Kerosakan serius pada Proton Persona

Di sini saya ingin melahirkan rasa tidak puas hati yang amat-amat sangat kepada Proton dan seluruh pihak yang berkenaan. Untuk pengetahuan, saya baru sahaja membeli Proton Persona H-Line (full spec) tapi setelah saya membeli kenderaan tersebut, hanya beberapa kali sahaja dapat digunakan.

1700 km : Kerosakan pertama telah berlaku dimana kenderaan telah mengeluarkan pelbagai bunyian serta keroasakan pada brek dan penjimatan minyak. Hasilnya, terpaksa tinggal beberapa hari dengan penyelesaian yang diberikan kononnya kereta lain pun mengalami masalah yang sama. Juga telah ditipu oleh Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononya yang perkhidmatan macam hampas) kononnya telah menukar dashboard tapi sebenarnya tidak.

3400 km : Kerosakan sama berulang kembali dan sekali lagi menghantar ke Pusat Servis Mutiara Damansara (3S center kononnya). dapat kembali kereta dengan masalah lain pula yang timbul dan ruang dalaman kenderaan bercalar teruk.

8100 km : Kerosakan sama berulang kembali beserta dengan kerosakan baru lagi yang muncul dan tidak dibaiki tetapi ditipu kononnya dibaiki.

10000 km : Hantar lagi ke Pusat Servis Mutiara Damansara untuk tukar dashboard serta barang yang bercalar beserta dengan timbul juga masalah baru.

Boleh dikatakan sepanjang proses menghantar ke pusat servis mutiara damansara, perkhidmatan cukup-cukup mengecewakan dan masing-masing seolah melepas tangan. Tidak lag masuk terpaksa tinggal kereta sehingga kadang-kadang 4 hari untuk baiki.

Berikutan daripada masalah ini, saya telah membuat laporan kepada banyak pihak dan masing-masing lepas tangan. Telah menelefon kononnya Branch Manager Mutiara Damansara tapi tinggal harapan palsu kerana mereka ini takkan panggil balik customer. kalau saya call pun untuk beberapa kali tiada jawapan.

Saya juga telah membuat aduan kepada pihak-pihak yang berkenaan yang kononnnya membela pengguna pun sama juga tidak melayan.

Antaranya saya telah membuat aduan kepada NCC, jawapan yang diberikan asyik sedang memproses aduan tanpa ada apa-apa jawapan daripada mereka selepas itu.

Juga telah membuat aduan kepada KPDNKK juga cukup mengecewakan kerana katanya hanya boleh menerima aduan tapi tidak boleh mengambil apa-apa tindakan.

Yang paling mengecewakan ialah merujuk kepada Tribunal Pengguna dan jawapan yang diberikan tidak dapat menolong kerana nilai harga kenderaan itu sendiri. Saya cuba meminta nasihat daripada mereka namun jawapan yang diberikan adalah sama ditambah lagi “kalau encik nak ambil tindakan pergilah cari peguam, masuk mahkamah”.

Sekarang saya tidak tahu lagi kemana harus untuk mengadu seolah-olah pengguna tiada kuasa langsung. Dimana hak kami? Cuba bayangkan lah, saya terpaksa bayar bulanan untuk benda yang saya tidak guna. Dimanakah Proton yang cakap berapi kononnya nak berikan perkhidmatan yang terbaik? Kerana kereta sayan yang bermasalah, terus aduan saya tidak dilayan dan dibakul sampahkan.

By: kamal

39 thoughts on “Kerosakan serius pada Proton Persona”

  1. tahun lepas saya pun beli proton pesona elege, sampai sekarang saya menghadapi banyak masalah bermacam-macam sampai hari ini. bila saya rujuk pada proton service centre shah alam, mereka bagitahu yang benda-benda ini tak ada dalam warranty. kalau semua barang tak ada warranty buat apa proton jual kereta yang bodoh. masalah macam ini memang mengecewakan pengunan. kita kena berwaspadah bila nak beli kereta atau barangan buatan malaysia yang memang mengecewakan dan tak ada 100% kualiti.

