≡ Menu

Kenderaan Naza Ria 2.5 (A) NGV yang dibeli enjinnya telah rosak

Saya telah membeli kenderaan MPV Naza Ria 2.5 (A) NGV yang berdaftar tahun 2005 dari sebuah syarikat kereta terpakai di Selayang.

Semasa proses belian, sales man “Mr.Chua” menyatakan yang kenderaan ini bagus, stabil & enjinnya juga baik. (Saya tidak arif tentang enjin). Maka saya membuat pembelian dengan ‘trade-in’ proton waja 1.6 (A) saya yang berdaftar pada tahun 2003.

Selepas seminggu saya menggunakan kenderaan tersebut, saya membawanya ke workshop di Dengkil, Selangor untuk tukar minyak enjin & servis, tetapi alangkah terperanjatnya saya yang mekanik tersebut menyatakan yang kenderaan ini telah ada “Over-heating” enjinnya di mana penutup minyak enjin dalamnya mempunyai warna minyak seakan teh susu. Saya dihasihatkan menghantar kembali knderaan tersebut ke ‘used car’ tersebut & saya terus ke ‘used car’ tersebut pd hari & masa yang sama.

Bila saya maklumkan kpd jurujual tersebut & dia mengakuinya yang kenderaan tersebut ada “over-heating” dan minta saya tinggalkan kenderaan tersebut untuk di-repair. Saya berkeras untuk memulangkan kenderaan tersebut kerana saya tak mahu membeli kenderaan yang dah ada rekod ‘over-heating’ tetapi saya dibantah olehnya kerana katanya urusan jual beli dah selesai. Dalam kekecewaan itu, saya tinggalkan juga kenderaan itu selama 2 minggu bermula dari sebelum hari raya puasa sehingga lepas hari raya puasa.

Saya dihubungi utk ambil kenderaan yang dah siap dinaiki tadi di used-car & saya diberikan resit ‘repair’ yang berjumlah RM2000++ (dibayar used-car) dengan tambahan utk tukar timing belt yang saya terpaksa bayar sendiri sekitar RM1100.00, keseluruhan RM3000++/

Selepas 3 hari saya kembali menelefon sales man “Mr.Chua” dan memberitahunya yang kenderaan ini hampir kering minyak enjinnya. Maka diarah saya untuk menghantar kenderaan ini ke workshop tempat ‘repair’ ‘Over-heating’ itu & saya terus ke sana di Taman Seri Muda Shah Alam.

Bila tiba di sana kenderaan saya diperiksa luaran enjin didapati ada kebocoran ‘leaking’ di bahagian seal ‘Timing Belt’ dan saya sekali lagi diminta tinggalkan kenderaan di workshop tersebut. Saya mengambil semula 3 hari kemudian dan mekanik mengisi semula minyak enjin ikut sukatan dan minta saya guna dahulu untuk mengenalpasti masalah & oil seal katanya telah digantikan.

Selepas satu bulan saya dapati minyak enjin tadi kembali kurang dan hampir kering sekali lagi & saya terus bawa kenderaan ini ke workshop tadi dan nyatakan masalah yang sama. Pemeriksaan seramai 3 orang dilakukan & mendapati tiada kebocoran yang dikesan lagi. Minyak enjin digantikan percuma pada kenderaan saya ini dan diminta saya guna lagi untuk kilometer yang lebih lama untuk pastikan masalah akan berulang atau tidak. Namun secara verbal yang mekanik tersebut nyatakan yang masalah mungkin tak lagi berulang dengan menyatakan apakah yang telah dilakukan ‘servis’ enjin ke atas kenderaan ini ketika sales man “Mr.Chua” menghantarnya ke workshop tersebut.

Mekanik tersebut secara terang menyatakan jumlah RM2000++ yang dibayar Sales Man ‘Mr.Chua’ hanya untuk upah repair biasa ‘surface repair’ tanpa detail pada enjin kerana itu sahaja budgetnya. Jika repair over heat sebenar ianya mungkin mencecah RM8000 ke RM10,000.00. Maka kerja yang dilakukan juga adalah sepadan dengan arahan juga bayaran diterima. Saya menghubungi Mr.Chua dan minta dia gantikan kenderaan ini dengan kenderaan MPV lain tetapi dibilang yang MPV tidak ada dan prosedur tidak membenarkan ianya ditukar sebegitu & jika ditiukar pun maka harga yang ditawarkan pada saya sangat-sangat rendah sekitar RM20,000.00 sedangkan saya membeli dengan harga RM42,000.00. Maka saya buntu lagi.

Saya gunakan kembali kenderaan ini selama 3-4 bulan dan dalam tempoh tersebut saya terpaksa sendiri menambah minyak enjin yang baru setiap bulan satu botol 4Liter Jenama Biasa & juga NGV Petronas.

