. x sampai pn harga yg perlu di byr..

    • noria June 3, 2013, 14:30

      pergi buar report polis pasti dia orng akan pulangkan duit balik

  • Ita Baharin May 17, 2013, 15:48

    Ya allah….smlam sy pon kene….tp dpt mentakab…..bukak2 dapat barangan 9k pada harga 3k…mmg seronok la….tp nasib bek suami mghalang sy…klau x mmg komfom jd mcm akk….huhu…siap mintk kad bank lg…

  • sarip May 29, 2013, 02:05

    saya pun kena tipu. esok nk repot tribunal.

  • Uwais July 21, 2013, 03:01

    Salam..kisah yang sama juga berlaku kepada saya. tapi jenama lain. Arezzo, bunyi macam jenama Itali kan? ..masa tu saya shopping dgn wife di Giant Kelana Jaya, (ntah ada tak lagi syarikat tue di sana)..lepas keluar di giant tu..ada le salesman dia bagi kad kat saya dan wife. Dia suruh gores tgk kad tu.., masa tu saya tak terfikir pun ada penipuan ni di pasaraya besar ni, biasa baca berita agen2 ni datang rumah2 je. gores yg saya kena hadiah RM1000, isteri kena hadiah barangan diskaun bernilai RM300. Seronok juga saya. dia kata boleh pilih barangan mana yag nak..ada microwave, steamer, induction cooker dan banyak lagi. masa tu memang dok cari nak beli micro wave..tgk pula microwave syarikat tu hebat la, lepat plastik pun tak hancur.

    Saya teruja la nak beli je…masa tu takda cash, ingat nak pakai kredit kad ja, isteri tak berminat pun barangan tu dan perangai salesman2 syarikat tu.. dia ajak balik dulu. Tapi saya dah deal dgn salesman tu esok saya datang lagi tanpa buat apa2 bayaran atau pakai kredit kad. Satu benda baik, apa2 hal saya akan search di internet. saya cari la data syarikat dan produk ni..Nama syarikat pun tak dikenali, alamat pejabat pun tak penuh..saya yakin ni syarikat tipu punya.

    Esok tu pi sekali lagi di giant kelana jaya tu, salesman tu ingat nak ambik barang dan buat bayaran la, tapi bagi ‘ceramah elok2 kat dia. dia tu orang melayu, cari rezeki tipu2 mcm ni, ingat berkat ke, boleh kaya ke dapat komisen dgn tipu orang? selamat ke di akhirat nanti?..Dia diam ja saya tegur dia. AlhamdulilLah, Allah selamatkan saya dari tipudaya makhluk2 yg berniat kotor. dan terima kasih pada isteri yang nasihat..tapi kena perli la sikit.lepas tu terus pergi ke Harvey Norman Damansara, beli situ terus microwave. puas hati.

    Mungkin sedikit perkongsian untuk semua pembaca, Guru saya berpesan, apabila hendak keluar rumah jangan lupa dua perkara iaitu sentiasa dalam keadaan berwuduk dan masa keluar dari pintu rumah bacalah ayat Qursi, insyaAllah semuanya dalam jagaan Allah dan Malaikat termasuk kecelakaan jalanraya, disamun, ditipu.AlhamdulilLah saya mengamalkan dan Allah melindunginya. dan satu lagi baca doa yg diajar oleh RasullulLah s.a.w ” BISMILLAH, AAMANTUBILLAH, I’TASOMTUBILLAH, TAWAKALTU A’LALLAH, LA HAULA WALA KUWWATA ILLAH BILLAH. Sbda RasululLah s.a.w ” Sesungguhnya doa ini adalah benteng yang kukuh daripada syaitan. Padanya terdapat petunjuk kepada kebaikan, melenyap kejahatan, mencegah kemudaratan dan Islam yang keluar dari rumahnya kerana musafir atau lainnya, lalu ia menyebut zikir inimelainkan akan dikurniakan kebaikan. Moga apa yang saya sampaikan ini bermanfaat untuk pembaca insyaAllah.

  • nia August 2, 2013, 01:57

    Btoii ker nihhh.. td sy p strmall mtkab.. mmg da org promter aowa dtg n bgthu tuk bt komen smue tu.. sy p la kt kdai diaorng n bg komen ttg prodk diaorg slps demo yg diaorg tunjk kt sy.. diaorg bt 1 kad ahli la kot tuk sy.. diaorg call bos diaorg tuk dpt kn no ahli sy,, tibe2 dgn excted nyerrr diaorg ckp ada prmosi,,, lau bli 1 brang akn dpt 2 brang free iaitu indction cooker n priuk y mgoreng tnpe myak tu la lau xsilap sy,, hrge brang y nk d bli tu lbh kurng RM2900.. termkn jg kte2 diaorg td,, sy ckp xder bdjet n diaorg ckp xpkse pn tuk bli brang tu smue,,hanye 5 org jew terplih dlm promsi nih,, adoiii sy mmg pcye hbs laaaa,, tp hr tu mmg xder bdgt tuk bli brg tu n diaorg ckp leh tggl depost RM300,, sy ckp xder n diaorg ckp RM 100 pn xper lahh,, diaorg isi borng pmblian n bg kt sy 1 salinan, kt borng 2 da tulis xder trikh lupt, xder limitd, xder knaikan hrge n ble2 ms leh bya r,, sooooo blh sper2 tlong bg komen x kt sy.?…

  • hati panas May 4, 2014, 08:02

    bapa sy br kene semalam……sy mmg dah tau tektik dorang ni.tp x sangka plak bapa sy blh terkena dekat nsk selayan jenama BECKA barang electrik microwave oven sume tu la.bapa sy ckp x dek cash n card sume x bawak.dorang siap datang rumanh bwk mrsin credit card tu.kene dlm 4k jugak la.kebetulan sy x dek kat rumah mase tu.sy sampai jerk dorang dah nak balik.sy trs ckp kat dorang sy x nak brg tu n nak duit balik.dah bertekak sume dia ckp kene p hq klu nk duit blk sbb byr gune debit card.dorang bg downpayment 400 yg bapa sy bayar cash yg lg 3600 kene p report kat hq dorang.trs sy bwk bapa sy p report polis.n polis ckp mmg tektik dorang.cr mangsa pakcik makcik yg dah pencen yg ade duit kwsp untuk ditipu mcm nih.blk dr balai kami p cari hq yg die sebok cakap tu.jumpe alamatnye tapi lokasinyevshop lot yg buruk giler.signage dah pecah2 kat kawasan yg menakutkan.risau plak nk p isnin ni.konon syarikat dah 12 thn la diiktiraf la….x kan hq mcm tu kan.

  • juliana June 6, 2014, 23:32

    Hampir tertipu juga…modus operandi yg sma…di pasar raya CS Tun Perak cheras….barangan jenama D-LUK….kne ingt satu perkara je…takde org nk bg kita barangan free dgn harga yg mahal…mesti ada muslihat….

Leave a Comment