≡ Menu

Kenaikan Gred DG44 Penolong Kanan ke DG48 tidak wajar

Mohon jawapan, apakah rasional guru-guru Penolong Kanan Sek Menengah baru-baru ini dilantik ke pemangkuan dg48 sedangkan mereka yang terlibat ini tidak semua berada di time based malah baru setahun jagung di gred dg44.? contohnya berada di gred dg44 lantikan tahun 2008-2010.

Sedangkan kami penolong-penolong kanan SENIOR terpaksa menunggu 8-10 tahun di gred dg44 dan pada tahun ini layak mendapat pemangkuan ke dg48 malangnya  mulai 1 Jan 2012, serentak pula dengan rakan-rakan penolong kanan yang junior dari segi kekananan dalam perkhidmatan. Mengapa dasar ini tidak memilih sahaja guru-guru samada ketua bidang,ketua panitia atau guru biasa yang telah berada di gred dg44 yang sudah berkhidmat selama 7-10 tahun di naikkan ke jawatan penolong-penolong kanan menggantikan penolong-penolong kanan yang terlalu junior ini?.

Impak daripada keadaan sekarang, kami guru-guru khasnya yang pada tahun ini berada di zon time based dg44 ke dg48 telah kehilangan senioriti perkhidmatan kami.Kami menunggu dalam tempoh yang lama,bersabar dan terus menunaikan t/jawb dengan penuh semangat tetapi bila keadaan ini berlaku,bayangkanlah!

Kini gred gajipun sama dengan mereka yang junior..yang junior pula melonjak seolah-olah diberikan anugerah kerana amat-amat cemerlang dalam perkhidmatan mereka,melonjak tangga gaji sekurang-kurangnya 8-9 anak tangga gaji ke hadapan..dan,diberikan tunggakkan yang mencecah ribuan ringgit pula. Kami tidaklah mempersoalkan soal rezeki kewangan, tetapi yang amat sedih dan kecewa ialah kami kehilangan perkhidmatan senioriti 4-5 tahun berbanding mereka yang terlibat ini.

Selama 4-5 tahun kami pergi kerja,isi minyak kereta,bayar sewaan bas atau teksi atau perahu/bot semata-mata kerana menunaikan t/jwb mendidik anak bangsa,berkorban masa dan tenaga kami,akhirnya ada pula mereka yang terlalu istemewa diberikan laluan jumping Q dengan mudah.

Lebih hebat lagi sekarang ini,ada yang sudah berlumba-lumba untuk bertukar ke mana-mana sekolah yang penolong Kanannya masih belum diisi atau kerana masih berada di dg41(lantikan sekolah) kerana mengejar hot seat ini semata-mata bukan kerana dedikasi kerja.kami merasa sangat tidak adil ,dan mohon diadili,didengari rintihan kami dan yang paling penting jangan sampai kisah ini kelak diambil oleh musuh-musuh negara dalam konteks menjatuhkan kewibawaan negara.

Kami mahu dasar ini dikaji semula,biarlah adil dan saksama,kerana kami juga rakyat Malaysia dan berpegang kepada RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENACAPAIAN DIUTAMAKAN DALAM 1 MALAYSIA.

By: AZMAN AHMAD

{ 16 comments… add one }

  • Yusuf Yaacub May 30, 2012, 11:45

    jangan berdengki la dgn rezeki org.. jgn pikir terlalu pendek. utk jangka masa panjang, generasi seterusnya akn ikut flow yg sama. jadi sistem akan bertambah baik. cuma sekarang ni masing2 kena terimalah bahawa rezeki itu memang ditetapkan begitu.. ini adallah kperluan zaman semasa.. kalau nak main salah2kan orng, dengki2 dengan orang, cuba pikir balik la… dulu zaman 80-an jarang2 ada motor. anak2 nak bawak motor pegi sekolah memang takda lah. sekarang ni bersepah anak2 pergi sekolah naik motor. abis tu, kenapa kau tak marah kat anak kau sebab dia boleh naik motor sendiri pergi sekolah banding kau dulu yang jalan kaki saja?

