Kenaikan Pangkat DGA29 ke DGA32

Perhatian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS. Baru-baru ini kita dapat ketahui bahawa keputusan kenaikkan pangkat DGA29 ke DGA32 telah diperolehi melalui online. Alhamdulillah lega rasanya setelah bertahun-tahun menunggu kenaikkan pangkat. Tetapi sedih juga dibuatnya kerana perasaan tidak puas hati terhadap lantikan yang diterima di mana semua dilantik pada 1 Jan 2012, sama ada lantikan 2002,2003 dan 2004.

Apa yang jadi persoalannya kenapa jadi begini? Kementerian telah menetapkan bahawa permohonan Time Based adalah 8 tahun. Jadi bagaimana lantikan 2002 adakah ia tergolong dalam lantikan 2004 sedangkan mereka sudah berkhidmat selama 10 tahun. Ini bermakna mereka rugi selama 2 tahun, tanpa perkiraan perkhidmatan. Di mana sistem senioriti dalam perkhidmatan.

Harap Kementerian dapat mengkaji semula tentang perkara ini yang mula menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru dan harap juga jangan dipolitikkan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan

By: Q

28 thoughts on “Kenaikan Pangkat DGA29 ke DGA32”

  1. ADUAN RAKYAT UNTUK ………POLITIK ……….SEMATA-MATA. BUKANNYA
    UNTUK MEMBELA RAKYAT. KALAU MENGADU TENTANG MASALAH YANG MELIBATKAN
    NEGERI YANG DIPEGANG PEMBANGKANG, BARULAH ADUAN RAKYAT BERTINDAK DAN
    AKAN MENGAMBIL PERHATIAN.  JANGAN JADI ORANG BODOH MENGUTARAKAN MASALAH
    YANG BUKAN SELAIN POLITIK DI ADUAN RAKYAT. KALAU MASALAH INI DI NEGERI
    KELANTAN, KEDAH DAN SELANGOR SERTA MANA-MANA DI NEGERI DI PEGANG
    PEMBANGKANG, BARULAH AKAN DIAMBIL TINDAKAN. KALAU DIPEGANG BN JANGAN
    HARAPLAH…… TAK KAN MEREKA NAK MENENTANG KERAJAAN SEDIA ADA DI
    MALAYSIA. FIKIR-FIKIRLAH……….

  2. alahai cikgu-cikgu ni..naik pangkat pun keja macam tu jugak..tak der bezanya..kalo kat tempat lain naik gred32 mmg dah kena jadi team leader dah..cikgu naik gaji jer la..orang lain timebase 15 cikgu 8..senang la jadi cikgu

  3. saya lantikan 2003, tapi saya tak kesah pun.. Alhamdulillah dpt jga rasa naik pangkat cepat setahun walaupun bukan 2 tahun, bnyak dah naik tu, jgn tamak sgt.

    1. Saya amat bersetuju dengan sdra/i abcde

      Perkara berkaitan gaji dan imbuhan ni, x payahlah nak complain. Kita tengok diri kita sendiri, adakah berbaloi apa yang kita sumbangkan dengan gaji yang diterima.

      Jangan sampai di akhirat esok kita pula dicomplain dan dipersoalkan kerana gaji yang dibayar tidak setimpal dengan usaha.

      Teruskan kerja, lambat laun, orang akan nampak kegigihan kita. Rezeki, jika tidak datang dari gaji, mungkin akan datang dari anak-anak yang sihat, pandai, kereta yang tidak selalu meragam… 

      kalau setakat nak complain jer, berenti kerja dan bagi peluang kat orang lain untuk ambik jawatan kamu tu.

      1. Saudara abcde/saudara akhyul.. Jgnlah jadi bodoh,org yg dah bertugas selama 10 tahun hendak disamakan tarikh lantikan dgn org yg bertugas 7-9 tahun pulak. Mana adil mcm tuk,org yg baru bertugas 7 – 9 tahun untunglah dpt cepat,org 10 tahun pulak dapat sama mcm mereka. Ini bukan soal tamak, ini soal keadilan. Makan tahi aja saudara berdua ye..tak payah ikut timebased.

  4. Begitulah nasib kita ni cikgu2 ‘senior’ ni. Apabila ada sesuatu dasar atau perubahan yang dilaksanakan yang untung tetap untung yg rugi tetap rugi. Macam kami kumpulan yg dilantik ke DG 41 antara tahun 2002-2006, terlepad DG 32, skg gred DG 44 tapi mata gaji sam dgn kumpulan DG 41 yg melalui time based DG32. Pas tu bila memohon DG 44 dengan 7+3+=10 tahun. Junior yg dah untung dapat DG32 untung lagi sb memohon DG44 hanya timebased 8 tahun. Kerja sama juga. Begitulah nasib kita ni.

