Keputusan Ujian MEdSI tidak adil!

Saya adalah graduan diploma dari sebuah universiti pendidikan. Saya dan rakan-rakan graduan menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat penempatan dalam menduduki Ujian MEdSI. Ujian MEdSI ini adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tanpa Ujian MEdSI ini kami tidak akan dapat penempatan di universiti yang mempunyai pendidikan.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak MPM seharusnya memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar yang mempunyai asas pendidikan untuk menduduki ujian Medsi dan selepas itu barulah ditetapkan sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki fasa seterusnya iaitu temuduga. Tindakan pihak MPM yang menolak permohonan kami secara mentah tanpa memberi peluang kepada kami untuk menduduki ujian medsi adalah tidak wajar sama sekali.

Pada pandangan kami, seharusnya calon diberi peluang untuk menduduki Ujian MEdSI dan hasil daripada keputusan Ujian MEdSI tersebut barulah boleh dijadikan syarat untuk menduduki fasa seterusnya. Kami juga berasa sangat duka cita apabila diberitahu bahawa Ujian MEdSI ini tidak dibenarkan untuk membuat rayuan.

Jadi persoalan yang ingin saya bangkitkan apa kriteria yang diperlukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menduduki Ujian MEdSI? Bantulah kami menghadapi masalah ini. Hal ini kerana ia melibatkan masa depan kami. Apa kriteria yang kami tidak cukup sehingga kami tidak layak. Sepatutnya kami dilayan sama rata. Adakah keputusan final kami tidak mencukupi? Adakah kerana SPM kami tidak bagus dan tidak layak untuk menjadi seorang pendidik.

Apa yang dikesalkan pelajar yang tidak minat dalam pendidikan mendapat peluang keemasan ini. Namun bagi kami yang tertunggu-tunggu ini tidak diberi peluang. Kami bukan ini serkap jarang, tapi kami merasakan pemilihan bagi penempatan Ujian MEdSI ini dilakukan secara rawak. Saya wakil pelajar pendidikan berharap isu ini dapat dipertimbangkan. Tolonglah bantu kami. Segala pertolongan amat dihargai

By: wakil pelajar pendidikan

12 thoughts on “Keputusan Ujian MEdSI tidak adil!”

  1. btol sangat lah tu. aku ni dah letih apply dari dulu untuk join DPLI/KPLI…sampai kesudah….KPLI pun dah dimansuhkan still x berpeluang. org yg btol2 berminat nak jadi pendidik/guru x diberi peluang, sedangkan yg x berminat dan jadikan kerjaya guru sebagai jalan akhir senang2 jer dpt masuk bidang pendidikan. no wonder la kualiti bebudak skang ni di tahap hampeh. mmg sistem pendidikan kat malaysia ni corrupted giler. kononnyer nak melahirkan modal insan berkualiti. tp kalau dah cikgu pun main bedal jer pilih. kualiti kepala hanggok korang!!!

  2. ujian medsi mmg x adil..ujian medsi bknlh pengukur bagi seseorg itu  menjdi pendidik…kbnykan yg llus pon bknnya nk jd ckgu sngt…sya ingt lg penglman saya mengmbil ujian medsi thun lepas..yg kena tolak mentah2..dengn hrpn sya medpt kursus pendidikn sya menjdi guru gnti di sekolh lma sya untuk dptkn penglman sebelum sesi tmuduga.dan sya rsa pointer sya ckup lyak untuk memoon.sya mmg bercita2 sejak kecil nk jd seorg cikgu mlangnya sya gagl..tp sya redha mungkin perguruan bkn rezeki sya dan sya gmbira dgn kursus yg sya ambil d universiti sekarang wlpun bukan pilihan utama sya.

  3. depa kata, guru lelaki semakin kurang skarang… yaaa memang benar… apa yg dimaklumkan oleh rakan saya yg bertugas di salah sebuah sekolah di Selangor, bilangan guru lelaki adalah lebih sedikit berbanding dengan guru perempuan….

    tetapi apabila saya lihat balik… pengambilan guru dpli/kpli sebelum ini… kebanyakkannya masih perempuan juga yang di pilihnyaaaaa….. hmmm pelik betoi laaa kementerian pelajaran nih… depa xsedaq ka benda nih…..

    Ambil la mereka yg lebih layak dan minat utk menjadi guru… bukan hanya tangkap muat sahaja…

  4. tu la psl..dulu mesti amek diploma UPSI berangan la nak jadi cikgu pastu dah jadi gini marah mpm la medsi la. naper la nak sgt jadi cikgu ni. cari la kerja yang mencabar ckit..nak kerja senang la tu nak jadi cikgu.. satu lagi kerja senang aku nak gtaw amek diploma jururawat..amek ramai pelatih jururawat tengok sekarang ni berlambak. masyarakat kita ni mentaliti tak pernah berubah asyik nak senang jer..aper kata amek diploma kejuruteraan ke, diploma ukur bahan ke, diploma kimia industri ke, diploma pertaniaan ke, diploma pengurusan perniagaan, diploma sains komputer pas tu mintak kerja kat pasaran terbuka. kerja ada mana2. asal rajin dengan usaha jer..ni malas ingat pas belajar kerja yang mengejar bukan kita kerja kerja..

    1. bukan nk marah..tp rase mcm x wajar..kalau nk ikutkan syarat2 yg dtetapkan sume da lepas..apabila dtanya dorg sendiri pn takleh jawab ape sebabnya..secara random or mcmane?? org yg xtau bole la cakap tugas cikgu ni senang..cakap gune air liur free senang la kan?? kos2 yg awak cadangkan tu mmg nampak GAH kn..tp bt ape nanti kalo da xde keje mintak cikgu jgk kan?? salah ke jd cikgu..?? low sgt ke??

    2. Ehem2,jgn ckp lepas je. Ingat senang ke amik dip jururawat. X merasa,mana nk tau kawan oi. Aku try amik dip2 yg hg katakan, satu twaran pun x dpt. Last2 dpt dip jururawat. Selain itu,kebanyakan org yg amik jururawat bukannya semua nk kerja…ada yg semata2 nk cari ilmu perubatan. Percayalah kpd qada dan qadarNya.Last reminder,please don’t judge a book by it’s cover :)

    3. THUMB UP FOR U MAEL LAMBONG..SEKARANG NI RAMAI ORG NAK KERJA SENANG SENANG JER..YG PALING SENANG AMEK NURSING LA BELAJAR FREE..DAPAT ELAUN KATANYA 1000 SEBULAN KERJA GAJI PERMULAAN PUN 3K TERMASUK ELAUN KRTIKAL..SENANG KAN HIDUP??????????

  5. mmg x adil pon..kita belajar penat2 stpm nk dapat result cemerlang  untuk nk dpt peluang jd cikgu…tp kecewa dengan ujian medsi yg hanya examsatu hari tu..yg dpt pointer 3.0 ke bawah elok2 je dpt cikgu after lulus medsi.mmg xadil lgsung..kesian yg berhempas pulas 2tahun tp xleh pon pilih kos yg die nk..so conculusion,xpelah xbelajar bersungguh2 pon, asal sedap2 duk je..n p medsi buat yg terbaik..tu jer..penilaian hanya pd satu kertas…p camne pon mmg dah rezeki diorang, tp kecewa jugak la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>