≡ Menu

Kerana Musang King, Penduduk Raub Terputus Bekalan Air

Saya mewakili penduduk Raub, Pahang ingin membuat aduan terhadap kawasan Pamah Lebar yang dipercayai dibangunkan bagi tujuan pertanian, menyebabkan berlaku gangguan bekalan air bersih sekiranya cuaca hujan. Beberapa siri aduan telah dibuat kepada pihak berkepentingan, namun masih belum ketemu jalan penyelesaian terbaik.

Sungai yang menjadi punca utama warga Raub dicemari oleh tanah- tanah yang memasuki aliran sungai tersebut sekali gus menyebabkan warnanya tidak ubah seperti teh ais.

Airnya yang keruh menyebabkan dua loji penapisan berhampiran iaitu Loji Sungai Semantan dan Loji Sungai Bilut tidak dapat menapis serta merawat air untuk disalurkan. Akibatnya penduduk terpaksa menghadapi masalah terputus bekalan air hampir setiap hari terutamanya apabila hujan melanda.

BACA:  Perkhidmatan Citylink, Barang Tidak Sampai

Saya difahamkan, sekiranya unit kekeruhan air mentah (NTU) melebihi 1,000, maka loji-loji tersebut tidak boleh memproses air mentah tersebut.

Masalah ini akan menjadi semakin parah sekiranya berlaku hujan lebat yang mengakibatkan air sungai mencapai kadar sehingga 3,000 NTU. Ini kerana hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan yang dibangunkan itu memasuki sungai dan menjadi lumpur.

Jadi loji terpaksa ditutup seketika apabila hujan melanda dan keadaan semakin parah sekiranya negara sedang berhadapan dengan musim tengkujuh, menyebabkan kami terputus bekalan air seminggu lamanya. Masalah ini agak kritikal sejak tiga tahun lepas.

Saya juga difahamkan, kawasan pertanian ini adalah milik Kerajaan Pahang yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) bagi tujuan pertanian durian Musang King.

BACA:  Kenaikan Elaun PPMS Kemas

Untuk makluman pihak Aduan Rakyat, Pamah Lebar terletak bersebelahan dengan hutan simpan yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air. Saya difahamkan, dari tinjauan udara, ada berlaku pencemaran air kerana mereka sedang membuat pembersihan hutan di kawasan tersebut. Tanah- tanah akan turun memasuki sungai.

Menurut maklumat yang saya terima, kawasan itu mempunyai kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Oleh itu, saya mewakili penduduk di daerah Raub, Pahang amat berharap sekiranya pihak AduanRakyat dapat membuat liputan tentang permasalahan rakyat Raub ini. DISEBABKAN KEUNTUNGAN PIHAK YANG SEGELINTIR, KEBAJIKAN RAKYAT TERBANYAK TERPAKSA DIKORBANKAN.

Sekian aduan saya, terima kasih.

-Joe

Gambar: Berita Harian

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Bekalan Air Di Raub, Pahang Makin Kritikal Assalamualaikum... Salam sejahtera.. Saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa atas masalah bekalan air sekitar bandar Raub yang semakin krit...
Air Kumbahan Mengalir ke Tanah Persendirian Semenjak perumahan bantuan mangsa banjir di kuala tahan Jerantut Pahang dibangunkan, air kotor yang mengalir dari longkang perumahan terbabit telah me...
Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau Lokasi bertempat di Kampung Temau, Dong Raub Pahang, Premis perniagaan ini telah berusia lebih 25 tahun, keadaannya telah banyak rosak antaranya s...
Perkhidmatan Citylink, Barang Tidak Sampai Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Saya Mariatun binti Mohammad Kusairi, Hp no (01123508488), ingin membuat aduan berkaitan perkhidmatan cit...