≡ Menu

Kenderaan Berat Perindustrian di Bukit Kayu Hitam

Saya bagi pihak penduduk di sekitar Bukit Kayu Hitam ingin membuat aduan berkaitan operasi dan penyalahgunaan lalulintas oleh pelbagai kenderaan berat syarikat-syarikat perindustrian di sekitar Bukit Kayu Hitam ini.

Pentalahgunaan lalulintas ini telah berlaku berlarutan selama bertahun seumpama tiada penguatkuasaan atau tindakan yang diambil oleh agensi penguatkuasaan berkaitan. Para pemandu kenderaan berat industri ini seolah olah bermaharajalela menggunakan lalulintas taman-taman perumahan di kawasan sekitar dengan tanpa rasa bersalah.

BACA:  Luahan Hati Isteri Abang APM yang dulu dikenali sebagai JPAM

Dengan adanya aktiviti penggunaan lalulintas kenderaan-kenderaan berat perindustrian ini, telah mendatangkan ancaman keselamatan kepada penduduk sekitar dalam penggunaan lalulintas di kawasan Bukit Kayu Hitam ini.

Dengan ini saya bagi pihak penduduk di sekitar Bukit Kayu Hitam berharap agar dengan adanya aduan rakyat ini, keselamatan dan kepentingan kami terjamin. Untuk pengetahuan pihak aduan saya kepilkan gambar untuk tindakan pihak berwajib. Sekian terima kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Gangguan Bekalan Air di Taman Universiti, Semeling... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya merupakan salah seorang penduduk Taman Universiti,Daerah Semeling, Bedong Kedah, mewakili penduduk-pe...
Luahan Hati Isteri Abang APM yang dulu dikenali se... Saya ingin meluahkan rasa sedih mengenai kedudukan suami saya sebagai seorang Anggota Sukarela Tetap Operasi (ASTO) Angkatan Pertahanan Awam yang ...