Saya baru membeli proton saga flx pada 26 November 2011 di Bayangan Dinamik SB di Bandar Baru Bangi, yang merupakan pengedar sah PROTON.

Kenderaan ini merupakan kenderaan utama untuk saya berulang alik ke pejabat di Putrajaya. Tetapi saya merasa sangat kecewa dan hampa apabila belumpun sampai 2 minggu kereta ini mempunyai masalah. Berikut adalah kronologi pembelian kereta ini:

  • 26 November 2011 – Menerima kereta daripada wakil pengedar Bayangan Dinamik Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi.
  • 3 Disember 2011 – Sedang dalam perjalanan ke kedai buku di Alam Damai, kereta ini telah menunjukkan tanda amaran kegagalan CVT. Saya bersama anak-anak hampir menemui kemalangan kerana kereta tidak mempunyai pick-up langsung. Telah menghubungi dealer dan menyuruh rujuk kepada manual. Dalam keadaan panik, suami telah menelefon talian 1-800-888-398 untuk meminta bantuan. Berjaya pulang kerumah dengan keadaan kereta yang membahayakan.
  • 9 Disember 2011 – Amaran CVT menyala lagi, semasa dalam perjalanan pulang daripada solat jumaat jam 2.30 petang di lebuhraya SILK Balakong. Hampir dilanggar oleh kereta lain, kerana secara tiba-tiba kereta bergerak perlahan. Sekali lagi menelefon talian bantuan kerosakan. Dinasihati untuk berhenti seketika. Sampai dirumah telefon semula bantuan kerosakan, bantuan lori towing hanya sampai jam 4.30 petang dan membawa kenderaan ke pusat servis di cheras. Menelefon pusat servis bertanya bila kereta akan dibaiki dan dimaklumkan kereta hanya akan dibaiki pada minggu berikutnya kerana 10 Disember 2011 (Sabtu) hanya menjalankan servis kereta yang biasa sahaja.
  • 12 Disember 2011 – Telah menelefon pusat servis dan dimaklumkan kereta akan disiapkan pada hari itu. Setelah menunggu hingga petang, sekali lagi dimaklumkan kereta tidak dapat disiapkan.
  • 13 Disember 2011 – Kereta telah diambil daripada pusat servis tanpa memberi apa-apa penerangan mengenai pemasalahan yang dihadapi.
  • 24 Disember 2011 – Jam 9.30 pagi menghantar kereta ke pusat servis yang sama untuk servis 1,000km pertama. Jam 12.45 kereta baru disiapkan. Mengharapkan kereta dalam keadaan baik selepas menukar engine oil, oil filter, gasket drain plug dan magnetrap.
  • 25 Disember 2011 – Jam 2.00 petang ketika hendak keluar bersama keluarga ke kenduri kahwin, lampu amaran CVT bernyala lagi. Dalam keadaan keadaan jalanraya yang sibuk, terpaksa memberhentikan kereta dan ini sangat membahayakan keluarga saya yang berada didalam kereta ketika itu. Telefon semula bantuan hotline, tetapi jawapan yang sama diterima. Telah bercakap dengan salah seorang pekerja di talian bebas tol i-care dan mengadu masalah yang dihadapi, dinasihatkan untuk menghubungi proton i-care.

Dengan keadaan yang telah berlaku ini, saya merasa SANGAT KECEWA, HAMPA DAN SUDAH TAWAR HATI. Inikah yang dikatakan MALAYSIA’S LEADING MANUFACTURER??

Diharap pihak PROTON menghubungi saya bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi ini. Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyewa kereta untuk pergi bercuti kerana semuanya telah dirancang tetapi lain yang berlaku, kegembiraan menerima kereta baru hanyalah seminggu, selepas itu saya menanggung kesusahan dan penyesalan yang amat sangat dengan PROTON.

Saya memberi tempoh dua (2) minggu dari tarikh e-mail ini utnuk pihak PROTON mengambil inisiatif menyelesaikan masalah saya.

By: KHARZUL RAFI MD YAZID

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.