    • kb teraniyai February 5, 2013, 09:56

      Itu bukan rezekilah……tapi tak adil. Ketua bidang diabaikan sedangkan di sekolah semua hal akademik,pertandingan ala akademik,hal ehwAL murid seperti motivasi/mentor mentee/prpg anak angkat,belum lagi kerja pk1 macam buat macs,memantau pbs semua kita yg buat……banyak lagi kerja pk yg kita buat…tapj kerajaan langsung tak selidik dulu…minta puji masa umumkan up grade gred pk tapi pada masa yg masa menyakitkan/melukakan/mengecewakan hati guru senior terutamanya ketua bidang macam kami orang

  • lan May 30, 2012, 12:17

    bukan satu isu besar jika ia berlaku..itu ada lah rezeki masing2.. jika pengalaman setahun jagung yg mrk ada lbh baik dr SENIOR, mmg mrk layak tuk dpt.. soal sabar menunggu atau x, xperlu di timbulkan.. kata pun guru kan , patutnya sbg pendidik x da isu yg mcm tu memandang rendah pd org lain.. tidak ada guru mengajar murid agar pandang rendah pd org lain .. bersyukur la kalau rezeki org lain lbh baik dr kita, itu mungkin suda tertulis dalam pintu rezekinya..mungkin kita akan dpt ganjaran lain yg kita x tahu..belajar bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang.. jika pendidik boleh beri nasihat kepada pelajarnya kenapa x boleh nasihat pd diri sendiri..ini bukan satu isu yg besar sgt..

  • Norashiqin Ali May 30, 2012, 15:13

    harap dasar tersebut disemak semula lah..biar win-win situation. Semua cikgu x kira tua atau muda senang hati maka, mengajar pun dengan senang hati. Kesannya pada anak murid juga. Mereka akan lebih berprestasi. Tapi satu je lah, biar kerja yang cikgu2 buat setimpal dengan gaji yg diterima. Tak kiralah DG berapa pun, yang penting tambahkan ilmu dan skill mengajar supaya boleh mengajar dengan lebih effektif. Maklum lah, murid2 sekarang cabarannya x sama mcm murid2 zaman dulu2. Mengajarlah dengan effektif ye walau cikgu senior atau junior sekalipun.

     

  • ad May 30, 2012, 20:58

    hai, cikgu cikgu saja yg naik gaji, dapat berbagai imbuhan.  jabatan jabatan lain ditakuk lama juga.  naik seciput, tapi barang naik berkali ganda.  nampaknya ikat perutla lagi.  kalau tau dulu dulu lagi masuk felda………kesian tengok org kampung dan mereka yg berpendapan kecil, bolih kata kais pagi makan petang, kais petang makan esok pagi……..
    kesian la sikit……..

  • Ainaljld201 May 31, 2012, 08:03

    Ala…. Ckg2 f6 yg naik ke  dg44 n 48 cepat u x terasa plk korang. Ada yg lantikan 2007 , okt 2010 da naik dg 48. Kelas dr jan hingga mei 8 hingga 12 masa. Kerja2 lain banyak yang dikecualikan… Pensyarahla katakan,…. Biarlah penolong kanan tu naik, diorg wat kerja untuk satu sekolah arus perdana.  .Rezeki tu kan Allah bg, wat kerja elok2 , insya Allah akan diberi balasan yg baik gak, klu x kat kita, kat keluarga n anak2.

    • Nenekebayan_346 May 31, 2012, 16:07

      Aik jgn lh jeles ngn pensyarah f6… Itu rezki Tuhan bg….buat keje ikhlas nnt Tuhan bg ganjaran yg lbh besar….rezki kluarga n anak2…

  • Ainaljld201 May 31, 2012, 08:13

    X yah busuk ati la….. Tg 6 yg naik dg mencanak2 tu korang x bising lak….Rezeki masing2 Allah da tentukan….. buat keja baik2 nnti Allah bg ganjaran , x kat kita pd klrg n anak2…. Sekuarang2nya kat arus perdana ni yg terlibat cuma tiga org bg tiap sekolah……. diorg wat kerja utk satu sekola, bukannya ada pengasingan mcm f6….

  • Nasri May 31, 2012, 08:19

     asyik gomen jer nk idup snang..yg tak gomen dan yg tak kja opis tu cmna nk survive..asyik2 bagi ksenangan kt yg kja baik2 je yg kja tak kuar peluh..tapi yg kja smpai basah baju tu bila nk mrasa..ingt la bro gomen 65% undi tu dari yg kja bukan gomen tapi tak pernah dpt imbuhan elok cm yg kja gomen tu,jgn smpai parti yg berikat tu dpt  manfaat dari isu tu pulak..mana rakyat yg nk d dahulukan????

