Pengarah PJP Terengganu di dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini iaitu 21 April 2012 bertajuk ” Operasi JPJ Rumah Ke Rumah” (mukasurat 7). Di dalam kenyataan beliau menyatakan JPJ Terengganu akan membuat pemeriksaan kenderaan di rumah-rumah, kediaman dan pejabat bagi mengesan pengguna yang melakukan kesalahan.

Pada saya kenyataan dan arahan ini SANGAT KETERLALUAN dalam menguatkuasakan undang-undang di Malaysia. Walaupun dirasakan niat JPJ adalah baik untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas rakyat di Malaysia tetapi kaedah ’MENCARI KESALAHAN’ sampai rumah ke rumah adalah langkah terkebelakang, mundur dan terdesak untuk menaikkan nama sendiri sebagai pengarah JPJ Terengganu dan menyusahkan rakyat Terengganu. Kuasa undang-undang yang ada pada jabatan kerajaan sepatutnya tidak salah digunakan untuk menekan rakyat kerana kesalahan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu bukannya kesalahan membunuh orang tetapi kesalahan menggunakan cermin gelap dan ubahsuai kenderaan.

Sekiranya kesalahan yang dicari sememangnya berjuta kesalahan boleh diperolehi tetapi kalau pendekatan berhemah digunakan selain dari penguatkuasaan adalah lebih baik. Sepatutnya JPJ Terengganu perlu pendekatan lebih berhemah seperti turun padang ke masyarakat untuk membetulkan kesalahan namun bukannya pergi ke rumah menyaman orang ramai. Saya merasakan pendekatan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu adalah tidak wajar dan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan dari hari ke hari disebabkan kenyataan oleh seorang pengarah jabatan yang tidak berpandangan jauh seperti ini.

By: nazli

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.