Kenyataan Pengarah JPJ Terengganu Keterlaluan

Pengarah PJP Terengganu di dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini iaitu 21 April 2012 bertajuk ” Operasi JPJ Rumah Ke Rumah” (mukasurat 7). Di dalam kenyataan beliau menyatakan JPJ Terengganu akan membuat pemeriksaan kenderaan di rumah-rumah, kediaman dan pejabat bagi mengesan pengguna yang melakukan kesalahan.

Pada saya kenyataan dan arahan ini SANGAT KETERLALUAN dalam menguatkuasakan undang-undang di Malaysia. Walaupun dirasakan niat JPJ adalah baik untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas rakyat di Malaysia tetapi kaedah ‘MENCARI KESALAHAN’ sampai rumah ke rumah adalah langkah terkebelakang, mundur dan terdesak untuk menaikkan nama sendiri sebagai pengarah JPJ Terengganu dan menyusahkan rakyat Terengganu. Kuasa undang-undang yang ada pada jabatan kerajaan sepatutnya tidak salah digunakan untuk menekan rakyat kerana kesalahan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu bukannya kesalahan membunuh orang tetapi kesalahan menggunakan cermin gelap dan ubahsuai kenderaan.

Sekiranya kesalahan yang dicari sememangnya berjuta kesalahan boleh diperolehi tetapi kalau pendekatan berhemah digunakan selain dari penguatkuasaan adalah lebih baik. Sepatutnya JPJ Terengganu perlu pendekatan lebih berhemah seperti turun padang ke masyarakat untuk membetulkan kesalahan namun bukannya pergi ke rumah menyaman orang ramai. Saya merasakan pendekatan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu adalah tidak wajar dan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan dari hari ke hari disebabkan kenyataan oleh seorang pengarah jabatan yang tidak berpandangan jauh seperti ini.

By: nazli

11 thoughts on “Kenyataan Pengarah JPJ Terengganu Keterlaluan”

  1. sila datanglah ke rumah saya…dah saya sediakan jerangkap samar dan beberapa anjing gila nak baham pengarah tu…lebih baik dia bersedia juga…jangan datang tangan kosong je…nanti tak pasal-pasal masuk ambulan pulak pengarah gile tu…banyak gi kerja lain lah…itu macam gertak kosong je…

  2. Aku pakai merce pun kena gop…lebih beberapa % ajer…dasar bajingan JPJ. Staff diaorang selamba ajer cermin gelap. Sokong dengan artikel ni. JPJ nak tunjuk kuasa macam firaun.

  3. Jpj terengganu..Terutamanya yang muda ..Sgt berlagak dan suka memerli org lain..
    Cthnya aku pernah kena saman kerana lupa nak sambung lesen…cuma 3 hari je..
    aku merayu la ckp en tlg lah saya bebetul x perasaan dan saya bukan x de lesen cuma lupa nak sambung..aku tau aku salah dan aku akan pi sambung esok..CUMA bayar je terus idup bukan aku x de lesen pun…last2 dia ckp takkan pakai kereta besar x leh bayar saman…?bodo punya org..ok aku senyap dan bagi dia saman…merayu pun x guna..Salah aku jugak..lepas saman baru nak borak ngan aku kerja apa..?kereta siapa…?malas aku nak layan ..tutup pintu terus chow..saman x de kena mengena dengan peribadi…takperlah hari ko dan aku faham hak ko utk jalankan tugas..terima kasih je la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>