    1. baca dulu kandungan yg tertera pada buku service…ada barang yg boleh claim wrty,ada juga yg tidak boleh claim…dan bergantung juga pada milage&tahun…kalau rasa2 nak kan yg kualiti try la beli FERRARI…

  2. Salam..Saya memang mengakui tentang aduan yang saudara kemukakan, Sebenar nya saya pun pernah mengalami perkara2 yang tidak sempurna apabila membeli proton pesona  1.6(Auto)m_line  pada bulan april 2011..dengan AKTIVITI MUTIARA(M) SDN BHD. NIBONG TEBAL. Baru 300km, belum pun service pertama kali da kedengaran bunyi bising disebelah kiri tingkap, semasa hantar service untuk kali pertama di pust service di Seberang Jaya, saya beritahu tentang perkara tersebut.

    Belum sampai 2000 kilometer, berlaku lagi kerosakan raguliator di kedua2 belah tingkap bahagian depan berbunyi seolah olah tingkap nak tercabut,  hantar lagi service ketempat yang sama, kata nya barang kena tunggu, hapir dekat2 2 bulan, saya menunggu, langsung saya maki2 pengawai2 yang incharge bahagian tersebut, memandangkan mereka ini selalu beri alasan..tak ada stok. bila saya dah mengamuk nak buat aduan melaui internet, baru lah barang tersebut di beritahu da ada, tapi malang selepas di tukar masih lagi berbunyi dan kata mereka, motor pula yang rosak.

    Sambil tu pula lampu engine sentiasa menyala, sakit mata memandang, bila di beritahu, saya tidak tahu apa yang mereka buat, last diberitahu pula, terpaksa kena order barang fius tak berapa baik pula..

    Saya hairan kenapa lah proton di agung2kan, dah lah harga pun mahal, terus saya katakan quality tidak lah seindah mana pun..ashik ada masalah aje..

    Saya nasihat kan pada orang lain, kalau nak beli kereta, hati2 lah.. selepas saya membeli kereta ini, saya dengar banyak aduan tentang masalah pesona ini.. agak menyesal juga…Saya harap tolong pihak2 proton mengamibl titik beratkan masalah yang berlaku pada kami..

    Adakah tenician ini berquality, Mahir dalam hal engin dan lain2 @ setakat baiki apa yang bolih aje.

    1. Saya pun rs menyesal jugak. Indah Khabar dr rupa.. kecewa kecewa dgn proton.. asyik kua kereta br jer tp quality xnk jg…

  3. sy pun memiliki kerata proton..Alhamdulillah…sehingga hari ini tiada lagi masalah yg serius..kereta ni pun macam tuanya jugak…kalau tuanyer ok…maka ok  lah keretanya…kalau cerewet tuanya maka cerewet lah juga keretanya…MUHASABAh balik diri anda…selamat beramal…

    1. mcm tu pulak.. kalo kereta baru 2 3 hari guna dh ada masalah xkan tuan kereta punya hal.. duyaaiii

    2. anda juga perlu muhasabah diri supaya jgn sombong sangat. .hari ni hari org esok2 kalau kita yg kena ? MUHASABAH JUGA DIRI ANDA. . .beri kata2 yg menyenangkan kat org yg dlm kesusahan adalah amalan yg baik.

  4. SAYA JGK PEMILIK PERSONA ,ADIK BERADIK SAYA JGK PAKAI PERSONA , SETAKT NI MSALAH X BANYK,SEBAB JIKA ADA MSALAH SAYA AKAN EXPLAIN PADA SERVICE ADVISOR PROTON EDAR DENGAN DETAIL ,JIKA ANDA JELASKAN DENGAN DETAILS PEMASALAHAN ANDA ,MESTI KERETA ANDA DAH OK.,.,.YANG PENTING KERETA HARUSLAH DIGUNA DENGAN CERMAT,

      1. semua kreta sma jak ~akan ada benda2 yg akan rosak~tapi proton ni la yg paling teruk~no wonder la saham dah jual2~.perodua lg best~lagi jimat~ hahahah