Selepas 4 bulan penggunaan, saya merasakan diri tertekan dengan keadaan kenderaan yang seakan makan minyak enjin, maka saya sekali lagi bawa berjumpa dengan mekanik di Seri Muda tersebut. Kali ini diperiksa luaran lagi dan saya diberitahu untuk tinggalkan kenderaan ini untuk tempoh 3 hari untuk pemeriksaan lengkap. Jika nanti didapati ada kerosakan enjin maka saya akan ‘di-charge’ jumlahnya keseluruhan sekitar RM8000 ke RM10,000.00. Maka saya tak berpuas hati dan bawa kenderaan ini pulang & terus menghubungi Sales-man ‘Mr Chua’. Jawapan yang saya terima adalah “apa boleh saya buat lagi dan dulu pun sudah repair, kereta ini pun sudah jadi you punya dan pakai sajalah dan kalau tak mahu you boleh jual semula di mana-mana. Pada ketika itu saya merasakan marah sangan dengan kata-katanya tetapi saya tidak bertindak apa-apa kerana terlalu kecewa. Maka saya buat keputusan untuk guna sahaja dahulu.

Selepas hampir 8 bulan, saya telah menghubungi Sales Man ‘Mr.Chua’ mungkin lebih dari 10 kali untuk mengadu dan complain masalah ini dan ada juga saya memberitahu untuk memulangkan kenderaan ini lagi tetapi dia terus menolak dengan sebab ianya telah ada agreement jual beli. Tekanan yang amat besar pada saya adalah ketika saya hendak berjalan jauh contohnya pulang ke Penang, dengan menggunakan kenderaan ini untuk jarak perjalanan jauh lebih 300KM maka minyak enjin pasti diperlukan sebotol dan jiak saya berulang 2 kali sebulan maka saya perlukan 2 botol tak termasuk penggunaan harian lagi maka kemungkinan saya memerlukan 3 botol minyak enjin yang mana kosnya sangat besar pada saya yang mana terpaksa saya ‘check engine’ setiap pagi untuk mengelakkan kering minyak.

Kini sedari bulan Oktober 2010 sehingga sekarang bulan Disember 2011 telah lebih setahun saya menggunakan kenderaan ini dengan terus menambah minyak enjin setiap bulan kerana ianya terus berkurangan ‘in due time’ maka di rumah saya dah ada lebih dari 17 botol kosong minyak enjin yang saya masih simpan dari awal penggunaan kenderaan ini yang berharga RM64.00 setiap botol berjenama Petronas NGV. Ketika ini saya amat kecewa dan marah dengan apa yang telah berlaku. Siang tadi pada 20hb Disember 2011 sekitar jam 11:40am saya sekali lagi menghubungi Mr.Chua sales man tersebut dan menyatakan marahnya saya akan keadaan kenderaan ini dan bertanyakan advice beliau. Dia hanya menyatakanyang “You jual sajalah, saya tak boleh buat apa-apa lagi dan saya juga telah bekerja di tempat lain”. Saya ada minta nombor talipon used car tersebut dan dikatakannya “sorry I cant do that”. Saya juga ada menyatakan yang saya akan saman syarikat ‘used-car’ tersebut dan you sekali dan jawapannya “go ahead”. Kemudia dia terus meletakkan taliponnya. No HP nya: Mr.Chua-019-2294458.

Disebabkan itu saya berpendapat adalah mungkin tidak terlalu lewat untuk saya lakukan aduan ini untuk mendapatkan hak keadilan ke atas saya selaku pembeli dan pengguna.

By: Md.Noor

{ 8 comments… add one }

  • Ampuntuan December 26, 2011, 15:29

    Peringatan kpd anda yg kurang arif dgn kenderaan terpakai. Jika anda ingin membeli kenderaan terpakai sebegini maka anda perlulah datang bersama rakan mekanik yg berkemahiran untuk memeriksa enjin dll. supaya dlm keadaan baik sebelum anda membuat pembelian.

    untuk makluman, kebanyakan kedai Used Car tidak jujur dalam urusan mereka dan tidak akan memberitahu sebarang kekurangan terhadap kenderaan yg hendak dijual. Sebaliknya mereka (agen2 jualan) hanya akan memaklumkan perkara2 yg baik saja sedangkan keadaan kenderaan tersebut mempunyai masalah besar…!! Hati2lah jika berurusan dengan Used Car Dealers!!

  • Diemat January 10, 2012, 06:46

    Sebenarnya Naza Ria adalah kenderaan yang Amat Selesa, Harga 2nd hand amatlah murah dan berbaloi. Amat malang injinya yg terdahulu bermasalah biasanya selepas 5 tahun dia akan meragam masalah overheating. saya tak arif tentang enjin, tetapi apa yg saya faham 2 jenis material yg dipakai dalam enjinnya aluminium dan besi menyebabkan pengembangan tak sekata.
    Oleh itu saya cadangkan:
    1. Tukar injin yg baru, Di Mobis setapak complete set RM 7,500. Ini termasuk belting set(kalu service 100,00km~ RM 1,100 jugak tu), fuel pump,alternator, semuanya baru. Kereta tuan tiptop untuk lagi 5 tahun jika dijaga dengan betul.Tak guna tuan overhaul injin costnya mungkin 6/7 ribu baik tukar baru!
    2. Pastikan tuan hantar ke mekanik yang betul!!!!!!, saya cadangkan AZ Conti di  Seri Kembangan, Panel sahabat Club Naza Ria Malaysia. AzmerTokeynya-0163155107.
    3. Joint Club Naza Ria Malaysia, ini banyak membantu!! dapatkan nasihat rakan2 di sana.
    4. Seperkara lagi, injin lama mungkin boleh jual semula pada workshop, ~RM1,500 so dapat kurangkan cost repair. bincang dgn tokey tu…

    Hadie

    • Rbm May 9, 2012, 10:00

      Salam Hadie saya baru beli Nazaria 2nd hand tapi km baru +- 80k tahun 2004 perlu tukar timing belt tak?