    1. teruk sangat ke nasib korang? kerajaan potong gaji ker?…. jadilahmanusia yang tahu nak bersyukur..

      ramai lagi org yang x bekerja…kais pagi makan pagi… 

  5. Rep:Kenaikan pangkat DG29 Ke DG32.
    Itu cikgu belum lihat lagi “ketidakadilan dan kecelaruan KPM’ dalam Pemangkuan Penolong Kanan DG 48. Ada yang dilantik DG 44 pada 2010 disebabkan “berada di Kerusi Emas Penolong Kanan” terus dapat pemangkuan DG 48. Hanya 3 tahun sahaja di DG44.Tidak ada lagi timebased 8 tahun . Saya pasti untuk Penolong Kanan yang dinaikkan Pangkat ke DG48 terus fast track dengan hakiki. Sebab ada kawan yang baru berada 6 tahun di DG 44 tetapi telah mendapat TIMEBASED DG48 disebabkanduduk di kerusi Penolong Kanan. Nampaknya yang hanya perlu jalan 8,8,6,3 hanya kita guru-guru yang tidak ada pangkat dan jawatan tetapi bekerja dengan masa mengajar 20 waktu,menjalankan semua tugas tetapi yang naik pangkat dan menerima manfaat hanya segelintir sahaja.
     Kesimpulannya, semakin hari pegawai-pegawai pembuat dasar di KPM semakin tidak peka tau tidak tahu apa kerja mereka!
     

  6. asyik2 senioriti..tapi lupa kerja kat sekolah sama je… ada cikgu yg lapan tahun tapi gaji pada p3 , lagi banyak dari cikgu yg 10 tahun p1..tapi diaorg takde bising2 sebab gaji sama semula dengan org tak lulus PTK… tarikh lantikan pun berbeza, yg lantik 2002 pada 1 januari, yg lantik 2003, 7 januari, yg 2004, 14 januari..itu pun dah tunjukkan perbezaan.. itulah cikgu, asyik tak puas hati je… patutnya bersyukur, sebab dapat naik gred awal, cuba kalau kenaikan gred dimansuhkan ataupun ditukar kena ikut syarat seperti lulus Penilaian tertentu, ataupun kena mohon seperti mana P. Awam lain… Bosan dengan SEGELINTIR yang asyik merungut tentang, senioriti, tentang gaji, tentang elaun, TAPI pencapaian pelajar kita dah 100% ke? kerana 3-4 orang macam ni, profesion perguruan dipandang serong… ada sahaja sifat dengki dan iri hati sesama rakan dalam jawatan

  7. bersyukurlah dengan kerja yang ada.. majikan tak pernah complain pun kalau cikgu2 pergi keluar makan tengahari awal or bersembang dalam bilik guru.

    buat kerja dengan niat hati yang ikhlas, insya allah jika kita ikhlas, Allah akan berikan pertolongan dan ganjarannya… jangan asyik nak complain pasal naik pangkat…

    aku nie yang dah puas cari kerja, x pernah nak merungut denga n ujian yang allah bagi…jangan esok lusa allah tarik kerja tersebut baru korang tahu… 

    x abes2 nak complain pasal gaji….

  8. ramai yang jadi waampu sana waampu sini dalam nih…si penulis nih perjuangkan HAKNYA yang sepatut dapat..bukan kira tamak dan sebagainya…kalau macam tu saper yang kata tamak dan sebagainya tu tak usah terima la kenaikan gaji dan sebagainya…he he he he..

    1. betul tu… hak kenalah pertahankan, lagi pun tu memang betul cam na pula 2004 boleh sama ngan 2002. nampak sangat tak betulnya, kanak-kanak pun kalau nampak mesti mereka cakap tak sama ….

  9.  salam sejahtera, rasanya apa  yang diutarakan tidak bertujuan untuk tamak atau tidak  bersyukur. Ini adalah hak untuk bersuara terhadap tindakan kerajaan yang terlalu drastik dan kekadang sedikit menyakitkan hati sesetengah pihak. rasanya tu sahaja.. ini kalilah kta..

  10. setiap apa yang dibuat oleh KPM ada saja yang tidak memuaskan hati guru….macamana kerja2 KPM nih…ngaji tinggi belako…..

  11. saya lantik 2004 Jun,tetapi belum dapat naik pangkat dari 29ke 32,kawan saya sudah dapat, apakan tindakan yang seya boleh buat?saya sangat sedih, adakah saya tidak ada pelunag naik pangkat.

  12. Pada pandangan Hamba, profesion sebagai guru tidak sepatutnya dicampuradukkan dgn politik. Profesion ini mestilah bebas. Setiap kali tukar Menteri Pelajaran mesti tukar sistem. Akibatnya Guru-guru keliru / bingung krn sering perubahan sistem. Tapi kalau nak cepat naik pangkat joinlah parti politik confirm cepat naik pangkat. Abad ini, di sekolah pun ada yang berpuak2 krn ketidakpuasan hati bab-bab kenaikan pangkat.

  13. bukan pasal tamak saya dilantik tahun 1997 hingga skrg blm dpt dga32 ..keja mcm nak mati..tapi markah lnpt bwh 80….kita yg jenis percaya..mulanya diletakkan markah kita 88..bertulis pensil ..kalau setuju sain..tapi …sebaliknya…sial punya gb..
    Maklumlah sya org semenanjung..takut saya naik pangkat awal dan kursus pun tak boleh pergi …takut ilmu di bawa pulang…

  14. tapi sekarang guru di politikkan oleh org tertentu..bila ada yb atau org penting..guru nielah di suruh jadi tukang dgr dan memenuhi kerusi bawa anak murid untuk memenuhi ruang yg kosong tak kiralah siang atau malam…agar nampak sambutan tak disanngka2 dari rakyat….tapi mereka ada nak fikir masalah yg guru2 hadapi…tak hadir surat tunjuk sebab berjela2 untuk terangkan…MENGAPA TAK DAPAT HADIR>>>Adilkah dunia nie

  15. Saya dah 14 thn mengajar tapi sampai skrng belum dpt lagi Dg 32 kenapa. Bila tanye pejabat itu urusan jabatan. Apa ke benda ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>