  5. salam.  saya antara pembeli kereta proton elegance dan alhamdulillah tak ada masalah yang serius yang tidak dapat diselesaikan berlaku pada kereta saya. pada hemat saya, kalau hantar pada servis centre yg sama tak dapat menyelesaikan masalah, cuba cari servis centre yang lain yg berdekatan. kadang2 bukan apa, masalah ni tak setel pasal sikap pekerja2 proton sendiri. nak tak nak jek bila cek. so mungkin kalau pegi tempat lain masalah boleh selesai. insyaallah

    1. betul5x,,,, kawe wt gitu gak,,,, hehehehe,,, kawe mmg sokong 100% pendapat ni,,,, masalah pekerja sebenarnya yg banyak main,,, 

  6. salam… saya memiliki proton persona sejak sept 2007… sehingga kini takde masalah besar yang dialami sebab saya servis kereta ikut jadual. memang betul tak semua proton service centre yang bagus. kena cari yang pekerjanya betul2 ikhlas kerja. Setakat ni saya takkan pergi lagi di area Kuala Terengganu dan Batu Pahat. Pelik juga baca ramai yang kondem proton dalam internet nie… Family,kawan dan jiran2 saya takde pulak yang camtu… happy je ride Proton cars… ada agenda tertentu ke?

    1. sokongggg!!!! abg aku bru beli exora dah ada problm aircon~pas 2 kluar tagar kat body~dashbord ada masalah~
      kancil bapak aku plak dah 10 tahun pakai ok apa~ekon pun mc sejuk~

  7. simpati kpd pengadu. sepatutnya org2 yg komen disini dpt membantu, bukan menghina, perli, dan sebagainya. biasalah, bukan smua kereta tu ok, kdg2 kereta ok dan sebaliknya. kenalah terima hakikat tu. tp jgnlah salahkan pembeli yg dpt kereta tak berapa ok. peranan kita hanya membantu setakat mana yg mampu. bukan menambah masalah. kalau masalah tu berlaku pd diri sendiri, kita juga akan bertindak seperti pengadu. so, selami masalah dan bantu dgn nasihat yg baik dan pengalaman yg telah kita sendiri lalui..

    1. Mr. Z jer komen yang berhemah. Memang betul beli kereta ni ikut nasib jer, tak kira brand apa pun. Saya pun dah ada pengalaman pakai kereta proton dari Megavalve ke Satria ke BLM. Satria tu paling teruk lepas 2 tahun cat mati. Nak cakap saya cuci kereta pakai thinner tak jugak. BLM power window tak sampai setahun, door handle tak sampai setahun. Nak kata saya buas tak jugak. Saya pernah pakai perodua kancil 660 selamba jer naik turun Genting. OK jer sampai la hari yang saya jual. Proton Centre ni pun ada yang OK, ada yang tak. Kekadang tengok management dia kat situ camne..budaya diaorg camne. Saya pernah pergi gak centre kat Mutiara Damansara tu – kesimpulan nya customer service memang hampas. Jadi macam nasihat ada member kat atas tu, try centre lain takpun buat aduan kat i-centre/tepi Kesas tu. Kalau ada duit lebih memang la beli kereta lain dari Proton, tapi apa kan daya..rezeki takat tu jer. Insya’Allah kalau ada peningkatan of course saya beralih dari Proton. Cukup sudah kita beli atas dasar patriotisme kalau penyudahnya orang lain yang kaya, keluarga kita yang merana. Beli lah atas dasar merit kalau mampu.

  8. wah…wah…wahhhhhh….mcm bagus jer mr.mx ni….tak kena kat kau boleh la sembang…kena batang hidung kau baru kau tau nak mengadu…benda ni nasib jer sebenar nyer…kau dapat yang elok bleh la sembang….aku pakai inspira…pun ada masalah jugak…antara nyer brek dan getah absorber…tp dah hantar ker pusat service…semuanyer dibaiki dengan sempurna…setakat ni belum ada lagi masalah yg serius…mungkin juga nasib aku baik….dan mungkin juga ALLAH memlihara rezeki yang aku cari selama ni..

