Saya adalah graduan diploma dari sebuah universiti pendidikan. Saya dan rakan-rakan graduan menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat penempatan dalam menduduki Ujian MEdSI. Ujian MEdSI ini adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tanpa Ujian MEdSI ini kami tidak akan dapat penempatan di universiti yang mempunyai pendidikan.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak MPM seharusnya memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar yang mempunyai asas pendidikan untuk menduduki ujian Medsi dan selepas itu barulah ditetapkan sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki fasa seterusnya iaitu temuduga. Tindakan pihak MPM yang menolak permohonan kami secara mentah tanpa memberi peluang kepada kami untuk menduduki ujian medsi adalah tidak wajar sama sekali.

Pada pandangan kami, seharusnya calon diberi peluang untuk menduduki Ujian MEdSI dan hasil daripada keputusan Ujian MEdSI tersebut barulah boleh dijadikan syarat untuk menduduki fasa seterusnya. Kami juga berasa sangat duka cita apabila diberitahu bahawa Ujian MEdSI ini tidak dibenarkan untuk membuat rayuan.

Jadi persoalan yang ingin saya bangkitkan apa kriteria yang diperlukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menduduki Ujian MEdSI? Bantulah kami menghadapi masalah ini. Hal ini kerana ia melibatkan masa depan kami. Apa kriteria yang kami tidak cukup sehingga kami tidak layak. Sepatutnya kami dilayan sama rata. Adakah keputusan final kami tidak mencukupi? Adakah kerana SPM kami tidak bagus dan tidak layak untuk menjadi seorang pendidik.

Apa yang dikesalkan pelajar yang tidak minat dalam pendidikan mendapat peluang keemasan ini. Namun bagi kami yang tertunggu-tunggu ini tidak diberi peluang. Kami bukan ini serkap jarang, tapi kami merasakan pemilihan bagi penempatan Ujian MEdSI ini dilakukan secara rawak. Saya wakil pelajar pendidikan berharap isu ini dapat dipertimbangkan. Tolonglah bantu kami. Segala pertolongan amat dihargai

By: wakil pelajar pendidikan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.