Perhatian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS. Baru-baru ini kita dapat ketahui bahawa keputusan kenaikkan pangkat DGA29 ke DGA32 telah diperolehi melalui online. Alhamdulillah lega rasanya setelah bertahun-tahun menunggu kenaikkan pangkat. Tetapi sedih juga dibuatnya kerana perasaan tidak puas hati terhadap lantikan yang diterima di mana semua dilantik pada 1 Jan 2012, sama ada lantikan 2002,2003 dan 2004.

Apa yang jadi persoalannya kenapa jadi begini? Kementerian telah menetapkan bahawa permohonan Time Based adalah 8 tahun. Jadi bagaimana lantikan 2002 adakah ia tergolong dalam lantikan 2004 sedangkan mereka sudah berkhidmat selama 10 tahun. Ini bermakna mereka rugi selama 2 tahun, tanpa perkiraan perkhidmatan. Di mana sistem senioriti dalam perkhidmatan.

Harap Kementerian dapat mengkaji semula tentang perkara ini yang mula menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guru-guru dan harap juga jangan dipolitikkan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan

By: Q

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.