Mohon jawapan, apakah rasional guru-guru Penolong Kanan Sek Menengah baru-baru ini dilantik ke pemangkuan dg48 sedangkan mereka yang terlibat ini tidak semua berada di time based malah baru setahun jagung di gred dg44.? contohnya berada di gred dg44 lantikan tahun 2008-2010.

Sedangkan kami penolong-penolong kanan SENIOR terpaksa menunggu 8-10 tahun di gred dg44 dan pada tahun ini layak mendapat pemangkuan ke dg48 malangnya  mulai 1 Jan 2012, serentak pula dengan rakan-rakan penolong kanan yang junior dari segi kekananan dalam perkhidmatan. Mengapa dasar ini tidak memilih sahaja guru-guru samada ketua bidang,ketua panitia atau guru biasa yang telah berada di gred dg44 yang sudah berkhidmat selama 7-10 tahun di naikkan ke jawatan penolong-penolong kanan menggantikan penolong-penolong kanan yang terlalu junior ini?.

Impak daripada keadaan sekarang, kami guru-guru khasnya yang pada tahun ini berada di zon time based dg44 ke dg48 telah kehilangan senioriti perkhidmatan kami.Kami menunggu dalam tempoh yang lama,bersabar dan terus menunaikan t/jawb dengan penuh semangat tetapi bila keadaan ini berlaku,bayangkanlah!

Kini gred gajipun sama dengan mereka yang junior..yang junior pula melonjak seolah-olah diberikan anugerah kerana amat-amat cemerlang dalam perkhidmatan mereka,melonjak tangga gaji sekurang-kurangnya 8-9 anak tangga gaji ke hadapan..dan,diberikan tunggakkan yang mencecah ribuan ringgit pula. Kami tidaklah mempersoalkan soal rezeki kewangan, tetapi yang amat sedih dan kecewa ialah kami kehilangan perkhidmatan senioriti 4-5 tahun berbanding mereka yang terlibat ini.

Selama 4-5 tahun kami pergi kerja,isi minyak kereta,bayar sewaan bas atau teksi atau perahu/bot semata-mata kerana menunaikan t/jwb mendidik anak bangsa,berkorban masa dan tenaga kami,akhirnya ada pula mereka yang terlalu istemewa diberikan laluan jumping Q dengan mudah.

Lebih hebat lagi sekarang ini,ada yang sudah berlumba-lumba untuk bertukar ke mana-mana sekolah yang penolong Kanannya masih belum diisi atau kerana masih berada di dg41(lantikan sekolah) kerana mengejar hot seat ini semata-mata bukan kerana dedikasi kerja.kami merasa sangat tidak adil ,dan mohon diadili,didengari rintihan kami dan yang paling penting jangan sampai kisah ini kelak diambil oleh musuh-musuh negara dalam konteks menjatuhkan kewibawaan negara.

Kami mahu dasar ini dikaji semula,biarlah adil dan saksama,kerana kami juga rakyat Malaysia dan berpegang kepada RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENACAPAIAN DIUTAMAKAN DALAM 1 MALAYSIA.

By: AZMAN AHMAD

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.