  • athur May 31, 2012, 20:09

    soalnya sekarang anda tidak berada di kedudukan di mana kami berada..kita mahu apa yang dikatakan adil dan saksama.Adil sahaja tak cukup..sekarang orang mempersoalkan tentang hak mereka yang kehilangan kekananan..Soal kerja suma sama,penolong kanan dan guru biasapun sama,malah lebih banyak kerja dan beban guru-guru biasa dari penolong kanan ni,kalau tak percaya mari turun padang,kepada individu yang pandai kata sabar jer tu nak tanya jujur2 ni,kalau anda sekarang duduk di dg48 guna jumping Q ni,tibe2 ada lak dsar baru lagi di mana dg41 lompat p dg48 sama dengan kedudukan anda..apaa lak perasaan anda?.

  • athur May 31, 2012, 20:55

    Dah terlanjur dilaksanakan dan untuk semua orang puas hati,ada baiknya KPM meneliti dan menambahbaik saja syarat pemangkuan dg48 ni kepada mana-mana yang terlibat itu  dengan memanjangkan tempoh pemangkuan kepada penolong kanan junior ni sehingga cukup 6 tahun untuk diperakukan,bukan macam sekarang 6 bulan saja.Ini rasanya adil untk suma yang terlibat,memadailah dengan elaun pemangkuan yang mereka terima dah cukup banyak.Mudah-mudahan KPM boleh memikirkannya semula.Bukan senang hendak memuaskan hati seseorang tetapi biarlah  suma orang puas hati.

  • ikhwan June 1, 2012, 09:01

    Kita mahu memperbetulkan keadaan,hak kita sebagai rakyat untuk menyuarakan sesuatu yang pada kita kurang saksama.Biar adil dan saksama untuk semua kakitangan kerajaan baik guru di sekolah,yang di jabatan dll. kita akan bawa juga isu ini ke pengetahuan yang berwajib dan bert/jwb.Jangan asyik sabar,rezeki mereka dll,itu suara orang yang pts asa dan tak ada wawasan,ingat kita makan nasi,beli beras dll,kalau kita ini kumpulan makan batu tak pa lah, batu free tak ada orang jual.

  • nandingmutiara June 4, 2012, 21:53

    Salam untuk semua,

    Masing-masing ada alasan tersendiri untuk meluahkan rasa hati , saya mewakili penolong kanan2 pendidikan khas juga ingin meluahkan rasa terkilan kenapa ada double standard antara guru2 pendidikan khas dan guru2 arus perdana. Penolong kanan pendidikan khas bukan saja tidak dapat kenaikan ke DG 48 walau pun dah dekat time based malahan  elaun tanggung kerja pun tak diberi tak tahu nak mengadu kepada siapa , namun mengenangkan anak-anak istimewa ini kami redha biarlah hanya Allah yang membalas  pengorbanan kami ini  insyallah ……..

  • Mohd Fikri Sulaiman August 27, 2012, 12:51

    Saya setuju dengan En Azman : Memang benar…kami yang senior dan yang junior sama sahaja…..apalah guna sistem senioriti kalu macam tu…..bukan pertikai rezeki tapi perancangan perlu dikaji terlebih dahulu….Yang junior dah dapat surat pemangkuan…yang senior x dapat apa2 perkembangan….hairan boleh jadi mcm ni….atau main tangkap muat je….yang lantik 2007-2009 dapat surat pemangkuan…saya yang senior 2006 x dapat apa2 surat……kalu nk dibanding lantikan dg44..2006 lagi…jadi PK dari 2009 lagi….agak2 dah jauh senior tu…tapi…yang junior pula yang dapat….From Mohd Fikri Sulaiman, PK kokum SM ST Peter, Telipok, Sabah.

  • nash November 5, 2012, 10:55

    Bersyukurlah apa yang ada…

  • Sallia Saleh June 6, 2013, 10:15

    apa yg penting guru2 lebih bernasib baik dari segi kenaikan pangkatnya dari kami kakitangan awam yg lain..nak bising tak de orang nk dengar pon..terpaksalah terima seadanya..sejak dua menjak ni baru lah ade time base dari 15 thun ke 13 tahun..orng dulu2 sampai kemati lah dok bawak gaji mati…

Leave a Comment