≡ Menu

Kereta dilanggar lari di kawasan parking Hospital Melaka

Pada 1 Disember 2018 jam lebih kurang pukul 4 petang saya telah meletakkan kereta saya VAE7611 jenis Toyota Fortuner di kawasan parking Hospital Melaka. Setelah selesai urusan melawat pesakit Lebih kurang pukul 5.30 petang, saya menghala ke arah kenderaan saya dan dapati terdapat kesan perlanggaran di bahagian depan kereta saya dan saya kurang pasti kenderaan mana yang melanggar kereta saya. Bumper depan, gril dan number plat depan telah rosak. Dua pegawal sekuriti telah ditempat untuk bertugas berhampiran kawasan tersebut.

Saya telah membuat laporan polis pada pukul 8.11malam di balai polis Melaka Tengah dan juga menghubungi pejabat sekuriti Hospital Melaka berkenaan hal ini. Tetapi malangnya pihak sekuriti mengatakan bahawa lokasi kejadian tiada dalam liputan CCTV mereka. Tambahan pula semakan dengan pengawal dan laporan pos kawalan keselamatan juga tidak mempunyai maklumat untuk membantu siasatan. Maka pihak polis pun whatsap saya dengan alasan yang sama iaitu CCTV tiada.

BACA:  Aduan Tempat Penyembunyian PATI di Melaka

Persoalan saya adalah seperti berikut : –

  1. Perlanggaran kereta berlaku di dalam kawasan parking Hospital Melaka tetapi tiada seorang pun ada maklumat termasuk 2 pengawal sekuriti yang ditempatkan di kawasan berhampiran. Bunyi yang kuat pasti telah dengar dan kereta yang langgar lari itu mesti keluar dari parking melepasi 2 pengawal berkenaan. Adakah 2 pengawal ini menjalankan tugas mereka dengan dedikasi atau memiliki sikap tidak apa?
  2. Kedua: – Adakah pihak sekuriti akan memberikan jawapan yang sama iaitu liputan CCTV tiada di kawasan berkenaan jika berlaku kes samun, bunuh atau culikan? Adakah pihak sekuriti Hospital Melaka melepaskan tangan begitu sahaja.Saya pasti kereta yang melanggar kereta saya berwarna merah (kerana ada kesan cat merah) dan melepasi salah satu pos kawalan keselamatan hospital Melaka.
BACA:  Pengurusan Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur Mengecewakan

Kesimpulannya, pihak sekuriti Hospital Melaka perlu bertanggungjawap dalam hal langgar lari kereta saya kerana mereka ditugaskan dan dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk mengawasi kawasan parking hospital Melaka dari berlaku kes-kes tidak ingin.  Saya berharap pihak Hospital mengambil perkara ini secara serius dan mengambil tindakan terhadap pengawal sekuriti.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Aduan Tempat Penyembunyian PATI di Melaka Kami ingin melapor tempat-tempat persembunyian PATI di bandaraya-bandaraya atau pekan-pekan kecil Melaka dan kebanyakan mereka berasal dari negara...