  9. Saya juga pegguna kereta Persona.. sudah 2 thn lebih guna.. tp serius amat2 mendukacitakn.. Banyak masalah hingga kini.. bila hantar suruh tggl kereta 2 3 hari pastu entah apa ntah suruh tukar brg yg xde kene mengena n cas atas kita pastu mslh timbul lagi…  dh report mcm2 alasan.. kata suruh kt support brgan buatan Malaysia tp mcm2 pulak jd nya..  Saya rugi masa, duit dan tenaga.

  10. bukan nak mengata.. tp banyak servis center yang katanya bertauliah dgn pengeluar kereta tempatan tetapi sebenarnya byk yg menipu customer. Sy sarankan bawak kete ke bengkel yg boleh dipercayai sama ada disyorkan oleh kawan atau kene test and error lah, selalunya bengkel yang kecil-kecilan ni lebih murah dan berpatutan harganya berbanding bengkel yang telah difrancais… minta pomen buka kereta dan tanya apa barang yang rosak… kemudian pergi BELI SENDIRI part yg rosak tu dimana-mana2 kedai spare part (kat area jalan pahang belakang hospital tawakal belambak kedai spare part)…. bawak barang ke bengkel dan minta pomen tukar… lebih menjimatkan kerana bengkel amik upah baiki barang dan harga spare part lebih murah jika dibeli kat kedai… jangan buang masa anda mencari jawapan dan membuat komplen kerana yang anda akan dapat hanyalah hati sakit dan perasaan menyampah… sekian…

  11. ha3 kita senasib bro..tahun 2007 aku ada beli neo..kereta baru tpi ada bunyi bebukan..aku antar proton usj 27..memang hampeh..byk kali..buang masa..antar pagi ambik ptg tpi masalah sama..setahun aku alami masalah ni..last2 baiki kedai cina ketuk kena duit skit terus settle..cina tu sendiri ckp proton bodoh benda cam ni pun x leh handle..aku dah jual dah..sejak ari tu keluar la kereta apa pun..preve ke..inspira ke serius aku x yakin..kauliti maby makin baik tpi aku taknak ambik risiko buang masa..

  12. Aku pun ‘terbeli’ persona atas dasar membantu kompeni tempatan tp sebab customer & after sales servisnya mcm tak nak tolong diri sendiri sumpah aku tak beli kete proton lagi. Skrg pun dlm proses nak jual. Tak tahan bela. Tiap kali servis ada je benda kena repair.

    Time dlm waranti kalau ada part rosak, mesti alasan barang takde kena tunggu stok. Tup2 abs je waranti terus ofer tukar baru tp kena byr ratus2. Time tu ada pulak stok. 2-3 pusat servis mcm tu termasuk kat mutiara damansara. Pekehal?

    Wah wah…beli lori, beli ferari. Kemain ckp . Kalau setakat komen busuk tak membantu baik diam. Ingat..Tuhan maha adil. Karang jilat ludah sendiri.

  13. Proton Malaysia telah membuktikan kegagalan dalam meningkatkan mutu penghasilan sesebuah kenderaan bermotor. Tidak tahu di mana silapnya sama ada kecuaian pekerja kilang pemasangan atau kekurangan jentera pembuat atau kegagalan pengurusan pentadbiran proton atau ada sindiket rasuah. Saya salah seorang pemilik kereta Proton Persona. Memang terlalu banyak masalah yang menyebabkan saya terlibat dalam satu kemalangan. Ketika saya memandu 60km/j di satu jalan curam di Setapak, tiba2 brek gagal berfungsi padahal kereta baru beli dlm tempoh 3 bulan. Penasihat Pusat Service tedekat mengatakan masalah tersebut masalah kecil dan sering berlaku. Bila saya tanya apa buktinya, banyak sangat dalih yang diberi.. Saya dah lakukan service di sekitar KL, Pahang, Perak, Terengganu dan Johor, kebanyakannya berikan alasan yang tak munasabah. Apa tindakan Proton untuk mengetahui masalah pemandu/pembeli? Tidak ada langsung tidakan sewajarnya diambil? Harap Pihak yang bertanggungjawab telus untuk mengkaji punca masalah dan menyelesaikannya..

