Begini ceritanya, saya keluarga nak bungkus KFC kat ECM Kuantan dan tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan beg bimbit hijau dan membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk mengisi satu borang contest untuk rekacipta slogan bagi menyokong bumi hijau.

Blm sempat untuk jawab kat ruang reka slogan, promoter itu terus menghulurkan beg tadi kononnya dalam tu ada cupon voucher. Dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenangi tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM1999

Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. xpenah tgok lagi copun mcm nie. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di HQ , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar dan keluaran terkini secara percuma.

Promoter itu terus beri h/p itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 20keping dalam Malaysia.

Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Siap bergambar dan bersorak, riuh kedai tue ms tue.

Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut.Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di HQ. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 6800 yang layak lagi memenagi hadiah.

Mereka beritahu kalo saya dapat 10,000 point akan dapat barangan lain home teater dan set memasak. Tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka. Mereka kata saya dan keluarga duta. Kami diberi kad VIP dan terangkan faedah dan lanjutkan temph varanty tanpa hitam putih.

Saya keluar duit lagi. Pastu bergambar dan mereka bersorak dan berteriak sakan.Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.

Dalam kereta saya dan keluarga berfikir. Suami kata mcm berlakon jer dorang, jadi suami saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.

Apa yang saya rasakan di sini ialah:

  1. Promoter itu menipu pembeli dengan memberikan hadiah yang lumayan sedangkan hadiah yang diberikan itu termasuk jumlah harga yang telah saya bayar.Hadiah tersebut sebenarnya bukan diberi percuma tetapi dibeli oleh saya, sehingga pembeli terpaksa membeli barangan yang sebenarnya tidak terniat pun sebelum itu akan membelinya.
  2. Promoter memaksa pelanggan membeli barang.
  3. Promoter memperbodohkan mangsa selepas ditipu dengan meminta belanja seperti beli makanan dan minuman untuk meraihkan konon kemenangan pembeli.

Oleh itu kepada kawan-kawan yang dihampiri oleh promoter Aowa jangan sekali-kali layan kerana akhirnya akan terpedaya dengan pujuk rayu kata-kata mereka.

Searh yahoo > Aowa > Kisah Penipuan Jenama Aowa :: lihat & baca.

By: Siti

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.