Saya merupakan bapa kepada anak saya yang kini sedang menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, N.Sembilan. Kini anak saya sudah berada di semester 5. Namun, sejak hari pertama ketika mendaftar anak saya, beberapa kemudahan Kolej yang dicanangkan didalam website kolej tersebut indah khabar dari rupa.

Contohnya kemudahan di lab. Peralatan yang sudah rosak namun tidak dibaiki apatah lagi untuk diganti. Peralatan untuk kemudahan membuat[projek juga tidak begitu bagus, namun pihak atasan menekan pelajar untuk memberikan hasil berkualiti. Bagaimana hendak hasilkan kerja yang berkualiti kalau kemudahan ibarata hidup segan mati tak mahu?  Selain itu, tindakan diskriminasi oleh beberapa tenaga pengajar lelaki yang gemar mencari salah pelajar juga menimbulkan tanda tanya saya.

Diharap pihak berwajib memantau KKTM Rembau kerana dikhuatiri ramai pelajar baru akan berasa tidak selesa, terutama sekali dengan pihak atasan dan pentadbiran yang hanya tahu bercakap dan menghukum. Tapi tidak pernah mendengar masalah pelajar.

By: ABD RAHIM KHAMIS

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.