  • Marsita_wahid May 12, 2012, 06:32

    Salam sejahtera, apa yang berlaku pada encik, sama juga berlaku pada saya, saya juga telah membeli kenderaan ini dengan harga RM42 000 di sebuah kedai terpakai di Sitiawan Perak, Saya seorang wanita yang memang tak tau apa pun pasal kereta, lihat saja Naza Ria saya terus saja membelinya, sayang sekali saya hanya dapat memakai kenderaan ini selama 2 bulan sahaja lepas tu dah buat hal.
    Kereta ni rupa2nya penyakitnya air masuk enjin. saya x faham lalu saya tanya used car tersebut, kereta saya telah dibaiki dimana kosnya mencecah RM7000. Memang saya terkejut, syarikat kereta tu sanggup bayar RM3000 saja selebihnya saya yang tanggung.
    Apa nak kata dah terbeli bayar jugak la.
    Bil baiki telah diambil oleh pihak used car tersebut.
    Malang sungguh nasib saya tak sampai setahun kerosakan yang sama berulang kembali. Saya sangat terkejut kerana kata mekanik tu dulu kereta saya dah ok dan boleh tahan sekurang2nya 5 tahun tapi kini rosak lagi
     Saya hantar kenderaan ini ke sebuah bengkel di Teluk Intan, menurut mekanik tersebut banyak kompenan dalam kereta saya tu dah tak original dan sekarang dia syorkan kepada saya untuk tukar enjin pula yang menelan kos RM10 ooo. Saya nak trade in kereta ni pun tak boleh sebab hutang bank banyak lagi. Saya betul2 tak mampu nak baiki kereta ini sbb bulan2 saya kena bayar jugak pada bank.
    Sekarang saya terpaksa membeli sebuah kereta buruk untuk pergi kerja, Naza ni ada depan rumah dah tak boleh jalan.
    Saya sungguh2 tertekan, menangis saya melihat kereta ni , hutang perlu dibayar tapi kereta tak boleh diguna. Penat saya cari rezeki siang dan malam ingat nak merasa pakai kereta yang elok sikit sudahnya macam ni la pulak jadinya.
    Kepada sesiapa yang tahu macam mana nak bantu saya, tolongla saya terutama kepada rakan-rakan yang menjadi ahli kelab Naza tu, berilah bantuan anda mcm nak selesaikan masalah saya ni.
    Kepada tuan2 yang ingin membantu bolehlah hubungi saya di talian 056212805 Puan Marsita

    • izham December 23, 2012, 22:48

      Assalamualaikum puan..puan beli kereta dekat used car mana di sitiawan?

  • Boket Harok December 8, 2012, 23:57

    inform nme kedai use car yng kt selayang nie sbb sy pn skrg tgah proses pembelian

  • PARJO March 17, 2013, 05:12

    Saya pun pernah tertipu dengan penjual kereta terpakai di Selayang.Tahun 1996 beli kereta second-hand.1997 saya trade-in di Selayang juga.Tetapi kedai lain.Bila dah 6 bulan jual….ada tukang tarik kereta hubungi saya.katanya kereta tak bayar.saya pun maklumkan kepada beliau ,kereta dah jual.Lepas tu terus senyap.Pada tahun 2003 ,Finance hantar surat saman sebab tak bayar kereta.Saya pun maklumkan kereta dah trade in kat used car.Saya juga cari kedai used car tersebut.Nasib baik Si Penipu masih hidup.Alasan yang diberi……kereta tak boleh jual sebab KERETA POTONG DAN SAMBUNG.saya pun terus cari penjual kereta tersebut.Juga masih hidup belum mampus.Sampai sekarang kes tak selesai lagi.JAGA-JAGA KALAU NAK BELI KERETA TERPAKAI DI SEKITAR SELAYANG.

  • kamal din October 26, 2013, 10:22

    Kepada sahabat2 yg menghadapi masalah dengan enjin naza, hubungi saya, InsyaAllah saya boleh tolong kongsikan pengetahuan saya tentang enjin naza, saya seorang pemandu teksi exsekutif yang mengunakan naza ria, bermula bulan 10 2008 hingga sekarang enjin saya masih dlam keadaan sempurna. Mileage teksi saya dah sampai 500000. Sebenarnya masalah over hed ni adalah disebabkan kita kurang pengetahuan tentang penjagaan enjin. Hubungi saya… 0196264572 kamal. Sekadar ingin membantu, sebelihnya serah kepada Allah.

Leave a Comment