Salam tuan, harap pihak tuan dapat siarkan surat kami untuk tatapan pembaca.

Kami menetap di Lot 8A Datuk Keramat. Kami adalah sebahagian dari 8 lot kedai berhadapan dengan stesen LRT Putra Damai dan Keramat Mall yang menjadi isu panas di DBKL selain dari isu Kampung Bahru. Malang sekali, lot kami telah mati pajakannya pada tahun 1993. Kami adalah generasi yang ke-3 menetap dan berniaga di sini. Nenek-moyang dan bapa kami telah membina sebuah bangunan batu 2-tingkat yang berstatus rumah-kedai. Kedai antik bapa kami di Pasar Minggu Kampung Bahru telah terbakar beberapa tahun yang lepas bersama-sama dengan salinan geran tanah. Lot kami berstatus Pajakan 30 tahun.

Kami hanya maklum dengan pajakan tanah yg telah tamat apabila kami sendiri ke Pejabat Tanah untuk menguruskan harta pusaka tinggalan arwah bapa kami 3-tahun yang lepas. Bahkan, kami hanya mengetahuinya selepas beberapa minggu menunggu respon dari Pejabat Tanah. Pejabat Tanah tidak memberi sebarang respon, bahkan kami terpaksa melakukannya sendiri dengan melakukan permohonan itu sendiri di Pejabat Tanah. Agaknya memang Tuhan mahu tunjukkan kepada kami setelah bapa kami meninggal dunia.

Kita anak-anak Melayu memang telah dididik agar tidak bertanya mengenai harta pusaka semasa mereka masih hidup lagi sebagai menghormati mereka. Maka, mana pernah soalan mengenai harta pusaka ini disoal sehingga mereka sendiri sebagai ibubapa memaklumkannya kepada kita.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini, kenapa Pejabat Tanah tidak melakukan tanggungjawab sebagai pelaksana undang-undang dengan memaklumkan mengenai status tanah sebelum ianya tamat? Jika cukai tanah, akan dimaklumkan setiap tahun. Cukai pintu begitu juga. Jila lesen perniagaan akan tamat, DBKL akan memaklumkannya lebih awal. Begitu juga dengana pelbagai lesen yang akan dimaklumkan terlebih awal. Namun, mengapa hanya Pejabat Tanah tidak melakukkannya sedemikian? Apakah ini memang perkhidmatan kerajaan atau ada banyak benda yang ingin disembunyikan oleh Pejabat Tanah? Dengan tidak memaklumkan, Pejabat Tanah boleh berbuat sesuka hati dengan tanah-tanah orang lain. Ini sahajalah harta yang ada pada kami untuk diwariskan kepada anak-cucu kami, namun telah dirampas oleh Pejabat Tanah yang mewakili kerajaan Malaysia. Inikah yang dinamakan, RAKYAT DIDAHULUKAN ???

Kami bukan setinggan. Kami tinggal di sini dengan geran pajak. Cukai pintu tidak pernah kami abaikan. Lesen kedai kami berkuatkuasa sehingga Disember 2012. Permohonan kami untuk melanjutkan tempoh pajakan tidak diendahkan. Bangunan rumah-kedai kami dibina sendiri dengan duit kami sendiri. Bangunan kami adalah bangunan batu 2-tingkat.

Namun, kami dilabelkan oleh DBKL sebagai setinggan. Pejabat Tanah mewarnakan kami MERAH. Permintaan kami untuk ganti rugi rumah atau kedai tidak diendahkan. Menteri Wilayah mengelakkan berjumpa kami selama 2 tahun. Datuk Bandar KL menghalau kami macam anjing keparat. YB kami lebih mengutamakan undi politiknya dari cuba menyelesaikan masalah kami. Persatuan Penjaja Pasar Datuk Keramat adalah yang paling keras dan membenci kami kerana dengan adanya kami, mereka enggan berpindah ke Keramat Mall. Kami telah dijadikan alasan KUAT bagi mereka. Bahkan jika difikirkan secara logik, kami tidak ada kena-mengena dengan masalah perpindahan mereka.

Kesemua kes setinggan akan mendapat pampasan jika tanah mereka diambil. Saya telah melihat beberapa kes di Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri. Namun, mengapa hak kami yang SEBENARNYA bukan setingga ditidakkan dan dinafikan. Kami hanya diberitahu bahawa kami mendapat tawaran rumah PPRT, namun surat tawaran tersebut telah terbatal kerana surat tersebut hanya diperap di tangan pegawai di Jabatan Perumahan. Apabila kami merayu untuk tawaran itu agar dikeluarkan sekali lagi, seorang pegawai di jabatan tersebut berkata bahawa ianya tidak akan berlaku.