  14. Saya juga amat kecewa dengan after salses pihak proton. Kereta persona saya mengalami overheat tanpa sebab dan rosak selepas saya guna selama 2thn 3bulan. Proton kata sudah tiada warranty dari proton tapi ada extended warranty period dari insurance. Claim dari pihak insuran plak lama. Selepas sebulan setengah saya dapat tahu insurance x approved sebab service rekod saya lewat dari jadual sepatutnya. Adakah ni sebab kereta saya rosak. Mileage baru 47k. pakai baru 2tnn 3bulan. Sekarang saya dah mengadu ke financial mediation beureau (fmb). Dah 6bulan tapi masih x settle hingga sekarang. Inikah halatuju yg proton banggakan. Sarankan rakyat Malaysia sokong brg buatan malaysia tapi proton sendiri dah kecewakan rakyat malaysia. Selepas ni sampai matipun saya x mau sokong proton.

    1. Hai bro..saya Dari tanah sekarang tanah air.i beli pesona 2011 lepas tu pergi servis,lepas servis cermin tingkat jatuh aku tukar guna duit sendiri.lepas sebulan alarm tak boleh on,kena panggil towing cerut leher kata ya bateri rosak kena tukar juga malam tu.pendek cerita servis kali k2,tengah laju bawa 100kmj potong Lori,pedal resh jadi free potong Lori tak dapat kelajuan Turun.bawa slow slow Pegi servis,katanya kereta Ada prolem sebab modify pasang AMP.ok aku buka amp sebulan tak dengar radio.lepas tu RPM jatuh tak naik naik,call balik servis cakap busy.
      Pendek cerita aku tukar lain servis proton,ini ok dia tukar sikit speed sensor,rpm,light break Walau tunggu berbulan.tapi sama pedal resh tetap sangkut bila laju atau selekoh gear 2.kalau nak di cerita tak habis nak cakap.sampai hari ni pesona tersandai menanti jawapan kata Ada warannty.
      Kalau korang pembaca nak tau,aku Pakai sekali dalam seminggu.sebab 6 hari aku Pakai motor.cuba pembaca fikir berapa km dah Pakai dalam 2 setengah tahun.
      Pendek kata,menyesal beli buatan negara sendiri.tak Ada tangungjawab.sebab tu kenapa perodua lebih banyak orang beli Dari proton.

  15. salam..baru-baru ini saya beli proton preve..bayangkan baru beli ..keesokan hari getah pinti tertanggal dan masalah pasa break..saya col dealer saya , dia kata p service centre..bayangkan dah beli baru kalo kereta second xpe nikan kereta baru, jruteknik kata kereta ni terbiar dah lama dan disk break berkarat itu yang menyebabkan brek mengalami masalah..kalo bagi kereta baru biarkan dengan keadaan baik..bukan menyusahkan pembeli nak kehulur ke sana sini ..buang masa..saya akan buat aduan kpihak atasan mengenai perkara ini. bukan apa takut pelanggan terkena benda yang sama.

  16. 1000 production..bukan semua perfect..
    yg jadi mslh bukan proton..
    tp servis centre..
    u all pakai toyota,nissan perodua,vw or apa2 je… pun sama jgk..ade common problem..
    merc bmw pun sama (berdasrkan pengalaman)…lg bnyak problem tambah2 electrical..xcaya tnya la owner merc dgn bm nie,
    so i suggest u terus rujuk proton branch…i tk prefer untuk pergi dealer..
    dealer nie kdg2 mmg mgrut..
    jd better terus cari branch..=)

  17. Macam mana la kereta kita nak bersaing di persada industri kereta dunia kta tgk contoh Korea dah la kejap ja industri dia org contoh hundai, sanyong tup2 kat plastik spare part dah tertera logo dia org sedangkan proton dah bertahun tahun betapak tak da pn, yang ada logo mitusbishi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>