Begitu juga dengan tawaran kedai ganti. Sebanyak 20 penjaja Pasar datuk Keramat yang lama yang menjaja tanpa lesen telah diberikan gerai ganti di dalam Keramat Mall semasa operasi pembersihan 2010 oleh jabatan Penguatkuasaan. Namun, bagaimana dengan kami?? Kami mempunyai lesen perniagaan yang sah sehingga Disember 2012. Kami telah berniaga dari generasi ke generasi. Kami tidak berniaga di tepi-tepi jalan. Kami mempunyai kedai di Pasar Minggu yang telah terbakar di Kampung Bahru. Kami bermula dari Medan Mara. Sebuah kedai kami juga pernah mempunyai pejabat di Ampang, Selangor. Dan akhirnya, kami berniaga di sini pada tahun 2001.

Kami tidak merayu untuk diberikan pampasan duit sebab bagi kami duit hanya akan habis. Namun, kami amat memerlukan ganti-rugi untuk kami meneruskan kehidupan. Dengan ganti kedai di Keramat Mall, kami mampu meneruskan pendapatan kemi untuk menyara kehidupan anak-anak kami yang seramai 6 orang.

  1. Kawasan setinggan Kampung Limau, di Lembah Pantai, diberikan rumah flat sebagai ganti dan pembelian rumah pada masa hadapan.
  2. Projek KL Linear City. Sebanyak 200 keluarga setinggan ini telahpun diberi satu surat jaminan daripada DBKL untuk membeli rumah pangsa kos rendah dengan harga RM 42,000
  3. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail, berkata DBKL menyediakan unit PPR cukup untuk semua keluarga yang diarahkan berpindah dari rumah setinggan
  4. Kg Jirat Cina, Jln Loke Yew menerima penempatan semula oleh DBKL
  5. Pusat Penjaja Kerinchi mendapat ganti gerai di Dataran Seri Angkasa Jaya, Pantai Dalam
  6. Kampung Semarak mendapat penempatan semula di rumah PPRT

Bagaimana dengan kami? Kami telah membangunkan tanah tersebut. Lot kami adalah lot yang pertama dibangunkan dengan membina bangunan di situ. Malah, semasa moyang kami membeli tanah tersebut, DBKL pun belum wujud. Apa hak kami? Kenapa hak kami diketepikan? Kami bukan sengaja mahu disetinggankan… Kami bukan setinggan….Sedangkan kampung setinggan diberikan pampasan untuk mereka berpindah, tetapi mengapa kami diarahkan keluar tanpa sebarang ganti-rugi…apa lagi tanpa sebarang perbincangan. Inikah keadilan namanya? Inikah namanya negara demokrasi? Inikah yang dikatakan Rakyat Diutamakan? Jika kerajaan sendiri pun tidak mempraktikkannya….di mana barisan pembangkang, yang sibuk2 memperjuangkan keadilan rakyat? Dimana YB kami yang suka bising-bising di Palestin, tetapi ALPA dengan jiran sendiri….jiran sebelah rumah….

Apa yang kami minta hanya ganti-rugi kami sekeluarga. Tempat berteduh kami. Tempat kami mencari rezeki. Dahlah kami tiada diberikan penempatan semula, perniagaan kami juga mahu dimatikan. DImana keadilan? Sanggup anda yang bekerja di DBKL di atas cukai2 yang kami bayar, pemerintah2 yang duduk di bilik2 yang ber’air-cond’, mengatakan kami kotor? Mengatakan kami tidak layak…apa hak anda? Kebanyakan dari anda, bertudung-litup, solat 5 waktu…dan akan menyambut Ramadhan…tapi sanggup memejamkan mata melihat penganiayaan terhadap kami….KENAPA??? Sebab hanya kami sekeluarga. Sebab hanya kami SEORANG. Jadi, tuan dan puan boleh menutup mata. Kamu semua sanggup hidup dengan penderitaan kami. Kamu semua sanggup memberi makan-minum kepada anak-isteri dengan memijak rezeki kami.

Inikah keadilan di Malaysia? Inikah yang dikatakan Rakyat Diutamakan? Inikah orang ISLAM….

KAMI MINTA KEADILAN. KAMI MAHU HAK KAMI DIKEMBALIKAN. KAMI BUKAN SETINGGAN. KAMI DISETINGGANKAN OLEH PEJABAT TANAH DAN DBKL.

By: kami mahu keadilan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.